Bab 19

5.3K 171 2
                                    

Aizat memandu laju pulang ke hotel.
"Aizat. Bawa perlahan sikit. Jangan terlalu ikut perasaan tu. Istighfar."
"Saya tak boleh Bang. Saya kalau boleh nak pecah jer muka Abah saya tu! Boleh dia cakap macam tu dekat adik saya!"
"Itu semua hasutan syaitan. Syaitan ni dia suka kalau kita marah. Istighfar. Astaghfirullahalazim~Astaghfirullahalazim~"
Aizat kembali tenang. Allah akan membantu hambaNya yang berada dalam kesusahan.

Seminggu mereka berada di Pulau Pinang, Aizat tidak pernah lupa akan apa yang berlaku pada malam itu. Aimie dan Aizul kembali ke asrama mereka dan Aizat telah mula bekerja di butik Megat. Megat kini bersama Anna. Mereka merancang untuk bertunang hujung tahun ini.
"Jat. Kau rasa baju ni okey tak?"
"Okey. Aku tak sabar nak tengok korang kahwin."
"Terima kasih bro. Kalau kau tak bagitahu dia malam tu, melepas aku."
"Aku sanggup berkorban untuk kawan aku. Lagipun kau dah banyak tolong aku."
"Semua tu tak ada hal bro. Kau tu. Sampai bila nak membujang?"
"Sampai aku bertemu dengan orang yang telah ditakdirkan untuk aku."
"Kau tak boleh tunggu. Kau kena usaha cari juga."
"Nantilah."
"Bila bro? Usia kau tu dah lanjut."
"Aku ingat aku nak buka syarikat sendiri. Yalah. Buat apa aku ada sijil tapi kerja bawah orang?"
"Aku tak kisah. Apa-apa hal kalau kau rasa beban, bila-bila masa pun boleh call aku."
"Terima kasih bro. Hari ni aku nak minta balik awal boleh?"
"Kau nak pergi mana?"
"Aku ada hal dengan--"
"Kau nak pergi jumpa Abah kau ker?"
Aizat terdiam. Dia hanya mengangguk perlahan.
"Jom."
"Kau nak pergi mana Gat?"
"Aku dah pernah cakap dulu aku sendiri nak menghadap Abah kau."
"Tapi dia--"
"Aku tahulah apa aku buat. Kau jangan risau."

Mereka sampai di pejabat Datuk Azlan.
"Datuk, ada tetamu dari kedai butik Mikraj Concept."
"Saya tak beli baju pun. Apa hal dia datang?"
"Dia kata dia nak jumpa Datuk."
"Suruh dia masuk."

RinduWhere stories live. Discover now