TSB | 15

2.5K 285 18
                                    

DUDUK di atas bangku sambil mengenang kisah lalu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DUDUK di atas bangku sambil mengenang kisah lalu. Sesekali dia membelek album kecil dengan senyuman jelas terukir dari wajah jelitanya. Seorang kanak-kanak perempuan riang bermain dengan permainannya membawa nostalgia pada diri itu.

Andaikan dia tak pernah jatuh cinta sejak dulu, mungkin hidupnya kali ini akan jadi lebih baik kan?

"Tengok apa?" Dengar suara dari belakang, Raudhah tersentak. Laju tangan menutup semula buku album tadi, kemudian pandangan dialihkan ke arah suaminya.

"Awak dah balik?" soalan berbalas soalan. Mereka saling berpandangan.

"Hm, kau?" Dia menjawab acuh tak acuh. Tapi, bezanya sekarang lelaki itu tak sekasar sebelum ini.

"Erm, saya tengah tengok gambar-gambar kecil dulu. Saja nak tengok," ujarnya bersama senyuman.

"Oh..."

Riak biasa tapi tampak kepenatan. Melihat itu, Raudhah terus bangkit dari tempat duduk kemudian mengatur langkah mendekati suaminya.

"Awak okey ke?" Kali ini wanita itu menyoal dengan nadanya.

Saat itu juga, Zayran menghentikan langkah bila mendengar butir ayat yang keluar dari mulut isterinya. Ekor mata memberi panahan kepada Raudhah.

"Sa-Saya salah cakap ke?" Gagap. Mata hampir tak berkerdip dek kerana takut.

"Kau tanya aku sama ada aku okey atau tak?" Nadanya berubah. Raudhah meneguk air liur sedikit berpasir. Kenapa ni?

"S-Saya cuma tanya sebab saya nampak awak lain daripada yang lain. Ada sesuatu jadi ke dekat office tadi?"

Zayran diam. Tetapi, mata mereka kekal bersatu. Entah mengapa Raudhah juga tidak ingin melarikan pandangannya daripada lelaki itu.

Seolah-olah masih ada yang menariknya untuk menatap wajah itu.

"Apa masakan hari ni?" Tanyanya pula setelah mendiamkan diri terlalu lama. Tak semena-mena Raudhah hairan dengan tingkah suaminya. Ingatkan ada benda nak marah.

"Saya ada masak ayam masak kicap. Awak nak ke?"

"Boleh..." Zayran mengangguk tanpa memberikan sebarang permintaan lainnya. Blazer dan briefcase di tangan tadi langsung diletakkan di atas sofa, lalu lengan baju kemejanya dilipat sehingga ke paras siku.

"Nak nasi?"

"Ya..."

Kaki melangkah maju ke ruang makan. Duduk di atas bangku sambil menunggu hidangan makanan untuknya. Saat itu juga, anak mata tertumpu ke arah figura itu.

Figura yang menarik perhatiannya.

Selesai menghidangkan makanan di atas meja, giliran Raudhah menatap wajah lelaki itu. Hairannya, tak ada sepatah perkataan yang keluar dari mulut Zayran. Senyap seperti ada sesuatu merasuki tubuh suaminya.

𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐒𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now