Bab 2

11 1 2
                                    

Derapan tapak kasut kulit itu membuatkan kesemua pekerja bawahan di situ dan mengalihkan pandangan mereka. Pekerja-pekerja wanita di situ sudah tersengih-sengih penuh kegedikan.

Bryan hanya mengendahkan pandangan wanita-wanita di situ. Tangannya menguak perlahan rambut putihnya ke belakang apabila merasakan bahagian depan rambut putihnya yang terjuntai hampir masuk ke dalam iris mata biru gelapnya. Kedua tangannya dimasukkan kembali ke dalam poket seluar.

Ziyad yang berjalan di sisi Bryan pula hanya menayang gigi putihnya sebelum kedua tangannya melambai-lambai ke arah semua pekerja di situ. Sempat juga lelaki itu mengenyitkan mata kanannya ke arah pekerja-pekerja wanita di situ membuatkan mereka menjerit teruja.

"Arggghhh!!! Dia kenyit mata kat kitalah!OMG!!"

"Oh my!!! So handsome!!! Makkk nak kahwin!!"

"Arghhhh!!!Hensemnya dia!!! Oh dear future husband..!!"

"Bro,can you cut it out already?" soal Bryan yang sedari tadi hanya memerhati jejaka terlajak ceria itu. Ziyad pula hanya seladar menyengih penuh kenakalan. "Kalau tak nak?"

Bryan menarik nafas dalam-dalam sebelum nafasnya dihembus keluar. Meskipun dia tidak begitu memahami Bahasa Melayu,namun dia sudah belajar sedikit mengenai bahasa Melayu daripada bosnya.

Bryan hanya menjeling sekilas sebelum dia melangkah ke arah lif VVIP sebelum punat di tepi lif ditekan perlahan. Ziyad yang menyengih penuh kemenangan itu hanya diabaikan.

Ting!

Pintu lif terbuka luas sebelum Bryan dan Ziyad melangkah masuk ke dalam kotak lif sebelum punat yang bernombor 50 ditekan. Ziyad secara tiba-tiba merapatkan dirinya dengan jejaka dingin itu.

"Hey,wanna see some magic trick?"soal Ziyad dengan mata yang bersinar-sinar. Laju Bryan menggelengkan kepalanya. Bukannya dia tidak kenal dengan jejaka periang yang aneh ini. Ada sahaja muslihat untuk mengenakan dirinya.

"Nak jugak!"protes Ziyad sambil mula mengeluarkan sehelai kain sapu tangan kecil berwarna merah bercorakkan beruang yang sedang tersenyum di bahagian tengah kain. Tangannya menggenggam hujung kain itu manakala bahagian hujung kain lagi sebelah dibiarkan terjuntai.

"Watch this!" tangannya mula menarik bahagian hujung kain itu sehingga kain sapu tangan kecil itu menjadi semakin panjang hasil daripada kain-kain sapu tangan kecil lain yang diikat menjadi kain yang panjang.

"Tadaaa!" ujar Ziyad teruja. Bryan pula hanya memandang sepi helah magis yang dipertunjukkan kepadanya. "Wait,it's not done yet!"

Kain-kain sapu tangan kecil yang telah diikat bersama sehingga menjadi panjang itu digumpal-gumpalkan sebelum ditekup ke dalam kedua telapak tangannya yang ditautkan bersama.

Tangan Ziyad yang ditaut rapat itu perlahan terbuka sebelum tangan itu dilebarkan bukaannya. Kini di atas telapak tangannya hanya ada sebuah topi hitam yang muat-muat dengan kepala Ziyad. Kain yang diikat panjang itu kini sudah tiada.

Topi itu dipakai ke kepalanya sebelum dia membuka topi itu kembali. Tiba-tiba seekor arnab putih melompat keluar daripada topi itu sebelum mendarat tepat ke atas telapak tangan kanan Ziyad. Ziyad menurunkan topinya sebelum dia menunduk hormat.

"Tadaa! Thank you,thank you!"ujar Zoyad seolah-olah baru sahaja menghabiskan pertunjukan magik.

Ting!

"Thank you for being a clown for these 10 minutes.My pleasure to watch a magic show in this lift. Really appreciate your 10 minutes of attention" ujar Bryan sebelum melangkah meninggalkan Ziyad yang masih tercegat di belakang. Ziyad hanya mencebikkan bibirnya.

ACE:THE RIVAL CHASE Where stories live. Discover now