Prolog

15 3 0
                                    

Bang!

Seorang lagi rebah ke lantai dengan darah yang berlumuran di serata tubuh. Bryan mula berdiri daripada bercangkung. Pistol yang berada di kedua-dua belah tangannya dijatuhkan ke sisinya.

"All clear, Bryan" ujar Ziyad dari hujung corong alat pendengaran yang terpasang elok di telinga Bryan. Pandangannya tertumpu kepada skrin komputer ribanya yang memaparkan keseluruhan struktur bangunan tinggi itu.

Skrin itu memaparkan tiada lagi hidupan hidup yang dapat dikesan ditingkat 11 itu kecuali Bryan dan anak-anak buah mereka yang lain. Bryan menunjukkan isyarat tangan kepada anak-anak buahnya untuk naik ke tingkat atas bersamanya.

Kesemua anak buahnya akur dengan arahan itu. Pegangan pada senjata masing-masing diperkemaskan. Mereka pantas menuju ke arah tangga untuk naik ke tingkat atas sekali, iaitu tingkat 12.

Lif yang berada dalam bangunan megah itu sudah disekat oleh Ziyad bagi menyukarkan target mereka untuk melarikan diri.

Jari jemari Ziyad menari-nari laju di atas papan kekunci itu apabila pintu kebal keselamatan itu telah dikunci menggunakan kata laluan khas oleh Dato' Ghibran. Kod-kod yang telah ditaip diperhatikan sekilas sebelum dia menekan butang 'Enter'.

Tit!

'Access Granted' tulisan yang terpapar di skrin komputer ribanya membuatkan Ziyad tersenyum sinis. Easy.

Serentak dengan itu, Bryan dan anak-anak buahnya terus meluru masuk sambil mengacukan senjata masing-masing. Dato' Ghibran nyata tersentak apabila pintu itu berjaya dibuka oleh mereka. Macam mana mereka boleh buka pintu ni?!

Pegawai-pegawai keselamatan yang turut berada di dalam bilik kebal keselamatan itu turut sama mengacukan pistol masing-masing bagi melindungi Dato' Ghibran. Bryan menarik senyuman sinis apabila dapat melihat orang yang menjadi target mereka berada di situ.

"Shoot" sepatah sahaja perkataan yang berbaur arahan itu meluncur perlahan daripada bibirnya namun memberi impak yang besar di situ.

Bang! Bang! Bang! Bang! Bang!

Serentak, kelapan-lapan pegawai keselamatan itu rebah ke lantai dengan darah yang berlumuran ke seluruh tubuh mereka. Bibir Dato' Ghibran terketar-ketar menahan ketakutan yang mula menguasai dirinya.

Bryan melangkah dengan penuh bergaya dan angkuh ke arah lelaki tua itu sebelum rambut putihnya dikuak ke belakang, menampakkan senyuman sinis yang kelihatan agak menyeramkan di wajah kacak itu. Anak mata biru pekatnya menikam tajam ke arah lelaki tua itu.

"Please, I'm begging you. Don't hurt me. I'll never commit any sin to you guys" kata Dato' Ghibran tergagap-gagap.

"You might have never commit any sin to us but you had committed one of the most unacceptable sin to our bosses" jawab Ziyad dingin melalui pembesar suara di dalam bilik itu. Perlahan-lahan, tubuhnya berganjak ke belakang sedikit demi sedikit.

"Where is it?" soal Bryan dingin. Kakinya mula mendekati Dato' Ghibran yang sudah beranjak sedikit ke belakang itu.

"What do you mean?! Money? You want money?" soal Dato' Ghibran terdesak. Tidak semena-mena, satu tumbukan padu melayang ke tulang pipi lelaki tua itu.

Prak!

"ARRRGHHHH!!!" jerit lelaki tua itu apabila dia dapat merasakan tulang pipi kanannya sudah patah. Bryan mencangkung di hadapan lelaki tua itu sebelum kolar baju lelaki kerepot itu ditarik kasar.

"I'm asking you again. Where is it? Stop acting like you're innocent, bitch!" kata Bryan dingin. Kakinya naik memijak kepala jejaka tua itu.

"ARRRGHHHH!!! VAULT! IT IS IN MY VAULT! " jawab Dato' Ghibran sambil cuba menahan sakit yang dirasainya. Bryan membuat isyarat tangan ke arah salah seorang anak buahnya untuk memeriksa peti besi yang terletak di hujung bilik itu. Berkunci.

"Ziyad" seru Bryan mendatar. Ziyad yang memahami apa yang dimahukan oleh Bryan pantas kembali fokus menatap skrin komputer ribanya. Jari jemarinya sekali lagi menari-nari laju di atas papan kekunci itu.

Tit!

Pintu besi itu dapat dibuka setelah Ziyad dapat menggodam kata laluan bagi membuka peti besi itu. Anak buahnya yang telah ditugaskan untuk memeriksa isi peti besi itu lantas memeriksa kandungan peti besi itu.

Tiada apa yang ada disitu kecuali satu pendrive kecil berwarna merah. Pendrive itu diangkat tinggi ke udara bagi membolehkan semua orang melihatnya. Kepala Bryan terangguk-angguk sebelum tangan kanannya mencapai pistol dari dalam poket seluarnya.

Ktak!

"See you in hell, old man"

Bang!

Kepalanya berlubang seiring dengan tubuhnya yang rebah terkaku ke lantai. Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman senget. "Let's get out of this shit"

ACE:THE RIVAL CHASE Where stories live. Discover now