Bab 27

231 17 49
                                    

Bunga senyum yang terbentuk di bibir merah jambu serta merta memudar apabila satu panggilan memasuki telefon Luqman. Sirna harapan hendak menunggu gadis pujaan hati sedar dari lena. Luqman bingkas bangun dari tempat duduk sambil menggesek ikon hijau ke atas.

Nama pemanggil yang tertera pada skrin telefon menandakan hari cuti telahpun tamat.

"Seronok cuti, man." sapa Tuan Bahrin.

Luqman gelak tipis. "Tak adalah seronok sangat, tuan. Simple je. Paling best kalau cuti dengan family sekali," balas Luqman.

"Dah berapa kali aku nak cakap dekat kau man. Kau pergi kahwinlah... umur kau ni dah boleh dapat anak satu tau."

Terhambur gelak Luqman dan saling bersahut dengan Tuan Bahrin di talian.

"Yalah. Saya akan ke sana sekarang."

Usai menamatkan panggilan, Luqman kembali duduk di tempat asalnya. Wajah tua mak cik Anis dipandang.

"Mak cik jangan risau fasal keadaan Seroja. Insya Allah, dia tak apa-apa." ujar Luqman sambil pipi mengembang dengan senyuman.

"Hm... mak cik tak risau sangat fasal Seroja. Cuma mak cik takut..."

Satu keluhan kecil dilepaskan. Jemari tua memintal hujung baju. Dia tidak risaukan fasal Oja, cuma dia risaukan apa yang menanti gadis itu di rumah.

"Kenapa mak cik?"

Mak cik Anis angkat kepala semula dan menggeleng. Hal dalam rumah tidak patut diceritakan pada orang luar. Dia beruntung kerana lelaki bernama Luqman ini sudi membantu tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

"Tak ada apa-apalah nak. Terima kasih sebab sudi bantu mak cik dan Seroja. Soal bil rawatan..."

"Tak apa, saya ikhlas. Saya tak kisah pun fasal itu. Cuma saya nak minta tolong sesuatu dari mak cik, boleh kan?"

"Insya Allah, kalau mak cik mampu mak cik akan bantu." Mak cik Anis sedia menanti apa yang hendak disuarakan oleh Luqman.

"Tolong jangan beritahu Seroja pun fasal ini. Kalau boleh, biarlah menjadi rahsia antara kita. Saya tak nak dia tahu." ujar Luqman.

Sengaja dia merahsiakan perbuatan baiknya itu kerana takut disalah anggap. Dia tidak mahu ikatan persahabatan yang baru dibina musnah begitu saja.

Mak cik Anis mengangguk faham. Kalau itu, dia mampu nak buat.

Hanya sepasang mata tua menghantar pemergian Luqman menuju ke pintu keluar. Baik sungguh orangnya! Bertuah siapa yang berjaya menawan hati pemuda itu. Kalaulah anaknya belum berkahwin, mungkin sudah lama dia pinangkan buat anaknya. Mak cik Anis geleng kepala sambil tersenyum.





BILIK putih cerah menjadi daratan pertama labuhan sauh sepasang mata yang masih kabur. Anan kerdipkan mata berulang kali. Cuba memastikan apa yang dia lihat di hadapan.

Lama-lama mata yang kabur beransur jelas. Hendak menjerit meminta tolong, suaranya tak keluar-keluar. Mungkin sedang memasak Maggie kerana perutnya terlalu lapar.

Anan melihat bajunya. Masih sama. Tiada apa yang berubah. Kemudian beralih pula pada Dora, lelaki berambut kelabu yang masih setia memandang ke arah Anan.

"Kau tak payah nak buat muka risau sangat. Kau dah selamat. Lagi pula..."

Selamat? Huh. Jarang-jarang Dora menuturkan kalimat itu sepanjang dia menjadi ahli kongsi gelap.

"Aku tak pandang perempuan cacat macam kau."

Tupp!

Anan rasakan tiang elektrik dalam tubuhnya hendak tercabut dan memukul lelaki berambut kelabu ini. Tak padan dengan muka kacak, mulut tak berlesen rupanya!

𝐐𝐀𝐅 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐄𝐑𝐂𝐎𝐕𝐄𝐑 [OG]Where stories live. Discover now