Bab 6

7 1 0
                                    

"Sebab aku nak bebaskan kau dari rumah neraka kau tu," katanya dingin.

"Maksud awak apa?" soalku. Berpura-pura tidak memahami maksud lelaki dihadapanku ini.

Dia tersenyum senget sebelum menarik nafas dalam dan menyambung ayatnya.

"Aku tahu kau faham maksud aku tapi kau pura-pura tak faham sayang..." katanya dengan suara meleret sedikit.

Kening aku berkerut. Ew brodah wat is dis don kol mi sayang ar brodah.

"Apa sayang-sayang ni geli tahu tak?" kataku dengan muka jijik. Kahwin pun belum tibe je sayangkan aku gila ke apa?

Haufan diam sebelum tersenyum nipis dan menggeleng perlahan.

"Haih kau ni. Gurau je pun alamak. Okay la macam ni ceritanya. Aku tahu semua yang terjadi dalam rumah tu termasuk cara diorang dera kau. Aku tahu bapak kau pernah pukul kau sampai kau kritikal, mak kau siram kau dengan air panas sampai ada parut dekat belakang badan kau. Dan... Kejadian disebalik gambar yang kau tidur dengan kekasih kakak kau tu," jelasnya panjang lebar.

Kata-katanya jelas membuat aku terdiam dan terkejut. Macam mana dia boleh tahu semua tu?

"Ma...Macam mana awak..."

"Boleh tahu semua tu? Elysha... Tak akan kau tak tahu yang rumah kau ada CCTV. Oh ya lupa keluarga korang memang tak tahu pasal CCTV tu sebab... Aku yang letak CCTV tu," katanya lagi.

"Kenapa awak letak CCTV?" soalku lagi.

Haufan hanya diam sebelum menjawab. "Sebab aku nak tengok kau sayang... And mesti kau tertanya-tanya macam mana aku boleh pasang CCTV tu tanpa pengetahuan bapak kau kan?" Aku mengangguk.

Haufan tersenyum sinis sebelum dia mengambil langkah mendekatiku. Dia mendekatkan wajahnya ke telingaku.

"Sebab harta bapak kau tu sebenarnya harta aku, semua kekayaan bapak kau tu semuanya hasil dari aku dan abah. Macam pelik kan?  Tapi nak buat macam mana dah bapak kau tu gila harta sangat sampai tak sedar surat yang dia dah tanda tangan dulu sebenarnya surat permindahan harta dia keatas nama aku. Jadi panggilan 'Dato' yang bapak kau agongkan sangat tu sementara aje. Lepas kita dah kahwin nanti... Harta dia semua akan jadi milik aku dan bapak kau akan jatuh miskin. Biar diorang mampos," bisiknya padaku panjang lebar.

Aku hanya diam. Tak mampu membuka mulut tubuhku pula membeku. Tidak bergerak walau seinci.

"Ya Allah budak bertuah ni! Heh Malik Haufan Mikael!" tiba - tiba suara seorang perempuan separuh usia muncul dari pintu rumah.

Puan Syaufa.

Puan Syaufa berdiri dihadapan pintu sambil bercekak pinggang.

"Malik Haufan Mikael kau jauh dari bakal menantu aku tu sekarang! Belum kahwin lagi dah menggatal aku bagi penampaq satgi baru hang tau!" marah Puan Syaufa kepada anak terunanya.

Haufan dan aku memandang kearah Puan Syaufa atau... Umi?

Haufan hanya tersengih sebelum mengambil beberapa langkah kebelakang menjauhi tubuhku. Aku pula terus berlari kearah umi.

"Umi tengok Haufan tu umi gatal nak mati tadi dia panggil Sha sayang. Eee geli la umi!" aduku. Saja nak jadi batu api kejap hehe.

Membulat mata Haufan mendengar aduan aku tadi. Eh eh budak pendek ni tuduh aku pulak. Eh tuduh? Ah lantak la!

"Mana ada umi! Elysha tipu! Mika tak buat apa pun tak panggil dia sayang pun umi!"  bohong Haufan untuk selamatkan diri.

Aku menjegilkan mataku kearah Haufan. "Tipu! Dasar penipu! Umi dia tipu umi dia panggil Sha sayang banyak kali tadi!" aduku lagi.

"Diam!" jerkah umi membuat aku dan Haufan serentak terdiam dan menunduk.

"Kamu ni Haufan kenapa bersayang-sayang pulak dengan Isha? Dah lama tak makan selipar ke kamu ni?" soal umi geram.

Umi mengambil satu selipar yang ada dihadapan pintu itu lalu dibaling kearah Haufan dan...

Pap!

Selipar itu mendarat dikepala Haufan.

"Aduh! Apa ni umi! Haufan tak buat apa-apa pun lah!" kata Haufan. Bibirnya sudah mencebik macam itik darkweb.

"Padan muka!" kataku. Lalu aku menjelirkan lidah. Mengejek.

Tiba-tiba...

Pap!

"Aduh umi! Asal sha pun kena?!" aduku sambil menggosok lenganku yang baru sahaja ditampar oleh bakal mertua aku.

Aku memandang Haufan yang sudah gelak tak ingat dunia.

"Padan muka kau tula mengata orang lagi," katanya.

"Ish awak diam lah itik!" marahku sebelum aku lari masuk kedalam rumah.

"Eh Isha nak pergi mana tu!?" soal umi sedikit kuat.

"Sha nak merajuk dengan umi! Bye don't talk to me!" kataku sebelum menutup pintu bilik.

Umi menggeleng perlahan sebelum berpaling kepada Haufan.

"Ha kamu Mika pergi kemas bilik kamu tu. Esok kamu dah nak nikah kan? Pergi cepat!" arah umi.

Haufan yang masih tertawa hanya mengangguk.

"Baik umi..." katanya bersama tawa yang masih tersisa.

DERITA ELYSHA ||short story||OGWhere stories live. Discover now