PROLOG

3.1K 187 15
                                    

"ADIK! Janganlah main jauh-jauh. Nanti mama marah abang," jerit Dareeq Mikhayl.

Sepatutnya dia keluar bermain dengan Ryaz Zulkarnain saja, tapi Davira Medina menangis nak ikut. Terpaksa dia ajak sekali, itupun selepas dipaksa oleh mama, Helena.

Tergedek-gedek Davira berlari pergi ke buaian. Apalah sangat budak yang berumur 4 tahun yang baru ingin membesar.

"Jangan lari adik! Nanti jatuh abang pula dipersalahkan nanti," jerit Dareeq lagi. Geram betul dengan adiknya yang tak mendengar kata.

Tapi Davira langsung tak dengar dan terus berlari sampailah dia tersepak batu lalu terjatuh.

"Adikkkk!!!" Berlari Dareeq selepas melihat adiknya jatuh.

"Kan abang dah cakap jangan lari. Tapi adik tak dengar kata," marah Dareeq sambil mengangkat adiknya. Lutut Davira disapu untuk membuang segala kotoran dan pasir.

Davira mengemam bibir. Matanya berkaca-kaca. Mulutnya sudah tersebek-sebek menahan tangisan.

"Abang marah sikit menangis. Abang marah sikit menangis."

Terus Davira menangis dengan kuat. Dia menghentak kaki dan menjerit-jerit.

Dareeq melepaskan keluhan. Inilah sebab dia malas nak ajak Davira keluar. Dia takkan dapat bermain dengan kawannya dan sibuk menjaga budak manja ni.

"Tak payahlah menangis kuat-kuat. Tak malu ke orang tengok nanti?" ujar Dareeq.

"Abang marah adik," ujar Davira sambil menangis.

"Dah jangan nangis. Abang tak marah pun," pujuk Dareeq. Malu dia bila ramai orang kat taman tu sedang melihat mereka berdua. Pasti orang ingat dia sedang membuli adiknya.

"Taknak!" Makin kuat dia menangis.

Dareeq menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia memang takkan berjaya pujuk adiknya menangis. Biasanya mama atau papa saja yang pujuk Davira. Dia tak pandai nak pujuk.

Dia melihat keadaan sekeliling mencari seseorang. Tapi kelibat manusia itu tidak kelihatan. Jam di tangan dikerling, pukul 6 petang.

"Adik, janganlah nangis. Dah dah," pujuk Dareeq lagi. Air mata dipipi Davira disapu perlahan.

Davira menepis tangan Dareeq. "Adik taknak kawan dengan abang," rungut Davira. Dia mengajuk dengan abangnya.

"Dengan abang nak kawan tak?" ujar satu suara.

Davira mengangkat kepalanya untuk melihat gerangan suara itu. Lebar senyumannya sampai terselah kedua lesung pipitnya melihat lelaki itu.

"Abang Ryaz!" jerit budak kecil itu.

Dareeq melepaskan nafas lega apabila Ryaz sudah datang. Selain mama dan papa, Ryaz juga dapat memujuk adik perempuannya itu.

"Kenapa menangis ni?" soal Ryaz. Baru saja dia sampai ke taman itu, suara Davira sudah sampai ke pendengarannya.

Muka yang ceria tadi mendung kembali. Matanya tajam menikam melihat Dareeq Mikhayl.

"Apa?" tanya Dareeq.

"Adik tak nak kawan dengan abang. Sebab abang buat adik nangis. Abang Ryaz sorang aje kawan adik." Lidahnya dijelirkan ke arah Dareeq.

Dareeq membulatkan matanya. Punya penat dia menjaga budak kecil ni, tapi budak tu tak mengaku pula dia abangnya.

Ryaz gelak dengan perangai comel Davira. Such as lollipop.

"Medina, tak baik cakap macam tu. Abang Dareeq lah yang selalu jaga Medi masa kecil dulu tau," tegur Ryaz.

Amor Mio (OG)Where stories live. Discover now