TSB | 16

2.3K 237 7
                                    

HAMPIR dua hari dia menghabiskan masa di pejabat

Oops! Bu görüntü içerik kurallarımıza uymuyor. Yayımlamaya devam etmek için görüntüyü kaldırmayı ya da başka bir görüntü yüklemeyi deneyin.

HAMPIR dua hari dia menghabiskan masa di pejabat. Emosinya tak tentu, begitu juga reputasi kerjanya yang semakin mundur akibat daripada permasalahan yang difikirkan beberapa hari ini. Sampul surat berisi borang perceraian masih diletakkan di atas meja tanpa disentuh.

"Apa masalah kau?" Suara menegur membuatkan kepala itu mendongak. Dari kejauhan, iris mata dihiasi dengan satu figura lelaki berbadan tinggi dan sedikit sasa di hadapannya.

Ammar Ukail.

"Buat apa kau datang sini?" Keluhnya. Rambut diramas kasar sehingga kelihatan kusut. Ini yang disebut sebagai Tuan Zayran paling menarik? Huh, jauh sangat.

"Sebab kau tak balik dua hari."

"Dari mana kau tahu?"

"Rose."

Zayran menghela nafas lagi. Hanya Raudhah saja tahu ketiadaan di rumah selama dua hari, jadi sah-sah Rose tahu semua ni daripada Raudhah.

"Bini kau tahu?" Zayran tatap iris mata yang sedang menatapnya.

"Tak tahu. Tapi akan tahu... kau hilang dua hari ni, takkan dia tak syak apa-apa. Yang aku pun, dah boleh agak apa yang jadi. Kau gaduh dengan Raudhah?" Tanpa basa-basi, disoalnya juga.

"Bukan..."

"Then? Kenapa kau keluar dari rumah? Dua hari pula tu, normal ke laki bini tak gaduh lepastu melarikan diri sampai dua hari tak balik?"

"Aku nak bercerai."

Seolah-olah memori pernah berulang, Ammar terus kaku. Kedua-dua kakinya terpasak di atas lantai dengan mata tidak berkerdip melihat muka itu.

"Jangan buat main, Zay..."

"Aku tak main-main." Tegasnya lagi.

"Kau memang nak mainkan perasaan perempuan ke? Dah kahwin, buat cara kahwin. Kenapa nak cerai?" Ammar letakkan kemarahannya. Tiga bulan... hanya tiga bulan saja hubungan itu bertahan.

"Dia tak kenal siapa aku."

"Memanglah dia tak kenal. Baru tiga bulan, Zay... Normal kalau dia tak kenal kau lagi..."

Zayran menggelengkan kepalanya. Dari dulu, dia tidak sepatutnya memulakan perkahwinan ini hanya disebabkan perkara kecil.

"Apa yang tak kena dengan kau ni, hah?" Soal Ammar lagi. Tak faham langsung apa yang bermain dalam benak kepala lelaki itu. Tak ada apa-apa, tiba-tiba mahu bercerai. Gila ke apa?

Namun begitu, dia cuma mengeluh panjang. Belakang tubuh bersandar pada kerusi cuba menenangkan kepala yang dipenuhi dengan pelbagai masalah.

Mungkin bagi Ammar, dia gila sebab bermain-main dengan perkahwinan.

"Kau gila, Zay... macam tu je kan kau nak lepaskan perempuan yang kau nak sangat kahwin? Memang dari awal, aku dah syak... aku syak kau memang ada niat tak baik, kan?" Ammar cuba menekannya. Sebagai seorang lelaki, dah tentu dia tahu bagaimana pemikiran lelaki itu.

𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐒𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢 | 𝐎𝐆Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin