TSB | 17

2.3K 231 3
                                    

"RAUDHAH?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"RAUDHAH?"

Raudhah menganggukkan kepalanya sebaik saja nama itu disebut. Sesekali dia pamer senyuman bila seorang wanita sebaya ibunya menatap wajah itu. Untung saja dia dapat menyewa di sebuah rumah kecil. Tak besar dan tak juga kecil, tapi cukup menyara hidupnya dan juga si kecil.

"Maafkan saya sebab ketuk rumah makcik malam-malam macam ni." Nada suaranya kedengaran perlahan. Dengan jam lewat macam ni, dah tentu dia menganggu ketenteraman tuan rumah. Tapi nak buat macam mana kalau dah terdesak.

Hampir separuh hari rutinnya cuma mencari rumah sewa.

"Eh, tak apa..." Wanita itu menggelengkan kepala. Memandang wajah si bayi yang masih dalam gendongan si ibu membuatkan jiwa keibuan wanita itu turut terasa.

"Dah makan?" Lembut nadanya.

"Belum..."

"Habistu, tak makan ke sejak tadi?" Dahi wanita itu lagi-lagi berkerut. Takkan jam malam macam ni pun, tak makan lagi?

Saat itu juga, Raudhah mengangguk. Segan mahu menjawab tapi memang kenyataannya begitu. Langsung tak ada masa dia nak merasa makanan, lebih-lebih lagi dengan keadaan Haqqim yang masih kecil.

Sesekali juga dia menyinggah ke masjid cuma untuk menunaikan solat dan menyusukan Haqqim. Tapi, masa untuk makan. Tak ada...

"Masuk..." Tanpa aba-aba, wanita itu menarik beg bagasi milik Raudhah masuk ke dalam rumah sederhana itu. Tak semena-mena Raudhah terpinga-pinga memandang wanita sebaya ibunya.

"Tap—"

"Masuk, sekarang tengah hujan. Anak tu, tak takut demam ke?"

Pandang wajah Haqqim, bertambah pilu hati Raudhah. Mahu tidak mahu, langkah berat memasuki ruangan rumah itu. Tipulah kalau dia langsung tak ada rasa malu. Tapi, disaat dia tak ada apa-apa lagi, ini aje tempat yang boleh dituju.

Rumah keluarganya bukan lagi untuk dia. Ainul Sumayyah juga bukan untuknya. Apalagi rumah yang pernah didiami sebagai seorang isteri.

"Maafkan makcik kalau rumah makcik ni agak bersepah sikit," tutur wanita itu bersama gelak kecil. Adakalanya Raudhah meliarkan pandangannya di sekeliling ruangan. Walaupun sederhana, tapi rumah itu terasa lebih damai.

Rasa selesa... rasa tenang...

"Mana ada bersepah, makcik..." Raudhah senyum. Tak ada istilah bersepah sedangkan dekorasi, perabot dan aksesori rumah itu tersusun begitu rapi.

"Syukurlah kalau macam tu, makcik ni tinggal seorang... Jadi, kadang-kadang makcik tak ada masa nak mengurus rumah ni." Spontan wanita itu berbicara. Raudhah pula terpaku di posisi. Berseorangan? Tapi hebatnya wanita itu mampu menguruskan rumah sewa walaupun bekerja seorang.

"Suami makcik?"

Wanita itu tersenyum. Nafas ditarik kemudian dihembus perlahan.

"Makcik dah lama jadi balu. Suami makcik meninggal masa makcik mengandungkan anak makcik yang kedua. Lepas dari itu, makcik lah yang uruskan semuanya... Uruskan anak, uruskan rumah." Bicara wanita itu tidak kelihatan langsung seperti seorang wanita kehilangan seorang suami. Bahkan ada senyuman yang terhias seolah-olah menjalani hidup dengan baik.

𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐒𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now