Bab 7

7 1 0
                                    

"Aku terima nikahnya Puteri Elysha Qaisara binti Muhammad Ridzuan Hanif dengan mas kahwinnya RM50000 ringgit berserta dengan seutas rantai emas dan sebiji rumah agam tunai..."

"Sah?"

"Sah,"

"Sah?"

"Sah,"

Dengan sekali lafaz aku telah bergelar isteri yang sah kepada Malik Haufan Mikael. Selesai membaca doa aku mengangkat wajahku dan mata hazelku dan mata coklat muda miliknya bertemu.

Haufan yang segak berbaju melayu berwarna kelabu bersama sampin dan songkok tampak sangat kacak. Sungguh kalau boleh berdarah hidung aku sekarang tapi disebabkan aku seterong jadi aku okey.

"Isha...Salam suami kamu tu sayang..." suara umi menyentakkanku. Lantas huluran tangan Haufan aku sambut dan dibaca kebibir dan hidung.

Disaat aku sedang menyalami suamiku tiba-tiba saja aku rasa macam ada tangan yang hinggap dikepalaku sebelum aku terdengar suara Haufan yang sedang membacakan doa dalam nada berbisik.

Aku menahan air mataku. Terharu,sedih,gembira. Perasaan itu bercampur-campur.

Klik!

bunyi dari kamera milik abangku itu menyentakkanku.

Lantak aku mengangkat wajah sebelum Haufan mencium lembut dahiku.

Klik!

Sekali lagi bunyi dari kamera milik abang aku.

"Assalamualaikum bidadari kasih sayang Milik Haufan..." katanya lembut

Aku terdiam. Aku memandang Haufan yang tersenyum kearahku bersama senyuman manis.

Aku tersenyum sedikit.

"Heh! Dah sudah sudah la tu! Jom la bergambar lepastu makan aku dah lapar dah ni. Dah kebeluran," suara seorang lelaki tiba-tiba menyapa gegendang telingaku.

Aku memandang Haufan yang sedang menarik nafas dalam bersama wajah pasrah.

"Rosakkan mood betul la kau ni Ash!" marahnya kepada rakannya itu.

"Hehe sorry tapi aku lapar dah jom!" kata Ash. Sebelum dia menarik tangan isterinya keluar dari dewan itu.

Haufan hanya menggeleng perlahan.

"Nasib kawan." keluh Haufan. Aku hanya tergelak kecil.

"Hedeh kesian," kataku sebelum bangun dari dudukku. Tiba-tiba Haufan memegang tanganku erat.

"Nak pergi mana?" soalnya

"Nak makan. Lapar..." kataku. Haufan hanya mengangguk dan bangun. Lalu menarikku ke meja makan pengantin.
















Di malam harinya

Aku diam diatas katil merenung dinding putih yang berada dibilik pengantin itu.

Secara tidak sedar air mata mula menitik satu persatu sebelum ianya mengalir lebat bersama suara tangisan yang agak kuat.

Aku menangis. Menangis kerana mengenangkan layanan keluargaku dan keluarga Haufan sungguh berbeza. Kata-kata keluargaku kembali berulang difikiranku dan ianya membuatkan aku meraung.

"Kenapa...Kenapa aku!? Susah sangat ke nak bagi aku kasih sayang mak ayah dan adik beradik!?" soalku dalam hati.

Aku menarik rambutku kuat dan memukul kepala ku.

Tiba-tiba aku rasa ada tangan seseorang yang memegang kedua belah tanganku erat dan memeluk tubuhku dari belakang.

Aku mengabaikan siapapun itu dan terus memberontak. Namun dia mengeratkan lagi pelukannya sebelum membacakan selawat ditelingaku.

Perlahan aku berhenti memberontak yang tinggal hanya tangisan yang masih tersisa. Dia masih setia membacakan selawat ditelingaku.

"Sakit...Sakit sangat kenapa mesti aku yang kena? Kenapa!" soalku dengan suara yang kasar namun dia hanya diam dan tidak henti membacakan selawat ditelingaku. Tangannya naik mengusap rambut coklat gelapku.

"Sabar...Siapa kita untuk persoalkan takdir Allah sayang?" soalnya. Aku diam yang terdengar hanya suara tangisanku.

"Nangislah sebanyak mana yang sayang nak. Lepaskan semuanya tapi tolong...Tolong jangan sakitkann diri sayang... Berdosa cinta," katanya sebelum pelukan dileraikan dan tubuhku dipusing menghadapnya.

Dia menatap wajahku dengan senyuman manis.

"Jangan sedih disebabkan penderitaan yang kau lalui sebelum ni. Percayalah yang bahagia akan jadi milik kau suatu hari nanti dan contohnya sekarang. Yakin dengan takdir Allah yakin dengan ketentuannya Elysha. Mungkin sekarang kau sakit dan derita Elysha tapi di masa akan datang kau akan bahagia. Cahaya akan datang apabila tiba waktunya sayang," katanya lembut. Tangan naik mengelap air mataku menggunakan ibu jarinya.

"Sesakit manapun luka yang sayang hadapi jangan sesekali sakit atau lukakan diri sendiri. Ingat lengan ni... Rambut ni... Kaki ni... Pinjaman Allah semata-mata. Semua ni tak akan kekal selamanya sayang. Allah bagi kita pinjam dalam keadaan yang baik dan cantik jadi kita jaga sebaik mungkin. Jangan lukakan lengan ni... Lengan yang dulunya bersih licin kini dipenuhi parut dan luka yang datang dari tekanan yang sayang hadapi. Ingat pesan aku. Jangan pendam sendiri luka kau tapi luahkan pada aku, pada umi atau kawan rapat kau. Bila kau luahkan semua sakit tu...Sakit tu akan jadi makin dalam dan dalam sehingga satu tahap kau akan lukakan diri," nasihatnya kepadaku. Lembut sahaja suaranya dan itu membuat aku terharu.

"Tapi sakit sangat... Saya dah tak tahan lagi...Saya dha penat," aduku padanya.

"Jadi berehatlah. Tenangkan diri. Selawat dan berdoa kepada Allah supaya permudahkan urusan kau supaya sembuhkan luka kau. Solat jangan tinggal. Sesakit manapun kita solat jangan sesekali tinggal. Macam mana sekalipun keadaan kita solat jangan tinggal. Rehatlah Elysha... Aku akan pastikan derita kau akan berhenti sampai disini. Aku akan bahagiakan kau aku janji sayang..." katanya lembut sebelum menarik tubuh ku supaya berbaring.

Lalu dia memeluk tubuhku dan membacakan doa dan selawat sehingga aku lelap.

DERITA ELYSHA ||short story||OGWhere stories live. Discover now