🏀🧪 BAB 9

1.5K 154 9
                                    

TERBANTUT niat Davira ingin melarikan diri daripada Ryaz. Jejaka itu asyik mengekori dia kemana pun dia pergi. Rimas pun ada.

Dia berhenti berjalan dan berdiri didepan Ryaz. Kedua-dua tangannya mencekak pinggang. Kepalanya sedikit terdongak untuk melihat wajah Ryaz. Muka dikawal agar tidak nampak yang dia terlalu menyampah dengan kehadiran Ryaz.

"Yes, anything?" Ryaz bertanya sebelum Davira membuka mulut. Dia tahu gadis itu ingin mengatakan sesuatu kepadanya.

Takkan lah tiba-tiba saja berdiri didepannya.

"Abang Ryaz takde kerja ke?"

"Ada."

"Kalau ada, kenapa asyik ikut Vira daripada tadi?"

"Saja."

Davira mendengus perlahan. Ryaz dengar dengusan itu. Bibir merahnya terukir senyuman sinis.

"Kenapa? Rimas?" Kini giliran dia pula bercekak pinggang memandang Davira. Cuma wajahnya sedikit tunduk kerana Davira terlalu pendek jika dibandingkan dengan ketinggian dirinya.

"Kalau ya?" Perlahan suara itu. Bibir bawahnya digigit.

"Kisah pula abang!"

"Eee... Geram tau dengan abang Ryaz ni!!!" Davira buat gaya seperti ingin mencekik leher Ryaz.

Meletus ketawa Ryaz. Comel!

"Rileks laa. Macam tu lah abang rimas dulu sebab Medina asyik ikut Dareeq. Kami berdua nak main pun susah. Lepastu menangis tak tentu hal." Saja dia mengungkit.

Kenapa? Sebab dia suka usik Davira.

Kalau dulu hanya dia yang mampu hentikan tangisan Davira. Sekarang dia suka buat Davira marah, geram. Kalau budak tu menangis, pandailah dia pujuk nanti.

"Tak payah nak ungkit."

"Nak juga!"

"Abang Ryaz ni redflag lah!"

"Kisah! Lagipun Medina kan buta warna. Kalau tak, takdenya Medina ajak abang kahwin."

"Abang Ryaz!" jerit Davira geram.

"Apa?"

"Suara tu boleh perlahan sikit tak?"

"Tak boleh. Biar semua dengar yang Medina pernah ajak abang kahwin." Makin kuat Ryaz gelak. Sampai menarik perhatian dua tiga orang yang berada di situ.

Merah pipi Davira kerana malu dan marah.

"Hujung minggu ni abang masuk meminang tau. Jangan lupa terima pinangan abang." Terus dia melarikan diri daripada Davira.

Dia sudah lewat ingin mengajar pelajar bermain bola keranjang.

"Bye my Little lollipop."

Sebelah tangan Ryaz diletakkan ke dalam poket seluar. Sebelah lagi tangan sibuk melambai Davira yang berada di belakangnya. Bibirnya mengukir senyuman paling manis dan kemudian bertukar kepada sinis.

"Huh! Makin besar makin annoying abang Ryaz. Dasar cekodok basi!" Batu kecil disepak kuat melepaskan geram.

"Aduhhh!"

Terus Davira berpaling mencari suara yang mengaduh kesakitan. Cepat-cepat kakinya melangkah ke arah lelaki itu.

"Sorry sorry. Saya tak sengaja." Gelabah.

"Awak kalau nak marah lelaki tadi pun tengok lah kiri kanan. Sekarang ni kepala saya jadi mangsa sepakan batu tu," kata lelaki itu. Kepalanya digosok bagi mengurangkan sakit.

Amor Mio (OG)Where stories live. Discover now