Dia malas hendak berurusan dengan budak tiga suku itu, tapi entah mengapa rakannya itu seakan suka benar membabitkan dirinya dalam setiap permasalahan pelajar lelaki itu.

Apakah ada sesuatu di antara mereka? Adakah dirinya ini ketinggalan bas? Jika mereka ada sesuatu, bukankah perkara itu harus diberitahu padanya? Bukankah dia merupakan one and only bestie Ilya Nasuha forever and ever hingga ke Jannah sana?

Ilya Nasuha pula hanya tersengih memandang gadis itu yang hendak berlalu pergi. Maaflah Irah, bukan Suha tidak mahu dengar setiap pesanan dari kau, hati aku ini sudah dibayangi dengan cinta dari Isy. Kau tidak tahu panahan cinta dari remaja lelaki kembara cintanya itu begitu kuat hingga dia tidak mampu untuk menolaknya.

"Iya lah, pergi lah sana."

Aina Manirah menjuihkan bibirnya tanda tidak berpuas hati setelah dirinya dihalau pula oleh gadis itu. Dengan langkah yang laju, dia terus berlalu ke barisan tingkatan 2 perempuan yang dijaganya. Wajahnya masam mencuka kerana geram dengan apa yang terjadi.

Beg peach yang disarungnya, lantas sahaja disangkut di tepi kerusi. Buku teks biologi yang dipegangnya sebentar tadi terus diletakkan di bawah laci meja. Ilya Nasuha terus melabuhkan duduknya di atas kerusi dengan lesu sekali.

Buku novel Tirani dibeleknya helaian demi helaian. Dia cuba mengingati peristiwa yang berada di dalam kandungan novel itu. Sinopsis novel itu, dihafalnya berulang kali.

Mata bundarnya itu dikerling ke arah kerusi dan meja, yang berada bersebelahan dirinya. Kemana agaknya remaja lelaki itu pergi membawa diri? Sedang matanya meliar memerhati tempat duduk lelaki itu, matanya terus tertancap pada satu memopad bewarna biru.

"Untuk aku ke?"

"Boleh ke aku tengok?"

Memopad yang melekat elok di kerusi itu ditatapnya lama. Segera memopad itu dicabut. Isi kandungan yang terdapat pada memopad itu dibaca.

'Thanks pasal tadi. Ada hadiah untuk kau bawah meja aku.'

Ilya Nasuha runsing dengan apa yang dibacanya sebentar tadi. Adakah lelaki itu memberikan hadiah sebagai balasan dan tanda terima kasih di atas kejadian di tapak perhimpunan tadi? Adakah lelaki itu benar-benar ingin menghadiahkan dirinya sesuatu?

Namun begitu, perasaan teruja terus menyelubungi dirinya. Dia ingin mengetahui apa yang diberikan oleh lelaki itu kepada dirinya. Kepalanya ditunduk bagi melihat apa yang berada di bawah meja pelajar lelaki itu. Tangannya meraba-raba laci meja itu mencari hadiah yang dimaksudkan. Lalu, dikeluarkannya satu kotak bewarna merah hati.

"Betul ke ni untuk aku?"

"Biar betul Isy bagi aku hadiah ni?"

Dia kembali terkedu. Mengapa boleh ada sesuatu seperti ini di bawah meja pelajar lelaki itu? Adakah hadiah ini ia benar ditujukan kepada dirinya? Dengan pertanyaan yang semakin membelenggu, dia membuka balutan kotak itu. Satu memopad lagi, diamatinya lama.

'Kalau sayang aku, bukak. Kalau takut jangan bukak. Bila dah bukak kotak ni, tunggu aku masa balik nanti.'

Dia bingung dengan apa yang dibacanya sebentar tadi. Mengapa remaja lelaki itu dengan berani mengungkap kata sayang seperti ini? Nak buka atau tidak kotak hadiah ini?

Pertanyaan itu semakin galak berlegar di fikirannya. Kalau tak buka rasa bersalah pulak. Kalau buka, kantoilah yang dia menyimpan rasa sayang akan remaja lelaki itu. Antara takut dan berani, dia cuba untuk membuka kotak itu.

"Baaa!"

Hampir terlepas kotak hadiah itu dari pegangannya. Dadanya pantas sahaja diurut laju kerana terkejut diperlakukan sebegitu oleh rakan sekelasnya. Dek kerana terlampau terkejut, Ilya Nasuha terus sahaja melatah.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now