57◆

85 2 0
                                        

Malam menjelma jua. Entah kenapa hatinya ini berasa tidak senang. Bagaikan sesuatu akan berlaku. Sempat juga terdetik di hatinya agar malam ini berlalu dengan cepatnya. Biarpun dia tahu itu semua mustahil.

Dirinya terlebih dahulu meminta diri sebaik saja mereka selesai makan malam. Masuk saja dalam bilik, dia tersandar lemah di pintu. Dia rasa mahu melarikan diri saja sekarang. Patut ke dia terjun dari beranda?

Dalam debarnya, pintu bilik tidur itu dibuka dari luar. Terus berganjak sedikit tubuhnya ke tepi. Tanpa perlu meneka, dia sudah tahu empunya badan yang memasuki bilik itu. Pasti sajalah suaminya, Tengku Qaiser.

"Aik, sayang. Kenapa berdiri belakang pintu ni? Tunggu abang eh?" Usik Tengku Qaiser. Riak nakal terpancar pada laman wajahnya.

"Eh, perasannya" Adhela berkata seraya melarikan diri dari situ. Beranda bilik itu dia dekati. Dia rasa lebih baik dia jauhkan diri dari suaminya sekarang. Dia rasa bahaya.

"Abang sebenarnya nak cakap sesuatu dengan sayang. Tapi abang nak mandi dulu. Sayang..."

Adhela diam menanti sambungan ayat yang seterusnya. Walaupun jantungnya kini berdetak tidak senang. Sejak awal Tengku Qaiser memulakan bicara.

"...nak ikut abang mandi?"

Dang!

Terus terjegil mata Adhela. Apa gila ke suaminya ni?

"No!" Laju Adhela berpusing ke hadapan kembali. Menatap langit malam yang dihiasi cahaya rembulan. Jelas di hawa pendengarannya ketawa jejaka itu bergema.

Lebih dalam kali ini dia tenggelam di bawa arus fikiran. Ah, entah apa yang difikirnya sangat dia tidak tahu. Tetapi ada rasa kurang enak bertangkai di hatinya sejak dua menjak ini.

Pada mulanya, dia menganggap ini mungkin hanya perasaan jiwa sahaja. Namun, layanan Tengku Qaiser padanya di wad tempoh hari amatlah mengganggu hatinya.

Baru sahaja kakinya melangkah keluar dari tandas, matanya terus menangkap susuk tubuh suaminya. Terkejung dia buat seketika.

"Abang?" Adhela menegur perlahan bagi menyedarkan kehadirannya di situ.

"Eh, sayang. Dah makan? Abang bawakan makanan ni untuk sayang. Special tau" Tanpa menunggu Adhela menjawab terlebih dahulu, tangannya lincah membuka beg plastik yang dibawa. Terus dia keluarkan satu set mangkuk tingkat. Dihidangkan satu persatu lauk yang ada.

Mata Adhela terus terbuntang luas. Dengan perlahan dia menghampiri suaminya. Bau lauk terus semerbak ke seluruh pelusuk wad persendirian itu sekali gus mengundang rasa lapar dalam dirinya.

"Errr kenapa abang buat... semua ni?" Serba salah Adhela menyoal. Duduk dia labuhkan di salah satu kerusi yang disediakan di situ.

"Sebab abang tahu sayang lapar. Makanan hospital ni mana sedap. Ini bonda yang masak tau" Balas Tengku Qaiser lalu dia mula mencapai satu bekas yang berisikan nasi. Diambil sedikit lauk yang dibawa lalu digaulkan sekali bersama nasi.

"Sini abang suapkan. Baca doa dulu"

Adhela hanya menurut. Sebaik sahaja dia mengaminkan doa, terus satu suapan nasi masuk ke dalam mulutnya. Dengan perlahan dia mengunyah. Menikmati air tangan bonda yang tidak pernah mengecewakan.

"Macam mana? Sedap kan? Lagi sedap dari hospital punya kan?" Berdas-das soalan Tengku Qaiser lontarkan.

"Memang sedap! Tip top!" Adhela membalas gembira. Senang hatinya dapat menikmati makanan enak begini.

Tersenyum senang Tengku Qaiser mendengarnya. Dan dia teruskan saja suapan ke mulut isterinya. Kadang-kala ada juga yang melencong ke mulutnya sendiri. Tiba-tiba rasa terliur apabila melihat isterinya yang berselera makan.

•C•QAISER'S QUEENWhere stories live. Discover now