🏀🧪 BAB 12

1.7K 120 5
                                    

KERETA Ryaz berhenti betul-betul di depan perkarangan rumah Davira. Handbrake ditarik dan gear diletakkan di P.

"Abang Ryaz jangan turun!"

Ryaz sudah matikan enjin baru si Davira menghalang.

"Lambat!" Lidah dijelirkan ke arah Davira. Kakinya melangkah turun dari perut kereta.

Selamba kakinya berjalan ke arah pintu rumah Davira. Bila lagi dia nak datang sini. Alang-alang dia hantar Vira, apa salahnya dia jumpa Dareeq sekali. Lama berul tak bertemu mata dengan sahabatnya.

Davira mengejar langkah Ryaz yang semakin hampir dengan pintu rumahnya.

"Abang Ryaz tak payah lah masuk! Hantar Vira sudah lah. Nak masuk buat apa? Eh?! Macam mana tahu ni rumah Vira?! Abang Ryaz stalk Vira ke?" Keras suaranya berbisik, takut didengari oleh mereka yang berada di dalam rumah.

Davira memandang Ryaz atas bawah seperti seorang pesalah yang sedang ditangkap oleh pelaku.

Ryaz menggulingkan bebola mata. Davira dan fikiran negatif dia tak pernah berubah. Tadi cakap dia orang yang dikehendaki, sekarang cakap dia stalk si budak kecik ini pula.

"Otak Medina ni, tak boleh fikir yang baik-baik ke? Memang kat mata Medina, abang nampak jahat ke?" Tangan mencekak pinggang dan kening dinaikkan sebelah.

"Memang muka abang Ryaz, muka pervert! Memang sesuai sangat." Davira menghentak kaki sambil berjalan. Pintu rumah dibuka, belum sempat Ryaz nak masuk. Pintu ditutup dengan kuat!

Bam!!!

Hampir terkena batang hidung mancung Ryaz.

Kus semangat!

Davida berlari naik ke tingkat atas dan masuk ke dalam biliknya. "Arghhhh!!! Malu malu malu!"

Badan dihempas ke tilam. Muka ditekup ke bantal, kaki dihentak-bentak ke tilam dalam keadaan meniarap.

"Otak ni, kalau pasal abang Ryaz selalu fikir buruk!"

"Mulut ni mulut ni..." Dia menampar mulutnya sendiri.

"Kenapa celupar sangat? Dengan orang lain berat mukut sangat nak melawan. Kalau dengan abang Ryaz, semua patah perkataan kau nak keluar."

"Lepastu? Nanti kena minta maaf ke? Taknak lah! Perempuan mana salah." Dia bangun dari katilnya dan mengintai sedikit ke luar bilik. Manalah tahu kot kot ada manusia depan biliknya.

Daiyan, Helena dan Dareeq yang setia berada di ruang tamu menunggu kepulangan Davira, terkejut. Cepat-cepat Dareeq bangun membuka pintu. Tak silap dirinya, dia nampak kelibat Ryaz semasa Davira membuka pintu.

"Rosak pintu hm," ujar Daiyan perlahan.

"Kesian pintu selalu jadi mangsa," sambung Daiyan lagi.

Dareeq membuka pintu, manalah tahu Ryaz masih berada di situ.

"Bro!" tegur Dareeq.

Ryaz mengangkat wajahnya. Riak wajah yang terkejut tadi bertukar menjadi gembira selepas melihat Dareeq yang berada di hadapannya.

"Bro!" Mereka berdua berjabat tangan.

"Masuklah." Jemput Dareeq.

Ryaz melangkah masuk ke dalam rumah dan bertukar salaman dengan Daiyan. Manakala Helena ke dapur untuk menyediakan sedikit juadah untuk Ryaz.

"Maaflah, kalau keluarga aku menyusahkan kau sebab kena pujuk adik aku," ujar Dareeq.

Tapi hanya lelaki itu sahaja yang dapat memujuk adiknya.

Amor Mio (OG)Where stories live. Discover now