"Ok, sebelum saya tamatkan kelas, saya nak ingatkan lagi sekali pasal assignment yang saya bagi tadi. Assignment tu wajib dihantar next week, sebelum cuti mid sem. Faham?" tegas Puan Mastura kepada pelajar-pelajar kelasnya, mengingatkan tentang tugasan-tugasan mereka yang harus diselesaikan segera.
"Faham, Puan..." jawab pelajar-pelajar kelasnya itu, serentak.
"Oh, ya... Lupa saya nak beritahu... Hari ni, kelas ni akan ada pelajar baharu... Dia akan masuk waktu kelas ketiga nanti. So, saya harap awak semua dapat tolong dia apa-apa yang patut. Ok?"
"Ok, puan..." sekali lagi, pelajar-pelajarnya menjawab serentak.
"Ok, thank you. Selamat lunch semua..." Puan Mastura pun keluar dari kelas itu, setelah tamat mengajar.
Sebaik sahaja Puan Mastura sudah keluar kelas, Elyssa terus menghampiri Ashraf.
"Ash, jom kita pergi cafe." ajak Elyssa kepada teman lelakinya itu dengan suara yang manja.
"Kejap ya, El. I nak tanya Ika dulu, dia nak makan apa." jawab Ashraf sambil mengemas barang-barangnya di atas meja.
"Kenapa you kena tanya dia?" tanya Elyssa sambil mengerutkan kening.
"Ika tak pergi cafe. I yang akan belikan dia makanan." jawab Ashraf.
"Kenapa dia tak beli sendiri je?"
"Sebab I tak bagi. Dia mana boleh banyak berjalan sangat."
Jawapan Ashraf itu membuatkan Elyssa rasa cemburu.
"Wow, risau betul kan you pasal dia?" tanya Elyssa sambil tersenyum kecil, cuba untuk menyembunyikan perasaan cemburunya itu.
"Mestilah, El. You pun tahu kan, I yang buat dia jadi macam tu. So apa yang I buat sekarang ni, untuk tebus kesalahan I. You faham I kan?"
Hati Elyssa semakin terbakar dengan api cemburu mendengar penjelasan teman lelakinya itu.
'I tak suka you lebihkan dia daripada I! I jealous, Ash. I jealous tapi I tak boleh tunjuk kat you! I tak nak nampak jahat kat mata you. Tapi kenapa you masih tak faham yang I ni jealous!' hati Elyssa meronta.
"Ya, I faham... Ta..."
"Thank you so much sebab faham I. I dah agak dah, you tak akan cemburu buta macam dulu lagi. Thanks again, El. Kejap tau, I nak pergi kat Ika dulu."
Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, Ashraf sudah mencelah, dan pergi menghampiri Ika. Dia semakin sakit hati.
'You dah berubah Ash. Dulu you tak macam ni. You dah tak pentingkan perasaan I. Sekarang ni, you tak habis-habis asyik risaukan sepupu you yang tempang tu je! You tak patut buat I macam ni. You dah melampau Ash! Ni semua salah perempuan tempang tu! Dia punca you abaikan I! I takkan biarkan je dia rampas you dari I... Takkan biarkan...' bisik hati Elyssa yang sedang diselimuti kemarahan dan juga api kecemburuan.
***
"Tak best betul makan kat dalam kelas... Ika nak makan kat cafe..." rungut Ika kepada Fifi, sambil sedang makan mee goreng yang dibeli oleh Ashraf untuknya di dalam kelas.
"Nak buat macam mana... Dah sepupu Ika tu yang tak bagi Ika makan kat cafe. Ikutkan jeklah... Lagipun, kan ada Fifi ni teman Ika makan kat sini... So, takdelah tak best sangat kan?" pujuk Fifi.
"Terima kasih Fifi, temankan Ika." ucap Ika sambil tersenyum. Dia rasa bersyukur mempunyai sahabat sebaik Fifi.
"Sama-sama... Aduh..."
Fifi tiba-tiba memegang perutnya.
"Kenapa, Fifi?" tanya Ika, risau.
"Perut Fifi sakitlah... Rasa macam nak buang air besar." jawab Fifi sambil menahan sakit perutnya itu.
BINABASA MO ANG
Penjaga Hati
RomanceZaman kanak-kanaknya tidak seperti kanak-kanak yang lain... Dia selalu dihina dan diejek oleh rakan-rakan sebaya disebabkan oleh status dirinya sebagai seorang 'anak luar nikah'. Namun, Syafikah Balqis tetap tabah menjalani hidupnya yang penuh deng...
