Bab 13

6K 192 1
                                    

"Kayla." Aizat menaip nama itu di Instagram.
"Lawa. Followers 10k. Likers 1k. Gilalah dia ni. Baru 15 tahun. Adik pun likers paling tinggi 100. Haha. Follow."
Aizat minum air Milo yang dibancuhnya sambil melihat gambar di Instagram.
"Hurm. Dia online. DM. Hai saya abang Aimie. Awak tak duduk hostel ker? Send. Comment. Check your DM."
Lima minit selepas itu Kayla membalas DM Aizat.

KAYLA:
Hye. Yes I am.
AIZAT:
Boleh guna phone ker?
KAYLA:
I gave to someone and we can use it during weekend.
AIZAT:
Oh. Lama ker duduk Jerman?
KAYLA:
10 tahun macam tu.
AIZAT:
Lamanya. Boleh tak kalau minggu balik saya nak jumpa awak?
KAYLA:
Boleh jer. Kenapa?
AIZAT:
Saja.
KAYLA:
Haha. Awak comellah. Macam Aimie.
AIZAT:
Terima kasih. Saya tahu dah.
KAYLA:
Okey saya nak tidur. Bye.
AIZAT:
Goodnight. 🌜

Keesokan harinya Aizat tidak lagi pergi melawat Puan Farida kerana sibuk menduduki peperiksaan akhir semester.
"Puan Farida. Jangan menangis nanti puan akan diserang sesak nafas lagi."
"Saya nak anak saya."
Puan Farida sesak nafas dan kali ini keadaan bertambah rumit apabila Puan Farida perlu memakai topeng gas supaya dia mendapat oksigen yang cukup. Aizat keluar dari dewan peperiksaan dengan penuh gembira.
"Bro boleh jawab?"
"Alhamdulillah."
Telefon bimbitnya berdering. Aizat terus berlari dan memecut laju ke hospital. Dia sempat singgah ke asrama adiknya.

"Ibu. Jangan macam ni."
Aimie tidak henti menangis.
"Ibu bangunlah. Aizat exam tadi. Alhamdulillah Allah tolong Aizat."
Aizat keluar dari bilik dan duduk di sebelah Aimie.
"Dia tak beri sebarang tindak balas."
"Kita nak buat apa Bangjat?"
"Berdoa. Itu saja yang kita mampu."
"Bangjat."
"Ya Adik."
"Siapa lelaki tu?"
"Abah."

Datuk Azlan datang untuk melawat Puan Farida.
"Kau buat apa dekat sini? Hey!"
Datuk Azlan terus masuk tanpa menjawab soalan Aizat.
"Kau jangan sentuh mak aku."
"Farida. Saya dah datang."
"Datuk Azlan."
"Aizat. Abah dah datang seperti yang kamu mahukan."
"Tak cukup. Aku tak nak kau bawa dia." Dia menunding jarinya ke arah isteri muda Datuk Azlan.
"Abah tahu kamu masih marah tapi--" Puan Farida mula sesak nafas. Keadaan menjadi huru-hara. Aizat memanggil doktor.

RinduWhere stories live. Discover now