Chapter 3 : Hari yang kelam kabut

2.1K 103 2
                                    

Terima kasih kerana terus setia membaca fans fiction ini.Maaf seandainya fans fiction ini ada meyentuh kisah hidup anda para pembaca atau orang yang terdekat.Fans fiction ini ada campur bahasa,kebanyakkannya malay,English dan hangul.Maaf jika ada kesalahan dari segi tatabahasa dan sebagainya.Selamat membaca semua.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Chapter 3 : Hari yang kelam kabut

Aku hanya melihat Kai menarik tanganku ke arah orang ramai dan berharap tidak berlaku sesuatu yang tidak diingini akan berlaku.Banyak mata-mata yang melihat kami berdua dan ramai juga yang mengikuti kami dari belakang.Ingin tahu apa yang berlaku seterusnya.Sampai di suatu tempat dengan secara tiba-tiba Kai memberhentikan langkahnya.Kerana tidak sempat berhenti,badan Naeun terlanggar badan Kai dihadapannya.

"Awak kenapa tarik saya ke si-".Tidak sempat Naeun menghabiskan ayatnya dia terasa ada sesuatu yang menyentuh bibirnya secara lembut.

Bulat mata Naeun memandang lelaki dihadapannya ketika ini.Dia tidak mampu mengutarakan sepatah perkataan kerana sangat terkejut dengan ciuman yang diterimanya tadi.Tidak kurangnya dengan jeritan pelajar-pelajar yang mengikuti mereka tadi.

"Aku akan buat kau jatuh cinta dengan aku.Jadi bersedialah"Kai berbisik lembut ditelinga Naeun.

Hanya Naeun sahaja yang mendengarnya.Dia hanya mampu memandang Kai dengan pandangan yang sukar dimengerti.Serabut kepalanya dengan segala persoalan yang tidak ada jawapannya.

"Bye-bye baby,jangan curang tau"kata Kai dengan sengaja menguatkan suaranya bagi semua pelajar di situ dengar.

Selepas berkata begitu,Kai melangkah pergi meninggalkan Naeun keseorangan di situ.Naeun termangu-mangu keseorangan di situ.Tidak faham dengan apa yang berlaku sebentar tadi.Dia melihat para pelajar berbisik sesama sendiri sambil menunjuk-nunjuk ke arahnya.Tahulah Naeun bahawa dia adalah tajuk utama perbualan mereka sekarang.

Di dalam kelas Miss Hayoung

Naeun duduk seorang diri di tepi tingkap sambil memandang ke arah luar tingkap,cuba menganalisa apa yang berlaku pada hari ini.Lamunannya tiba-tiba hilang dengan suara yang amat dikenalinya iaitu Kai dan gengnya.

"Hai baby."sapa Kai dengan memeluk bahu Naeun.

Naeun hanya diam sahaja tanpa menjawab sapaan Kai.Pening kepalanya dengan perangai Kai.Semalam amaran sekarang ciuman?esok lusa apalah yang akan terjadi kepadanya.Dia tidak mampu membayangkannya.

"Kenapa ni baby.Baby nak biy cium lagi ke?"Tanya Kai sambil merapatkan badannya dengan badan Naeun.

"Biy?"Tanya Naeun pelik.

"Yes biy.Kenapa?Officially baby pagi tadi dah jadi girlfriend biy."senyum Kai.

Naeun hampir cair dengan senyuman yang Kai hadiahkan kepadanya.

'Aku tak boleh cair dengan dia.Tak boleh.Ingat Naeun,dia hanya nak main-main dengan kau je tu'bicara hati Naeun.

"Officially.Bila?"Tanya Naeun lagi dengan membuat muka pelik.

'Bila masa aku couple dengan dia.Haish.'kata hatinya lagi.

"Pagi tadi sayang.Oh ya,jarang curang dengan lelaki lain tau kalau tak nak lelaki tu masuk hospital.Baby tahu kan biy ni macam mana."kata Kai sambil ketawa kuat disambut dengan ketawa dari kumpulannya.

Naeun hanya pandang Kai dengan perasaan takut.Dia ni boyfriend aku??Habislah dunia Naeun.Hancur apabila terkenang yang dia akan bersama Kai di sekolah.

"Hmm lagi satu baby.Petang ni jangan balik dulu.Biy ada sesuatu urusan dengan baby"pesan Kai .

"Nak pergi mana?Saya ada urusan peta-"sekali lagi Naeun tidak dapat menghabiskan kata-katanya apabila bibir Kai menjamah bibirnya yang lembut.

"Ingat baby,jangan balik dulu"kata Kai sebelum berlalu pergi.

Para pelajar didalam kelas hanya terlopong sahaja melihat Kai mencium Naeun buat kali kedunya hari ini.Ada yang tumpang simpati ada yang hanya mengetawakan dia sahaja.Selepas itu,kelas berlangsung seperti biasa sehingga deringan jam loceng yang menandakan waktu persekolahan telah tamat pada hari itu.

Seperti yang dijanjikan ,Naeun tidak balik dan setia menunggu Kai di hadapan sekolah.Bukan kemahuannya untuk menunggu tetapi dia lebih takutkan akan balasan yang akan didapatinya apabila dia tidak mendengar kata Kai.

Lima belas minit berlalu,namun bayang Kai sedikit pun tidak menjelma.Apabila Naeun ingin melangkah pergi,sebuah kereta mewah berhenti betul-betul dihadapannya.

"Masuk."kata orang didalam kereta itu.

Naeun tidak dapat melihat siapakah orang didalam kereta itu kerana cermin hitam yang menutup pemandangannya.Apabila Kai keluar dari tempat pemandu dengan pakaian kasual barulah dia tahu bahawa kereta itu kepunyaan Kai.

"Ish,masuklah."Kai menarik tangan Naeun untuk memasuki keretanya apabila melihat Naeun hanya tercegat di sisi keretanya bagaikan patung yang tiada nyawa.

Selepas itu,kereta itu meluncur laju di jalan raya.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ke manakah Kai ingin membawa Naeun?Apakah sebenarnya urusan yang ingin dicakapkan oleh Kai??Nantikan sambungannya di chapter 4 di That's gangster leader actually my boyfriend.

That's Gangster Is Mine!!(malay version)Where stories live. Discover now