"Sejak bila dengan keping?"

Ilya Nasuha terkedu akan soalan itu. Dia juga tidak tahu sejak bila dia mempunyai hubungan bersama dengan Isyraf Nazran. Dia juga tidak tahu apa hubungannya bersama dengan remaja lelaki itu. Apa yang harus dikatakannya kepada Ika sekarang ini?

'Perempuan simpanan?'

Nauzubillah Min Zalik! Tidak mungkin dan tidak akan dia ini merupakan perempuan simpanan pada Isyraf Nazran. Jika dirinya merupakan perempuan simpanan Isy, mana mungkin remaja lelaki itu menjadi bapa ayam kok kok kok kokkkkk pula.

'Crush?'

Mungkin juga remaja lelaki itu merupakan crush kerana dia telah lama memendamkan rasa terhadap remaja lelaki itu sejak di kembara cintanya lagi. Tapi selalunya orang kata yang crush itu merupakan seseorang yang tidak akan kita mampu untuk memilikinya. Tapi bukankah aku hampir berjaya memiliki Isy?

'Teman wanita?'

Tidak mungkin secepat ini dia menjadi teman wanita kepada remaja lelaki. Bukan apa, perkenalan mereka masih boleh dibilangnya dengan menggunakan jari. Mana mungkin remaja lelaki itu jatuh cinta pandang pertama seperti dirinya juga.

'Teman teristimewa?'

Allahu, terlalu jauh untuk dirinya ini menjadi seseorang yang istimewa di dalam hidup remaja lelaki itu. Tetapi kau jiwa aku? Mana mungkin aku ini jiwanya? Adakah itu maknanya aku ini merupakan teman teristimewa buat dirinya?

"Suha?"

"Suha dah sampai mana?"

"England? US? UK?"

Sufia Ika memetik jarinya berkali-kali di depan wajah Ilya Nasuha. Dia ingin gadis itu segera sedar dan kembali ke dunia nyata semula. Masakan soalannya yang mudah seperti itu langsung tidak mampu dijawab oleh gadis ini?

Ilya Nasuha terus sahaja menyeringai. Sindiran gadis itu hanya dibalasnya dengan sengihan di bibir. Mukanya kini sudah berona merah, malu akibat ditegur kerana kelalaiannya itu sendiri.

"Sebenarnya Ika.."

"Suha sebenarnya pun taktau kami berdua ni bersama sejak bila."

"Suha sendiri pun taktau Suha ni siapa sebenarnya bagi Isy. Kami takde declare apa-apa pun Ika."

Ilya Nasuha berjeda buat seketika sebelum dia kembali menyambung luahan hatinya. Gadis di sebelahnya ini jelas sekali berdiam diri dan seakan serius mendengarkan luahan darinya.

"Isy selalu kata yang Suha ni jiwa dia tapi dia tak pernah serius pun nak confess pada Suha. Jadi Suha sendiri tak pasti siapa sebenarnya Suha pada dia."

"Kalau ikut Suha, Suha memang sukakan dia. Cuma Suha takut yang cinta Suha ni bertepuk sebelah tangan je Ika."

"Suha tak tahu. Suha tak pasti."

Akhirnya, segala yang terbuku di hatinya selama ini berjaya diluahkannya pada gadis itu. Sejujurnya, dia memang tidak tahu menahu akan isi hati remaja lelaki itu terhadap dirinya. Sekarang ini, jelas sekali terpancar riak resah di wajahnya itu.

Sufia Ika pula sudah tersenyum penuh makna tatkala mendengarkan luahan dari gadis itu. Bahu gadis itu ditepuknya perlahan lalu diusapnya pula. Keping yang dulunya manja di zaman kebudakan mereka, kini sudah pandai bermain cinta.

"Selama Ika kawan dengan keping, ni pertama kali ada perempuan lain rapat dengan dia selain Ika, Nina dengan Kak Mira."

"Keping tu lain Suha. Dia tak mesra macam lelaki lain. Dia tak pandai berkawan dengan perempuan."

"Bukan senang dia nak bergaul dengan perempuan tapi kalau awak dah pernah dengar suara dia, gelak dia, senyum dia, mesra dia maknanya awak tu something bagi dia."

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now