🏀🧪 BAB 13

1.3K 115 11
                                    

SELEPAS solat maghrib, Davira melangkah turun ke bawah seperti biasa. Mengenakan baju tidur bercorak teletubies dan rambut dilepaskan. Kakinya mengatur langkah menuju ke dapur. Bunyi suara bising dan asing di dapur mengelirukan dirinya.

Setahu dirinya, dia tak pula mempelawa Ryaz masuk ke dalam rumahnya petang tadi. Tapi suara siapakah itu? Kaki yang laju mengorak ke dapur berhenti terpaku di ruang masuk dapur apabila mata seseorang tepat memandang dirinya.

Tiba-tiba otaknya tak berfungsi. Diam membatu di situ seperti rohnya sedang berjalan keluar dari jasad.

Mata Ryaz pula terpaku memandang seorang gadis yang baru menuju ke dapur. Ini merupakan kali pertama dia melihat Davira Medina tanpa tudung di kepala dan baju tidur bercorak kartun.

Dareeq yang seolah faham dengan pandangan mata Ryaz itu terus bersuara. "Adik! Tudung mana?"

Tersedar dengan suara lantang Dareeq, cepat-cepat Ryaz mengalihkan pandangan. Dia terlalu leka memandang gadis itu. Terpesona dengan raut wajah Davira tanpa sebarang kain yang menutup kepalanya.

Davira yang diam membatu tadi, cepat-cepat berlari naik ke atas. Sedar akan kesilapannya, sungguh dia rasa malu nak turun ke dapur sekarang ni.

"Kenapa abang Ryaz boleh ada dalam rumah ni? Bukan aku dah halau dia balik ke tadi?"

Mundar mandir dirinya depan pintu bilik. Davira memerhati badannya yang tersarung baju tidur itu. Rasa malu mula menyapa diri.

"Eeee ini semua salah abang! Kan dia dah nampak rambut aku. Paling memalukan dia nampak aku pakai baju tidur corak teletubies ni! Mesti dia cakap, budak ni tak besar-besar."

"Aaaaaa malu!" Jerit Davira tapi tidak terlalu kuat.

Ryaz berdehem. Muka dan telinganya merah seperti tertangkap sesuatu. Tiba-tiba rasa janggal pula dia berada di situ. Walaupun bukan salah dirinya, tapi dia sudah ternampak aurat gadis itu.

Daiyan dan Helena yang perasan ketidaksenangan Ryaz itu, tergelak kecil. Mesti jejaka itu janggal dengan situasi sekarang.

"Jemputlah makan Ryaz. Nanti balik nanti dah tak payah makan dah, kamu makan banyak-banyak ye," ujar Daiyan bagi memecahkan suasana janggal.

Ryaz mengangguk kecil.

"Eh Ryaz!" Baru saja Ryaz ingin menyua makanan ke mulut, Dareeq memanggilnya.

Ryaz menjongketkan kening dan sambung suapan ke mulut.

"Kau dah nampak aurat adik aku, jadi kau kena kahwin dengan dia." Selamba saja Dareeq mengeluarkan autanya.

Tersedak nasi si Ryaz, sampai merah mukanya. Davira yang kebetulan baru turun itu juga terdengar perbualan Dareeq.

"Abang!!! Apa cakap macam tu?! Nak jual adik ke?" marah Davira. Abangnya selalu saja tak semenggah perangai. Nasib sayang.

Helena menghulurkan air kepada Ryaz dan dengan rakus Ryaz meneguk air. Sakit tekaknya gara-gara mulut lancang si Dareeq.

Dareeq menggulingkan biji matanya. "Memang pun. Sebab adik asyik rosak kan kereta abang. Jadi nanti adik boleh rosakkan kereta Ryaz pula."

Davira menghentak kaki, Ryaz pula menjeling Dareeq.

"Haaa! Elok! Mama papa, kahwin kan dua orang ni. Dareeq dah bagi restu."

Helena gelak. Daiyan menggeleng kepala. Macam ini lah hari-hari dengan telatah dua anaknya itu. Tapi hari ini Ryaz pun terkena sekali.

"Sudah sudah! Vira, mari makan. Sambung makan Ryaz, abaikan Dareeq tu. Dia memang suka sakat orang. Maklumlah single," usik Daiyan pula.

Masing-masing mengetap bibir tahan tawa dengan pernyataan yang keluar dari mulut Daiyan.

Amor Mio (OG)Where stories live. Discover now