BAB 7

4.2K 219 2
                                    

Cuti hari minggu dihabiskan dengan keluar bersama Dayyan. Ketika kami melalui sebuah gerai Cool Blog, pekerjanya memanggil aku untuk singgah sebentar.

"Cik Adellia Sophea ke?" Dia bertanya namaku pada mulanya. Aku hanya mengangguk kebingungan. Pekerja itu mengeluakan air mint blend dan menyerahkannya kepadaku. Lambat-lambat aku menyambut air tersebut.

"Air ni ada lelaki bagi pada cik. Katanya kalau cik tahu nama dia nanti cik tak terima, so dia suruh bagi jer. Cik gaduh dengan dia ker? Kesian je muka dia tadi." Aku mengucapkan terima kasih lalu beredar dari situ.

"Khasif la tu kan? Wah, jealousnya saya. Berani betul dia bagi air pada makwe saya. Depan saya pulak tu." Aku mengerling Dayyan.

"Hahaha....kelakar sangat. Sejak bila kita declare couple ni? Dah la mengarut tu." Aku berjalan ke hadapan meninggalkan Dayyan di belakang. Aku rasa sudah beberapa kali aku berjalan di dean dan meninggalkan dia. Tapi, dia tak patut buat lawak macam tu. Aku rasa tak selesa.

"Tapi, saya tak buat lawak. Saya serius. Serius suka awak. Awak macam mana?" Terhenti langkahku mendengar pengakuan Dayyan. Dia ni serius ke? Seterusnya aku dan dia berdiam diri dan bercakap bila perlu sahaja. Akward gila!!!!!

"Menyesal pulak saya confess pada awak kalau tahu awak akan senyap macam ni. Dah la, fikir-fikir dulu ya. Bye." Kata Dayyan sebaik sahaja kami pulang ke kolej. Aku hanya memerhati dia pulang ke kolej lelaki.

"Lambat balik." Aku mengangkat muka apabila mendengar suara menegurku. Kelihatan Khasif yang duduk di kerusi berdekatan kolej aku. Aku terus melihat jam yang menunjukkan angka 4:30 petang. Tanpa mempedulikan dia, aku berjalan masuk ke pintu tetapi gagal kerana dia menarik tangan aku untuk duduk bersamanya.

"Sorri, Lia. Aku tak bermaksud macam tu. Aku tak nak kita putus macam ni. Kitakan dah kawan sejak kecik." Aku masih lagi senyap dan mencuba melarikan pandangan daripada bertentangan mata dengan Khasif. 

"Kau dapat air tadikan? Well, thanks sebab sudi minum hingga...habis..kut." Dia cuba senyu kepadaku dan akhirnya aku juga senyum kepadanya. Aku rindukan Khasif, rindu aku dengan dia buat lawak bodoh, makan, cakap, macam-macamlah. walaupun aku tahu tak sepatutnya aku rasa macam ni.

"Kau sentiasa tahu favourite aku. So, dengan ni aku maafkan kau. Oh, kau nak dengar cerita tak? Masa aku keluar dengan Dayyan tadikan, dia....dia confess kat aku tau." Walaupun pahit, tapi aku nak cerita dekat Khasif. Sebagai bestfriend aku, aku nak dia tahu apa perkembangan aku sekarang. 

"Aku tak suka kau rapat dengan budak tu. Kita tak kenal dia, apa motif dia. Yang penting sekrang ni, Aku tak kenal dia. Lepas tu dia confess kat kau pulak? Apa masalah dia? Kau dah beri jawapan belum?" Muka Khasif yang tadi senyum berubah mendung.

"Aku tak tahu...still think about it. Tapi, yang kau nak risau lebih ni knapa? Aku cuba berkawan, ok? Aku rasa aku nak cuba. Yelah, kau dah couple dengan Frah, takkan aku nak single lagi? Kau lovey-dovey dengan Farah, aku?" Aku nampak dia mengepal tangan kanannya. Orang cakap kalau orang buat macam tu tandanya menahan geram, betul ke? Nak geram pasal apa?

"Tak ke nama desperate. at least pilih la lelaki yang aku bleh terima. Mana-mana lelaki asal bukan Dayyan. Entah, firasat hati aku tak suka dia. Apa-apa pun aku tak izinkan kau couple dengan mana-mana lelaki. Faham tak ni?" Aku senyap mendengar kata Khasif. nampaknya kalau aku menjawab ni sudah tentulah kami akan berperang lagi. So, better aku senyap.

"Kenapa pulak kau rasa cam tu? Dayyan baik, bila kau takde dia sentiasa ada untuk aku. Dia memahami aku, kadang-kadang dia romantik plus kelakar. Haih, pernah aku agak yang dia mungkin Mr.D kut." Tanpa sedar aku bercerita tentang sisi baik Dayyan kepada Khasif.

"Apalah sangat dia kalau nak banding dengan aku. Suka hati kau la. yang penting, kalau kau couple dengan dia, kita putus kawan." Terkejut aku mendengar ayat Khasif. Takkan ampai macam tu sekali. Di terus pergi dan aku tak cuba untuk menahannya. Lebih baik dia cool down dulu.

Masuk ke bilik sekali lagi muka Farah ,macam jeruk masam. Dia datang mendekati aku yang baru sahaja meletakkan beg. Aku berpaling melihatnya.

"Lebih baik kalau kau cepat-cepat berbaik dengan Khasif. Kebelakangan ni, asyik takde mood je. Dating pun rosak dan ni semua kau punya pasal."

"Eh, aku pulak. Tu pkwe kau, pandai-pandai la pujuk. apapasal pulak aku yang salah." Sedikt rasa tak puas hati dan marah bermain dalam diri.

"Setiap kali date, dia mesti tanya kau ada dekat bilik ke tak, keluar dengan siapa, pergi pukul berapa, balik pulak bila. Serabut la aku. Lepas tu semua yang dia bebelkan semua pasal kau." Kata Farah lalu berbaring menghadap dinding enggan melihat aku.

datang bulan la tu nak marah orang suka hati. kalau susah sangat, putus jer la. menyusahkan orang lain je. Omelku di dalam hati. Terlalu banyak benda yang aku kena fikir untuk pasangan ni.  

Bukan Doktor Cinta (Complete)Where stories live. Discover now