🏀🧪 BAB 10

2K 176 26
                                    

SEPANJANG minggu itu, Davira tidak tenang dengan rombongan meminang Ryaz secara tiba-tiba. Tak mungkin lelaki itu meminangnya hanya untuk menepati janji. Timbul rasa menyesal kerana pernah menyuruh lelaki itu berjanji untuk mengahwini dirinya.

"Adik kenapa?" Pelik Dareeq melihat Davira seperti tak terurus.

"Abang bawak kereta laju boleh tak?" Dia mengerling meter kereta 80 km/h.

"Dah kenapa? Selama ni elok aje abang bawa laju ni, adik okay. Kenapa tiba-tiba?" Makin hairan dia.

Tapak tangan Dareeq menekap dahi Davira. Suhu normal, tak demam.

"Bawak jelah! Adik nak jumpa mama."

Makin berkerut muka Dareeq dengan perubahan sikap adiknya. Nak cakap period, haritu baru period. Tak habis lagi kot.

Tak sempat Dareeq nak matikan enjin dan berhenti betul betul dalam perkarangan rumah, Davira sudah meluru keluar melangkah masuk ke dalam rumah.

Pintu rumah ditolak kuat.

Bam!!!

Terkejut Daiyan dan Helena yang sedang berada di ruang tamu. Mereka berdua menoleh melihat anak bongsunya. Manakala Dareeq berlari ke arah mereka bertiga.

"Ya Allah adik! Terkejut mama. Kenapa ni?" Tiada ribut tiada angin. Pintu rumah dibuka macam nak pecah. Ingatkan pencuri, rupanya anak sendiri.

Kus semangat!

"Adik tak nak kahwin mama!"

"Kahwin?" Serentak Daiyan dan Helena bersuara.

Mereka berpandangan antara satu sama lain sebelum dua pasang mata itu melihat anak lelakinya.

Terngaga mulut Dareeq dengan pernyataan yang keluar dari mulut adiknya. Tak sangka adiknya begitu polos. Patutlah mood Davira macam petir rupanya tak nak kahwin. Bibirnya dikemam menahan tawa.

Daiyan menggelengkan kepala. Ini mesti anak lelakinya mengusik anak perempuannya.

"Kahwin dengan siapa?" Saja Helena bertanya walaupun tahu Dareeq saja menyakat anak gadis itu.

"Adik tak nak kahwin dengan abang Ryaz, mama papa." Kepalanya digeleng berkali-kali tanda dia betul-betul tak nak.

Davira berjalan mendekati papa dan mama. Tangan mama dan papa dicapai. "Mama papa tolak lah pinangan abang Ryaz. Adik tak nak! Tolonglah mama papa."

"Kenapa tak nak? Bukan ke dulu adik siap suruh Ryaz berjanji lagi supaya kahwin dengan adik?" Kini giliran Daiyan pula menyoal.

Makin keruh wajah Davira. Hampir nak menangis dibuatnya, kenapa semua tak faham dia. Masih muda lagi untuk pegang status isteri orang.

"Itu dulu. Jangan lah ungkit."

"Adik tak nak kahwin!" Kakinya dihentak-hentak seperti gaya budak tidak dapat gula-gula.

Mereka semua hanya diam melihat tingkah Davira. Macam ni lah bila di manjakan dari kecil. Dah pandai memberontak.

Helena melipat tangan di dada, mata hitamnya tajam melihat Davira. Daiyan pula mengusap belakang tubuh isterinya supaya bersabar.

"Siapa cakap adik nak kahwin ni?" Suaranya dikawal supaya tidak terlalu keras.

"Abang cakap. Abang cakap, mama suruh adik balik sebab abang Ryaz nak pinang adik hujung minggu." Mulutnya dimuncungkan, jari telunjuk menunjuk ke arah Dareeq yang sedang bersandar di pintu rumah.

Dareeq berpura-pura melihat pintu rumah. "Macam elok lagi pintu ni, tak payah tukar kot."

"Memang lah mama suruh adik balik. Tapi nak pergi majlis kesyukuran rumah Ryaz, bukan sebab Ryaz masuk meminang." Sah! Anak perempuannya kena tipu oleh Dareeq Mikhayl.

Amor Mio (OG)Where stories live. Discover now