Bab 26

147 16 24
                                    



"Oh... Dora the explorer."

Sebatang kayu berpaku diseret di atas lantai. Hadief tergelak tipis apabila Dora tidak menyahut seruannya.

Tiba di hadapan Dora. Hadief duduk bercangkung sambil mengangkat kepala ke arah Dora yang sedang sibuk bermain billiard.

"Dora..." seru Hadief lagi.

Dora buat tidak peduli. Permainan diteruskan seperti biasa. Tiada tanda mahu berhenti, atau menoleh ke belakang.

Hadief berdecit geram. Dicuit batang hidung mancung persis anak arab.

"Dora, boleh tak kalau aku kacau budak tu? Kau tak pernah kasi chance pun sepanjang Dai Lo suruh kau jaga budak tu." Hadief berbisik di telinga Dora sebelum dia duduk di atas meja.

Bola berwarna sengaja dihamburkan oleh Hadief. Sedikit sahaja lagi Dora menang dan berjaya menumpaskan Arman. Tetapi, lalat tak cukup tidur pula yang kacau Dora.

Jelingan tajam dihadiahkan kepada Hadief. Tanpa kata, Dora menolak tubuh Hadief ke tepi. Sementara Arman masih beriak biasa.

"Jangan kacau aku."

Hadief tergelak lagi. Semakin Dora melarang, semakin dia rasa tercabar.

"I wonder... kenapa kau selalu tutup muka kau dengan topeng kuda tu? Hodoh sangat ke sampaikan kau takut nak show?"

Terangguk-angguk Dora dibuatnya. Kocek seluar diraba, dia tahu. Hadief sengaja mengacau kerana mahukan kunci yang diserahkan oleh Jack kepadanya. Kunci bilik yang mengurung seorang gadis.

Dan gadis itu amat berharga bagi Jack.

"Kau nak sangat, kan?"

Mulut yang ternganga luas disumbat dengan segugus kunci. Automatik mata Hadief terbuka luas. Penuh mulutnya. Terasa pahit apabila lidah bersentuhan dengan besi.

Hadief memuntahkan kunci tersebut di atas meja sambil tangan kiri mengepal penumbuk.

Tetapi, dia tahan amarah yang kian membuak dalam dirinya. Pangkat Dora lebih tinggi berbanding Hadief serta Arman.

Dia tidak boleh berbuat apa-apa kerana Dora ialah haiwan kesayangan Jack.

Dan haiwan kesayangan itu merupakan anak kepada perempuan simpanan Jack.

Hadief menurut dengan perlahan. Langkah kaki terhuyung-hayang selepas menelan berbotol minuman keras yang sudah dianggap seperti air putih. Kayu berpaku yang tersandar di kaki meja diambil olehnya.

Diseret menuju ke pintu keluar dari ruangan bermain.

Dora menghantar kepergian itu dengan ekor mata. Kemudian, kepala diangkat tinggi ke arah Arman.

"Muka aku ni... hodoh sangat ke?" soal Dora.

Arman tahan gelak. "Tak hodoh. Cuma kau yang salah pilih tempat, dora."

"Salah pilih, huh? Tak mungkinlah. Aku dilahirkan dekat sini kot. Mati atau hidup dekat sini juga."

"Tapi kau pernah diberi pilihan. Sama ada kau nak stay kat sini, atau hidup dengan bebas kat luar." ulas Arman lagi.

Tangan dibawa berlipat di dada. Dora diam sejenak.

Kemudian, dia berdecit.

"Tapi bukan aku yang tentukan."

Arman angguk faham. Bukan mereka yang berkuasa di tempat itu. Sudah masuk, amat mustahil untuk keluar dari tempat itu dengan selamat. Lebih-lebih lagi apabila mereka berkhidmat kepada Jack.

𝐐𝐀𝐅 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐄𝐑𝐂𝐎𝐕𝐄𝐑 [OG]Where stories live. Discover now