Hampir tujuh puluh dua jam dia berada di sini. Bibirnya sudah menggelupas. Tekaknya berasa bagaikan digurun sahaja. Kering kontang. Ketandusan air. Sungguh dia rasa perit saja saat dia air liur ditelan. Ah, sungguh terseksa!
Lemah matanya melilau ke kiri dan kanan. Tiada tanda sesiapa pun di situ. Sunyi saja sekelilingnya. Hanya bunyi air menitik yang entah dari mana puncanya. Sesekali terdengar juga bunyi unggas yang saling menyahut.
Dirinya yakin yang dia berada di kawasan yang jauh dari dunia luar. Mungkin di tengah hutan belantar yang tebal. Tenggelam dari mata-mata dunia luar.
"Ya Allah turunkan bantuanMu. Bantulah aku Ya Allah" Lirih hatinya berdoa. Memohon pertolongan pada yang Esa. Hanya Dia yang mampu menbantunya sekarang.
Seketika bunyi besi berlaga memeranjatkan diringa. Terus mata yang hampir terkatup tadi terbuka dengan luas. Menoleh ke sekeliling kawasan itu. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang berlaku.
"Sial!" Jelas bergema kuat carutan itu. Keras nada suaranya. Namun, telinganya ini bagaikan pernah mendengar suara itu. Rasa familiar saat suara itu sampai di kokleanya.
Bunyi tapak kasut yang kian kuat menandakan empunya itu semakin hampir dengan dirinya. Tanpa sebarang isyarat terus baju bahagian lehernya direngkuh kuat. Sehinggakan badannya dipaksa untuk berdiri. Mendesis dia menahan pedih di tangan apabila rantai itu bergesal dengannnya.
"Kau memang anak tak guna!" Tempik lelaki itu kasar. Tepat di hadapan mukanya.
Tetapi tidak pula dia beri reaksi. Malah, dia terkaku sendiri. Melihat wajah merah tegang di hadapannya kini. Dia rasa seperti dianiaya. Kenapa harus dia?
"Kau memang nak main kasar kan?" Soal lelaki itu lagi. Mungkin berang kerana dia hanya diam tidak berkutik.
"Kau memang layak dapat semua ni" Balas Tengku Qaiser tanpa gentar. Ditentang mata lelaki itu dengan tajam. Ingat dia seorang sahaja boleh berkasar? Dirinya pun bolehlah!
Nampaknya apa yang dia dengar selama ini bukannya sekadar khabar angin biasa. Ianya benar belaka. Terbukti pada saat ini ada gunting dalam lipatan di kalangan keluarganya. Orang paling dia tidak sangka---Bukan. Dia sudah sangkakannya. Cuma dia tidak sangka dalam keadaannya yang sebegini.
Buk!
Terteleng wajah Tengku Qaiser ke sisi. Kebas mula menjalar di sekitar bahagian mukanya. Rasa bagaikan separuh darinya mulai membengkak. Bibirnya menguntum senyuman senget. Memprovok lelaki itu. Biarpun keadaannya lemah ketika ini.
Puas hatinya melihat dada lelaki itu berombak laju. Berang mungkin. Pasti saja kata-katanya sebentar tadi telah menjetik api kemarahan lelaki itu. Bahananya, wajah tampan dia ini yang menjadi mangsa. Namun, dia tidak kisah. Malahan terlebih teruja.
"Bos! Markas kita! Meletup!" Ujar satu suara dengan cemas. Lelah dia mengatur nafas kesan daripada lariannya.
Bunyi deringan telefon kedengaran. Tanpa menunggu lebih lama terus dia mengangkat panggilan. Berubah pucat terus wajahnya saat ini. Dirinya bertambah gugup apabila menangkap pandangan tajam daripada bosnya.
"Bos. Gudang dekat Laos terbakar" Terketar dia menyampaikan berita itu. Melihat saja wajah bosnya yang sudah berubah menjadi singa lapar itu, terus dia laju lari dari situ. Sebelum dia menjadi mangsa.
"Ni mesti kerja kau kan!? Tak guna!" Amuk lelaki itu. Ditolak kasar badan Tengku Qaiser sehingga melanggar tiang besi. Terjelepuk dia jatuh ke tanah.
"Zaman kau suka ria dah tamat" Ujar Tengku Qaiser dengan susah payahnya. Rasa besi mula memenuhi segenap mulutnya. Ah, pasti saja tepi bibirnya pecah. Makan penumbuk kut tadi.
YOU ARE READING
•C•QAISER'S QUEEN
RomancePerkahwinan yang dibina pada mulanya hanyalah satu daripada rancangannya. Peristiwa yang berlaku pada malam itu juga merupakan salah satu daripadanya. Cinta? Dia tidak tahu pada waktu yang mana perasaan itu muncul. Namun, yang dia rasakan hanyalah...
