Bab 36

5.1K 155 1
                                    

"Bro kau biar betul Anna? Kau yakin tu dia?"
"Aku yakin Keba. Aku siap sarung cincin lagi dekat jari dia. Siap nampak muka depan aku. Mustahil aku nak tipu kau."
"Aku bukan apa Jat. Aku tak sanggup tengok kau terluka lagi."
Aizat memandang ke bawah.

Keesokan harinya, Aizat pergi ke tempat kerja seperti biasa. Sebenarnya, Anna bukan isteri Megat atau sesiapa. Aizat tahu perkara itu.
"Aku tak faham kenapa diorang asyik ulang Anna tu isteri orang!"
Aizat menolak segala fail yang berada di atas mejanya. Ketika itu, Anna sedang berada di hadapannya. Anna datang ke pejabat untuk berjumpa dengannya.
"Aizat."
"Anna. Ada apa?"
"Aku memang dah kahwin." Air mata Anna turun dengan laju.
"Dengan siapa? Siapa! Kau lupa Megat dah ceraikan kau talak tiga! Talak tiga! Lepas tu kau nak sembang dengan aku dia ajak rujuk semula! Kau ingat aku siapa kau nak tipu?" Aizat bangun.
"Bukan Megat Amir Danish. Tapi-"
"Siapa?" Aizat menangis kerana marah.
"Megat Haris."
"Kenapa suami kau semua Megat?"
"Megat Haris tu sepupu dia! Sepupu dia yang selalu tengok aku dekat rumah. Selalu datang rumah dia! Sampai satu hari tu, dia buat benda tak elok dan kami kena tangkap basah. Aku kena cerai sebab dia! Sebab Megat Haris! Bukan sebab kau. Megat Amir Danish sayang kau gila! Dia tak benarkan aku buka pintu atau aku keluar pergi mana-mana sebab lelaki tu! Dia dapat tahu aku kena tangkap basah hari korang datang. Dia benci lelaki yang datang rumah dia."
"Habis tu mimpi aku semalam? Aku buat istikharah dan aku mimpi kau. Kenapa aku tak tahu kau dah kahwin?"
"Aku yang tak bagi semua orang bagitahu dekat kau. Aku sayang kau Jat. Sejak kita bersama dulu aku dah tanam dalam hati aku tak ada lelaki yang akan hadir selepas kau."
"Tapi kau terikat dengan Megat Haris."
"No. He's gone."
"Kau isteri orang."
"Aku janda."
"Aku tak faham."
"Megat kemalangan enam bulan yang lalu."
"Kenapa kau bagitahu aku dia Megat ajak rujuk semula dengan kau? Kenapa kau tipu aku?"

RinduWhere stories live. Discover now