Bab 39

5.4K 161 3
                                    

"Aizat Amirul bin Azlan."
"Ya saya."
"Aku nikahkan dikau dengan Nur Aina binti Kamil dengan mas kahwinnya RM11 ribu tunai."
"Aku terima nikahnya Nur Aina binti Kamil dengan mas kahwinnya RM11 ribu tunai."
"Sah?"
"Sah!"
"Alhamdulillah."

"Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Aizat, setakat sini sahaja Abah mampu tolong kamu. Selebihnya kamu urus sendiri."
"Terima kasih Abah. Walaupun Abah masih tak terima kami sepenuhnya, Aizat dah bersyukur Abah. Cukuplah Allah bagi Aizat seorang Abah yang datang untuk tengok anak dia kahwin."

Malam itu, mereka sedang bersiap untuk keluar makan.
"Anna."
"Ya."
"Terima kasih kerana sudi menerima aku buat kali kedua." Tangan Anna dicapai Aizat dan diusap lembut.
"Alhamdulillah. Kalau dah jodoh tak ke mana. Anna harap kita macam ni sampai bila-bila. Anna nak Jat jadi kawan baik Anna."
"Dan aku nak kita sentiasa bantu beri semangat antara satu sama lain. Anna, aku tak nak jadi Abah aku. Aku tak sanggup. Aku dah pernah tengok seorang wanita sakit bila tengok orang yang dia sayang mempermain perasaan dia."
"Selagi kita masih bersama, semua benda tu tak akan terjadi. InsyaAllah."
"I love you." Aizat menarik tubuh Anna dekat di dadanya.
"I love you too."

"Ibu? Ibu kenapa datang?"
Puan Faridah hanya senyum.
"Ibu! Cakaplah sesuatu. Ibu. Aizat rindu Ibu."
"Aizat! Datang sini balik!"
"Anna! Ibu. Cakaplah Ibu."
"Aizat!"
Semua menjadi kelam dan Aizat terus mencelikkan matanya. Dia melihat sekeliling. Tiba-tiba Akbar datang dan mengejutnya.
"Jat! Kau dah bangun!" Suara itu seperti ada gema. Dia tidak dapat memdengar secara jelas. Aizat menutup matanya semula dan apabila terjaga, dia masih berada di tempat yang sama.
"Jat. Kau ingat aku tak?"
"Keba. Anna mana?"
"Anna. Anna ada dengan Nad. Dia okey. Kau jangan risau."
"Apa jadi dekat aku?"
"Kau accident. Dah sebulan kau koma."
"Sebulan?"
"Ya."
"Aku nak jumpa Anna."
"Ergh nantilah. Aku suruh Nad bawa Anna balik. Kesian dia. Dah sebulan tunggu kau."
'Maafkan aku Jat.' Akbar berbisik di dalam hatinya.

RinduWhere stories live. Discover now