BLURB

24 0 0
                                        

Setiap kali Mariana melihat Ellaine Rose, wanita itu akan histeria parah. Tidak ada yang tahu mengapa. Yang diketahui orang, Mariana pernah kehilangan suaminya dalam satu pembunuhan ngeri. Sejak saat itu, rasa trauma dan dendam telah mengikis kewarasannya.

Ellaine ingin menjadi ubatnya. Tapi sebelum dia mencuba pun mendekati Mariana, muncul Carl Benadine, lelaki misteri yang sanggup melakukan apa saja untuk menghalangi mereka.

"Stop it or else you'll regret it." - CARL BENADINE

Ellaine tidak mengerti. Mengapa Carl membencinya? Mengapa Carl begitu takut jika dia mendekati Mariana? Dan mengapa setiap kali Carl melihatnya, ada sesuatu di mata lelaki itu yang tidak seperti kebencian?

Lalu, sepucuk surat daripada Mariana mengubah segalanya.

"Ell... tolong aku. Carl nak bunuh aku. Dia nak jadikan kau kambing hitam."

Ellaine mulai menggali masa lalu. Dan dia menemui sesuatu yang menakutkan. Dia, Mariana, dan Carl saling terkait oleh satu rahsia lama. Rahsia yang jika terbongkar, akan memicu perang besar. Dan pihak yang paling mahu tutup 'bangkai' itu adalah...

Carl.

"Apa niat awak sebenarnya?" – ELLAINE ROSE

Carl menatapnya lama.

"Awak takkan faham... kecuali lepas saya mati, terbunuh oleh rasa sayang saya sendiri." - CARL BENADINE 

Mr. Vs Mrs. PsychoCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang