"Assalamualaikum." Ucap Raja Dylan memberi salam.

Menoleh kepala Puan Aminah melihat menantunya yang baru saja masuk ke dalam dapur. Pantas Puan Aminah mendapatkan Raja Dylan.

Raja Dylan terus menyalam tangan tua mak mertuanya dengan hormat. Selepas itu, Puan Aminah memeluk tubuh tegap menantunya. Rindu Puan Aminah pada anak dan menantunya yang hensem ini.

Eh eh.. mak nya.

"Amboi mak. Macam tak nak lepas je peluk suami Lia." Tegur Dahlia apabila dia sudah meneguk air sejuk.

"Biarlah."

"Mak, mak.. Lia tinggalkan Dylan dalam kereta seorang-seorang tadi. Langsung tak nak tunggu Dylan." Adu Raja Dylan pada Puan Aminah dan langsung mendapat jegilan mata dari Dahlia.

Puan Aminah yang mendengar aduan dari menantunya terus berpusing menghadap Dahlia. Bercekak pinggang Puan Aminah.

"Yang kamu tinggalkan suami kamu ni kenapa, Lia? Nak biar diambil dengan budak-budak perempuan dalam kampung ni? Suami kamu ni hensem. Mak tak nak hilang menantu hensem mak ni." Amboi.. kemain Puan Aminah yek? Tak nak hilang menantu hensem.

Terkelu lidah Dahlia. Tak tahu nak balas apa bila mendengar kata-kata emaknya. Dahlia mengalihkan pandangannya memandang adiknya.

"Mak dah sayang abang Dylan lebih dari kau, kak. Padan muka tempat kau dah digantikan. Hahahaha." Tutur Danish bila melihat pandangan yang kakaknya seakan meminta jawapan.

Raja Dylan menjulurkan lidahnya kepada Dahlia. Setelah itu, Raja Dylan memeluk batang leher Puan Aminah dari belakang.

"Kesian Dylan, mak." Sambung Raja Dylan mengadu.

"Dahlia Zenia." Langsung menciut Dahlia apabila Puan Aminah sudah memanggil nama penuhnya.

Raja Dylan yang melihat wajah isterinya sudah berubah terus dia melepaskan pelukan di mak mertuanya dan berjalan mendekati Dahlia. Saja dia nak mengenakan isterinya.

"Takda lah mak. Lia tak tinggalkan pun. Dylan yang suruh dia masuk dulu." Kata Raja Dylan selari menarik Dahlia masuk ke dalam pelukannya.

Dahlia menyembamkan wajahnya di dada bidang sang suami. Kedua tangan dia naik memeluk pinggang Raja Dylan. Rasa nak menangis. Dah lah Dahlia sekarang cepat terasa sejak dia mengandung ni.

"Mak pun saja je marah. Takkan lah mak nak marah anak kesayangan mak." Gelak Puan Aminah lalu menghampiri Dahlia. Diusap belakang kepala anaknya dengan lembut.

"Jangan merajuk lah. Dalam peti tu ada cupcake coklat. Pergi ambil. Saja mak beli semalam. Tahu-tahu Lia balik hari ni. Rezeki anak mak." Kata Puan Aminah lagi.

Danish membuka peti ais lalu dikeluarkan cupcake coklat yang dikatakan emaknya barusan. Banyak juga cupcake yang mak nya beli. Nak buat makan sebulan ke?

Dahlia mengalihkan matanya memandang cupcake yang diletak Danish di atas meja. Selepas itu, Dahlia mendongak memandang suaminya pula. Raja Dylan membalas pandangan isterinya.

"Nak?" Angguk Dahlia.

"Mesti lah sayang nak. Tak pernah lagi sayang tolak cupcake. Dah lama tak makan kan?" Angguk Dahlia lagi.

"Jangan merajuk dengan mak. Okay?"

"Okay." Senyum Dahlia.

Terukir senyuman Puan Aminah melihat kebahagiaan anak dan menantunya. Alhamdulillah. Dia sebagai emak sangat bersyukur dan bahagia apabila anak dan menantunya bahagia. Terlebih lagi apabila melihat anak perempuannya yang dilayan baik sebegini.

~~~~~~~~~~

Malam mula menjelma. Kini, keluarga Encik Fahmi masing-masing menjamu selera. Puan Aminah memasak ikan patin asam pedas, kangkung belacan, telur dadar dan tempe goreng.

I Love You, Miss Cupcake [C]Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ