Bab 4

12 1 0
                                    

"Haufan? Ma! Sha tak kenal pun siapa Haufan tu celah mana pula Sha nak menggatal dengan dia ma!" jeritku. Geram.

"Kau diam! Kau memang anak derhaka Sara...Kau patutnya kahwin je dengan Haufan anak Tan Sri Luthfian!" kata papaku tegas.

Aku menggeleng laju. Air mata mula bertakung.

"Tak pa...Sha taknak kahwin pa...Tolong lah pa..." rayuku. Aku melutut dihadapan bapaku.

"Papa tolonglah Sha taknak kahwin lagi...Sha masih muda," rayuku.

Namun papa buat tak endah sahaja. Dia masih dengan keputusan dia.

"Keputusan papa muktamad. Kamu akan berkahwin dengan Karlish Haufan. Sudah! Lebih baik kamu bangun kemas barang kamu. Kamu akan berpindah kerumah Tan Sri Luthfian esok. Selepas sahaja majlis tunang," jelas papaku dengan suara tegas dan garang.

"Esok? Pa...Papa dah gila ke?!" jerkah abangku. Aku pula hanya menunduk merenung lantai. Aku baru sahaja balik asrama tiba-tiba sahaja esok aku telah bergelar tunang orang? Kepada orang yang tidak aku kenali dan...Penyebab berita palsu itu tersebar.

Papa,mama dan kakak berlalu pergi meninggalkan aku dan abangku di ruang tamu itu.

Abang aku menarik tubuhku kedalam dakapannya.

"Tak apa Sha...Sha ikut saja cakap papa tu kalini...Mana tau kalini Sha akan betul-betul bahagia dengan Haufan...Abang...Abang berani jamin," pujuk abangku. Aku hanya diam tanpa seberang emosi. Wajahku kosong.

"Tapi Haufan muda dari adik bang...Dia baru 15 tahun...Tak logik la bang..." kataku. Betul la kan? Kalau diikutkan undang-undang negara umur 16 tahun baru boleh kahwin bukan?

"Tapi...Korangkan just tunang je dulu kan?" soal abangku lembut.

Aku menggelengkan kepala. "Tak mahu...Sha tetap taknak kahwin dengan dia!" kataku tegas sebelum bangun dan masuk ke bilik. Pintu bilik aku kunci.

Qaleed hanya melepaskan keluhan berat. "Kau tak ada pilihan dik...Nak taknak kau kena ikut jugak. Abang yakin kau akan bahagia dengan Haufan... Dia baik keluarganya pun baik baik... Aku harap diorang layan kau dengan baik dik," ucapnya pelan.











Malam harinya abangku mengetuk pintu bilikku.

"Adik? Adik...Keluar lah jom makan. Adik tak makan dari siang lagini...Adik tak lapar ke?" soal abangku. Jujur aku lapar. Sangat lapar tapi... Aku tak ada selera.

"Adik tak ada selera abang makan lah," jawabku. Pelukan dilutut dieratkan lagi.

"Hm baiklah kalau macam tu...Abang makan dulu nanti adik makan tau," katanya aku hanya menjawab ya sahaja.














Tanganku menggigil kecil. Rasa gementar menguasaiku. Sekarang aku sedang berada diruang tamu bersama keluarga aku sambil menunggu kedatangan 'seseorang'.

"Assalamualaikum," kedengaran suara orang memberi salam.

Papa terus bangun dari duduknya dan berjalan kearah pintu untuk menyambut tetamu itu.

"Waalaikumussalam Luthfian..." jawap papaku. Aku semakin gugup. badanku mulai menggigil kecil.

"Haufan..." sapa papaku sebelum mengangguk kearah Haufan.

Aku mengangkat kepala ku saat mendengar nama itu. Dan....

Zap!

Mata kami bertentangan seketika. Aku pandang dia dan dia pandang aku. Terdapat senyuman manis tapi nipis yang dilakarkan olehnya. Sejujurnya... Boleh tahan handsome.

Lama juga kami 'bereyecontact' sebelum suara Puan Sri Syaufa mengalihkan pandangan Haufan dan aku.

Haufan memandang ibunya manakala aku kembali menunduk.

"Eh marilah masuk," kedengaran suara mamaku menjemput mereka masuk. "Duduklah dulu,"

Tan Sri Luthfian dan Puan sri Syaufa duduk disofa bersebelahan dengan mama dan papa.

Manakala Haufan pula...Dia duduk disofa yang bertentangan denganku.

Aku mengangkat sedikit wajah untuk melihat Haufan. Aku tersentak apabila dia menatap aku dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

Pipiku berasa membahang. Lantas aku kembali menunduk. Sempat aku tangkap yang dia tersenyum dan menggelengkan kepala

Setelah beberapa jam akhirnya selesai juga sesi meminang dan bertunang.

Kini aku berada di dalam kereta mewah milik keluarga Haufan. Ya aku akan tinggal dengan mereka sampai...Selamanya? Jangan risau buat masa sekarang aku tidur dengan kakak perempuan Haufan yang seumur denganku.

"Qaisara...Kenapa senyap je?  Abah tengok kamu dari tadi lagi diam. Ada masalah ke?" soal Tan sri Luthfian.

Aku mengalihkan perhatianku kearah kerusi pemandu. Tempat Tan sri Luthfian sedang duduk sekarang.

"Tak ada apa la ab...Abah...," terasa gugup pula ingin memanggil lelaki itu dengan panggilan 'abah'.

Haufan pula sedari tadi tidak berhenti memandang aku. Matanya tidak lepas dari wajahku.

"Nanti dekat rumah jumpa aku dekat taman bunga belakang rumah," ucapnya dengan nada yang mendatar.

Aku terus memandang kearahnya pula.

"Hah?"

DERITA ELYSHA ||short story||OGWhere stories live. Discover now