BM -two-

3.2K 273 47
                                    

"Hei, kau pergilah tegur dia." Kata Hyun menolak tubuh SeokGi supaya mendekati Jeon.

"Taknak lah! Kau tak tengok camne dia jeling aku tadi. Tak payah tolak2 aku woi.!" SeokGi melepaskan diri dan berlari kebelakang tubuh Hyun.

"Menakutkan. Kan? Mata dia cam binatang buas... "

"Tak lah aku rasa mata dia cam mata pembunuh..."

"Baru balik ke korea cikgu cakap. Sebelum ni dia kat mana? "

"Entah2 los Angeles kot.. sebab tu dia ganas. "

"Hooo! Aku tau! Dia mesti ambil dadah kan!"

"Eeek! Takut nya!"

Walaupun Hyun dan SeokGi mengutuk Jeon dengan cara berbisik tapi masih jelas kedengaran di telingan Jeon. Malah seyeon pun turut mendengar perbualan mereka.

Tiba2 Jeon bangun dari tempat duduk nya dgn menghentak meja dgn kuat hingga mengejutkan pelajar didalam kelas. Muka masing2 sudah cuak campur pucat. Sehingga ada yg menyorok di bawah meja. jeon berlalu meninggalkan kelas.

"Fuhh, takutnya! Aku ingat dia dah nak mengamuk tadi!" SeokGi memegang dadanya yg berombak laju. Wajah nya juga pucat tak berdarah.

"Korang tu yg biadap! Bisik bisik kat belakang dia... korang tak boleh menilai buku daripada kulitnya!" Marah mika sambil memeluk tubuh. Tak habis2 nak bergosip kalau cikgu belum masuk kekelas. Mika suka bersidai di tempat seyeon. Sahabat sejati katanya.

"Bukanlah, rasanya dia memang budak jahat. Ketua kelas yg beritahu!" Beritahu Hyun menunjuk kearah Jim selaku ketua kelas.

Jim yg sedang menelaah buku memandang Hyun kerana namanya disebut.

"Tolong jangan kaitkan aku. Aku cuma kata... kebetulan semalam ada pergaduhan di bandar. Sekumpulan pelajar nakal disebelasah sampai hampir mati.. " Jim menutup buku dan disimpan didalam beg.

"Menurut saksi, ada lelaki bermata tajam yg mereka tak pernah jumpa turut terlibat. Ini maklumat sulit polis yang aku dapat dari ayah aku. Kan aku dah cakap ni adalah rahsia." Jim memandang Hyun. Kata rahsia tapi diceritakan pula pada semua orang.

"Sori! Sori!" Hyun merapatkan kedua dua tangannya dihadapan muka.

"Oh, ya... ayah jim adalah ketua polis bahagian daerah kan! Hebatnya!" Mika keterujaan. Anak polis woooo Jim. Jangan buat hal dgn dia. Silap2 masuk lokap. Haha. Tu gila kuasa namanya.

"Tapi kita tak pasti adakah dia orangnya atau bukan. Jadi janganlah besar besarkan benda ni." Sangkal mika. Sukahati je nak menuduh org yg bukan2. Kena kat batang hidung sendiri baru tau.

"Eh, mesti dialah! Siapa lagi!" Jerit Hyun sambil melihat keluar kelas. Takut pula tiba2 Jeon muncul. Nahas dia kena belasah nanti.

"Weh, korang tak dengar ke apa aku kata!? " jim pula menjerit

"Takde org lain lagi dah!" Riuh sebentar kelas itu membincangkan tentang Jeon dan hal pergaduhan yg berlaku.

"Mesti ada cerita di sebalik pergaduhan tu. Apa pendapat kau, seyeon? Kau rasa dia... " mika menoleh memandang seyeon yg sudah tiada di tempat duduknya. Tinggal hanna seorang sahaja. "Eh! Seyeon mana? " tanya mika

"Sejak tadi lagi dia dah takde. Kau mengomel sorang2 sebab kau ingat dia kat sini ke?" Hanna yg berwajah selamba sambil menongkat dagu bercakap dgn nada yg selamba dan mendatar sahaja suaranya.

Jeon pergi ke rooftop dan berdiri ditepi pagar sambil membelek belek harmonika kecil yg sudah dijadikannya rantai. Dia menggenggam harmonika itu dengan kuat.

[C] BEAST MASTEROn viuen les histories. Descobreix ara