Bab 3

17 1 0
                                    

Baru sahaja 4 minggu aku berada disitu sebagai murid form 4 tapi pelbagai berita tak masuk akal tentang aku telah tersebar di asrama dan...Sekolah?

Aku sedang berbual bersama kawan-kawanku. Bergelak tawa namun...Is it real?

Tak. Aku mungkin tersenyum,tersengih dan tertawa namun hakikatnya jiwa dan perasaan aku...kosong. Hanya dihuni rasa sedih dan kesal.

Disaat aku dan Awla sedang rancang berbual seorang remaja perempuan form 2 mungkin? Datang mendekatiku.

"Akak...Akak kenal ke haufan?" soalnya kepadaku.

Aku memandangnya dengan wajah yang terpinga-pinga. Kening aku berkerut. Haufan? Siapa pula dia tu? Mana aku kenal.

Perlahan aku menggelengkan kepala. "Tak...Saya tak kenal.  Kenapa ye?" soalku semula ingin tahu.

Namun perempuan itu hanya menggeleng. "Tak ada apa...Saja je saya tanya kot kot akak kenal..." katanya sambil tersenyum penuh makna.

Aku melihat dia mengatur langkah kearah pintu dorm. Aku keliru. Siapa lelaki tu?




Malam harinya ketika aku sedang dalam perjalanan hendak ke masjid yang ada di kawasan asrama untuk solat berjemaah aku disapa oleh tiga orang akak-akak form 5.

Mereka menyoal aku dengan soalan yang sama seperti siang tadi. Namun ketika aku bertanya kenapa kalini mereka menjawab.

"Tak lah...Sebab Haufan ada sebut nama awak dalam kelas 3 hisyam...Nama awak dah famous satu kelas tu dan satu asrama perempuan Qaisara." katanya sambil tersengih.

Membuntang mata hazel milikku. Apa? Aku tak salah dengar kan?



Beberapa hari kemudian...

Harini hari paling tak bahagia buatku. Tapi...Pernahkah aku bahagia?

Harini aku akan kembali ke...Rumah agam dato' Hanif. Kalau boleh aku taknak balik namun...Tiada siapa yang tinggal di asrama. Dewan makan pula sudah tentu akan tutup.

Jadi mahu tak mahu aku terpaksa pulang. Tapi bukan kah harini...Abang balik dari german? Perlahan bibirku mengukir senyuman penuh keterujaan. Ya... itu kali pertama aku merasakan bahagia walau hanya sementara.

Aku membuka daun pintu locker itu dan mengambil beg untuk aku isi pakaian yang ingin aku bawa pulang sekali denganku.

Saat aku sedang focus mengemas aku teringatkan kejadian di sekolah tadi.

"Dan Elysha Qaisara binti Dato' Hanif! Tahniah kerana telah mendapatkan tempat pertama dalam pertandingan melukis poster ihya' ramadan!" ucap tukang pengacara itu.

Seketika dewan itu dipenuhi bunyi sorakan. Lagi-lagi murid perempuan. Mungkin kerana berita palsu tentang aku menyukai...Haufan?

Aku tersedar dari lamunan apabila teringat yang aku sedang mengemas barang. Aku akan bercuti selama...Sebulan. Baikkan pengetua aku? Ya aku tau. Kau hado?

Setelah selesai mengemas barang aku melihat jam tanganku. Jarum jam menunjukkan bahawa sekarang telah pukul 2:10 petang. Ayah aku akan tiba pada pukul 3 tepat. Aku rasa aku dah boleh turun kot. Aku ingin menunggu dibawah sahaja di pondok menunggu. Malas hendak menunggu lagi.

Aku mengangkat dua buah beg baju dan satu beg galas untuk buku. Aku angkat barang aku sendirian sebab...Kawan-kawan aku semuanya sudah pulang kerumah masing-masing. Tak mengapa aku dah terbiasa.

Aku duduk dipondok menunggu mengelamun sehinggalah kereta Audi R8 V10 berhenti dihadapan aku.

Kereta siapa ni? Setahu aku papa belum pernah ada kereta dua pintu ni.

Pintu belah pemandu dibuka. Seorang jejaka tinggi lampai berkemeja putih dan vest hitam keluar dari kereta mewah itu. Lelaki dalam linkungan 30 tahun itu tersenyum kearahku.

Mataku terbuka luas bibir mengukir senyuman lebar lantas aku bangun dari dudukku dan berlari kearahnya. Tubuh tegap itu dipeluk erat.

Lelaki itu hanya melepaskan tawa kecil lalu membalas kembali pelukanku. Tangannya naik mengusap rambut hitamku.

Air mata tiba-tiba sahaja mengalir. Rindu. Sangat rindu.

Lelaki itu menunduk memandang wajahku yang sudah basah dengan air mata.

"Kenapa adik menangis ni sayang?" Soalnya kepadaku.

Aku menggeleng perlahan. "Sha rindu abang...Lambatnya abang balik," kataku perlahan. tersedu-sedan aku menangis.

Qaleed Mykael. Abang aku. Satu-satunya ahli keluarga yang menyayangi aku.

"Shh...Jangan nangis...Kan abang dah balik ni," tangannya naik menyentuh daguku dan didongakkan sedikit agar menatap wajahnya.

Dia tersenyum manis kearahku. "Cantik adik abang..." pujinya sebelum mencium lembut dahiku.

"Dah jom masuk kereta. Mana barang adik?" soalnya. Aku menundingkan jari kearah pondok menunggu berdekatan.

Dia mengambil semua barangku lalu diletakkan kedalam kereta.

"Dah jom masuk," arahnya. Laju sahaja aku masuk kedalam perut kereta mewah itu.

"Dah! Jom!" kataku dengan nada gembira. Gembira? Hm penipuan apakah ini?

Abangku hanya tersenyum dan menggelengkan kepala sebelum mula memandu.





Hampir sejam kami tersangkut dikesesakan jalan raya. Aku sudahpun terlelap. Penat.

Abangku menatap wajahku sayu. Matanya berkaca.

"Kenapa perlu pendam semua masalah tu dik? Kenapa perlu sembunyi disebalik topeng tu? Abang bahagia tengok adik tersenyum dan gembira tadi... Tapi... Abang tahu adik cuma tipu supaya abang tak risau kan? Abang harap senyuman dan gelak tawa adik tu real. Kenapa perlu berpura-pura bahagia?" omelnya namun hanya mampu terucap dihati. Dia menyambung pemanduannya apabila kereta dihadap sudah berganjak sedikit.









Sesampainya dirumah bukannya disambut dengan kesenangan malah dengan kebencian. Lainlah abang aku.

Baru sahaja aku melangkah masuk satu tamparan kuat hinggap diwajahku.

"Papa!" jerit abangku. Terkejut apabila aku ditampar secara tiba-tiba.

Aku memandang wajah papa. "Apa pula salah Sha kalini pa...? Apa lagi yang papa nak?!" jerkahku. Jujur aku dah tak mampu bertahan lagi.

"Apa lagi yang papa tak puas hati dengan Sha?! Papa suruh Sha masuk asrama Sha masuk, Papa suruh Sha bayar semula duit papa Sha bayar! Apa lagi yang papa tak puas hati lagi!? Apa lagi yang mama,kak Qawla,kak Qayra dan kak Qaisya tak puas hati dengan Elysha?! Apa salah Elysha dekat kau orang semua sampai kau orang bencikan aku!!? Sebab tanda lahir ni? Sebab aku cacat?" soalku dengan nada yang tinggi sehingga bergema rumah agam itu. Mereka semua jelas tergamam. Abangku pula tersenyum bangga.

Pang!

Satu lagi tamparan hinggap dipipiku. Aku mengangkat wajahku menatap wajah mama.

"Kau jangan nak kurang ajar dengan kitorang Elysha Qaisara! Aku suruh kau sekolah tapi apa yang kau buat? Kau menggatal dengan anak kawan papa si Haufan tu!" tuduh mamaku.

Tanganku naik menyentuh pipi. Haufan?

DERITA ELYSHA ||short story||OGWhere stories live. Discover now