Bab 5

6 1 0
                                    

Tibanya dirumah Tan sri Luthfian, aku terus ke taman bunga yang terletak dibelakang rumah agam itu

Aku tersentak apabila melihat Haufan sedang berdiri menghadap pokok bunga melur. Aku mengatur langkah mendekatinya. Teragak agak aku ingin menyapanya.

Baru sahaja aku ingin membuka mulut memberi salam dia sudahpun memandang kearahku. Mata kami berdua bertentangan. Mata coklat muda miliknya menikam tajam mata hazelku.

Aku menatap wajahnya lama sebelum bibir merah bak delima miliknya tersenyum kecil.

"Haih lama betul kau pandang aku Elysha Qaisara, kenapa? Terkejut yang junior kau ni yang orang jadikan berita hangat or fitnah ni dah jadi tunang kau dan tak lama lagi akan jadi suami sah kau macam tu?" soalnya. Sebelah keningnya dijongketkan sedikit dan bibirnya mengukir senyuman senget.

Aku menggeleng pelan. "Tak saya tak terkejut langsung tapi saya peliklah apa motif awak nak kahwin dengan saya sebenarnya? Kita tak pernah jumpa pun dan macam mana awak boleh tahu saya ni anak Dato Hanif?" soalku kepada Haufan.

Aku menatap wajahnya namun dia hanya diam sebelum keluhan kecil keluar dari mulutnya.

"Aku nak kahwin dengan kau nak halalkan kau sebab aku..."
















pendek gilo

DERITA ELYSHA ||short story||OGWhere stories live. Discover now