"Mesti lah boleh. Anything for you, cupcake. Jom kita cari mee kari." Antusias Dahlia mengangguk. Laju dia menarik tangan suaminya.

Tapi Raja Dylan mengeraskan diri. Tarikan Dahlia langsung tidak memberi kesan. Sedikit pun tiada. Raja Dylan langsung tidak berganjak sama sekali. Berpusing Dahlia menghadap suaminya.

"Abang.." Merengek manja Dahlia sambil menarik suaminya lagi. Tapi tetap sama.

Dahlia melepaskan tangan si suami selepas beberapa kali cubaan tariknya tidak menjadi. Kedua tangannya pula terus disilangkan di dada. Wajahnya berubah jadi masam. Bibirnya dijuihkan ke hadapan.

Terletus tawa Raja Dylan saat melihat wajah cemberut isterinya. Comel lah. Kenapa comel sangat ni? Bukan buat kita takut. Tapi buat kita geram.

"Alololo.. muncung dah mulut itik kesayangan abang ni. Nak abang gantung boxer abang dekat sini ke?" Dahlia memukul tangan Raja Dylan yang menyentuh bibirnya.

Geram. Ada pula nak gantung boxer. Lempang karang. Dari gantung boxer, baik cium.

Ceh. Meminta kau ya.

Ketawa besar Raja Dylan memandang wajah cemberut isterinya. Ditarik Dahlia merapat dengannya dan merangkul bahu Dahlia. Dahi Dahlia dicium sekejap. Menunduk kepala Raja Dylan merenung isterinya yang masih masam.

"Okay, okay. Jom kita cari mee kari." Ajak Raja Dylan seraya berjalan sambil tetap memeluk bahu Dahlia.

Dahlia hanya mengikut saja tanpa melawan. Dia dah lapar. Tapi suaminya tadi memang saja sangat. Tumbuk perut seksi tu nanti.

~~~~~~~~~~

Raja Dylan mengusap tangan Dahlia. Sekejap digenggam lah, sekejap lagi dicium lah, sekejap lagi dibawa ke pipi. Dahlia membiarkan saja perlakuan suaminya itu.

Malas nak tarik tangan dia walaupun tangannya dah terasa agak lenguh. Nanti mula lah Raja Dylan merajuk. Pastu boleh kata tak sayang. Tarik telinga tu biar jadi ceplos.

Tak lama selepas itu, makanan yang mereka order sejak dari 20 minit yang lalu. Akhirnya datang juga. Pelayan lelaki tersebut meletakkan dua mangkuk mee kari, air sirap bandung cincau dan air teh limau ais di atas meja makan yang ditempati Dahlia dan Raja Dylan.

Kecur liur Dahlia melihat mee kari yang terletak di hadapannya. Dengan udang tiga ekor bersaiz sederhana besar, kerang pun banyak dan kuah yang pekat.

Sangat lah menarik perhatian dan membuat Dahlia merasa tersangat lapar.

"Terima kasih." Ucap Raja Dylan kepada pelayan lelaki itu.

Usai saja pekerja tersebut pergi, Dahlia menarik semangkuk mee kari. Perhatiannya sejak tadi hanya mee kari. Raja Dylan sudah dilupakan. Kesian.

Dahlia merasa kuah dahulu. Terpejam mata Dahlia tatkala kuah mee kari itu sangat lah mengena dengan rasa di tekaknya. Sangat sedap. Mantap.

Raja Dylan merenung wajah Dahlia yang sedang menikmati mee kari itu. Sampai pejam mata lagi. Menikmati sangat tu. Sedap ke? Sampai suami sendiri pun lupa dekat sebelah ni. Haih.

"Sayang." Panggil Raja Dylan dengan lembut.

Berpaling kepala Dahlia memandang suaminya. Kedua keningnya diangkat sebagai tanda bertanya kenapa. Mulutnya sudah penuh dengan makanan.

"Sayang lupa abang ada dekat sebelah?" Berkerut dahi Dahlia mendengar soalan Raja Dylan.

Terhenti suapan Dahlia. Dia meletakkan sudu dan garfu yang dipegang lalu menghadap suaminya.

"Sejak bila sayang lupa abang?" Soalan dibalas soalan.

"Sayang lah." Semakin berkerut dahi Dahlia. Kedua keningnya pun hampir bercantum.

"Hah? Sejak bila sayang lupa abang?" Tanya Dahlia dengan riak terkejut.

Cemberut wajah Raja Dylan. Garfu yang dipegang diletak lalu badannya disandarkan ke kepala kerusi. Nasib baiklah tempat duduk mereka agak tersembunyi sedikit dari pandangan orang ramai. Takda lah nampak adegan merajuk ini.

Dahlia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia tak faham. Bila masa dan ketikanya dia melupakan suami dia ini?

Selepas itu, Dahlia duduk merapat dengan sang suami. Lengan sasa Raja Dylan dipeluk oleh Dahlia. Menyenget kepala Dahlia merenung suaminya.

Raja Dylan menjeling isterinya manja. Wajahnya dipalingkan memandang ke arah luar restoran. Tak nak tengok muka isterinya. Comel sangat. Nanti Raja Dylan cepat cair.

Allahu.. Bawa saya ke mana-mana planet yang sesuai ditinggal hanya untuk orang single.

Dahlia mengemam rapat bibirnya apabila melihat wajah suaminya begitu. Kalau mereka berada di rumah ni, mahu saja Dahlia mencium seluruh wajah Raja Dylan. Tapi sekarang mereka berdua di luar. Tak boleh nak cium.

"Capa buat kecayangan caya ni? Atoto.. hencem caya ni meyajuk lah." Pujuk Dahlia dengan membuat suara comel seakan suara budak-budak.

Dagu suaminya digeletek perlahan. Bibirnya turut mengukir senyuman manis buat si suami kacak dia ini.

Semakin Raja Dylan memalingkan kepalanya dari terus dipandang oleh Dahlia. Dia nak senyum tengok kecomelan yang Dahlia tunjuk. Tapi kan tengah merajuk. Tahan lah dulu.

Dahlia melepaskan nafasnya perlahan. Setelah itu, Dahlia meletakkan dagunya di atas lengan Raja Dylan. Ditatap dalam wajah tampan milik suaminya.

"Sayang takkan pernah lupakan abang sebab abang lah segala-galanya bagi sayang. Abang cinta hati sayang. One and only in my heart. And one more thing, abang adalah syurga sayang. Kesayangan sayang dunia dan akhirat bahkan sehingga ke syurga, insya-Allah selepas emak, abah dan Danish. Jadi abang jangan lah kata sayang lupa abang. Sedangkan abang dekat Sabah pun sayang selalu ingat abang dan rindukan abang." Ujar Dahlia panjang lebar seakan memujuk kekasih hatinya ini.

Perlahan-lahan kepala Raja Dylan menoleh dan menatap wajah cantik isterinya. Jika dia adalah kesayangan Dahlia. Maka, Dahlia pun kesayangan dia. Jika dia adalah cinta hati Dahlia. Maka, Dahlia pun cinta hati dia.

Jika dia adalah syurga bagi Dahlia. Maka, Dahlia harus menjadi bidadarinya di syurga kelak. Kerana apa? Kerana Dahlia pun segala-galanya dalam hidup seorang lelaki bernama Raja Dylan.

Raja Dylan melepaskan pelukan Dahlia di lengannya lalu memeluk isterinya jauh lebih erat dari Dahlia memeluknya tadi. Dicium juga dahi Dahlia. Tiba-tiba rasa sebak.

Sehabis saja dia mengucup dahi Dahlia. Tangan kanannya dibawa mengusap pipi bulat Dahlia. Mata mereka berdua saling bertaut.

"I love you so much, cupcake." Ucap Raja Dylan selari tersenyum manis kepada isterinya.

"I L Y T, abang." Terletus tawa Raja Dylan. Up to date betul isteri dia ni.

"Y A V B."

"Hah?" Tak faham Dahlia.

"You are very beautiful." Membulat bibir Dahlia. Baru faham.

"Y H T."

"You handsome too?" Angguk Dahlia mengiyakan pertanyaan Raja Dylan.

Seusai itu, mereka berdua terus melepaskan ketawa. Rasa kelakar. Dah macam apanya.. bercakap guna code. Ha ha.


Tbc..

Kita kena mengikut perkembangan semasa🤣🤣🤣

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

I Love You, Miss Cupcake [C]Where stories live. Discover now