MIMPI 35

90 13 0
                                    

Bunga merapatkan Manis ke dalam pelukan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bunga merapatkan Manis ke dalam pelukan. Matanya meliar ke sana sini, bergetar ketakutan. Bagaimana kalau tentera Marvis dapat tahu bahawa dia sedangn membawa Manis pergi? Bagaimana kalau mereka menangkapnya dan Manis?

Ahh, nyah kau wahai prasangka buruk. Tidak mahu melayan rasa takutnya, Bunga meneruskan langkah dengan lebih laju. Tujuannya cuma satu, rumah wan.

"Bunga."

Kepalanya langsung terteleng tatkala ada suara yang memanggil. Kelopak matanya membulat sedikit tatkala wajah Delima menyapa matanya. Cepat-cepat dia mendekati gadis yang sedang bersembunyi di sebalik tembok itu.

"Ikut aku. Aku tahu jalan shortcut, lebih selamat." Ujar Delima perlahan. Manis yang berada di dalam dukungan Bunga dipandang sekilas.

"Terima kasih, Delima. Macam mana awak tahu saya dekat sini?" Tanya Bunga kepada Delima yang sudahpun berjalan di hadapan.

"Wan yang suruh aku datang cari kau." Jawab Delima tanpa menoleh. Cukuplah dia mendengar suara Bunga, tanda Bunga dan Manis masih setia mengikutinya dari belakang.

"Macam mana wan boleh tahu?"

"Wan pandai meramal. Kau boleh tanya apa-apa saja kepada dia, aku yakin semua dia boleh jawab. Cuma kalau ada perkara-perkara yang dia tak boleh bagitahu, dia memang tak akan bagitahu. Itulah wan."

"Sebab itu wan tahu asal usul saya." Ujar Bunga perlahan.

"Ya, betul tu." Jawab Delima sambil lincah berjalan memasuki lorong-lorong sunyi untuk ke rumah wan.

"Sini!" Bisik Delima keras sebelum menarik Bunga berselindung. Turun naik dadanya sambil memandang tajam tiga orang tentera Alginia yang sedang berjalan melintasi mereka itu.

"Awak dan wan boleh selamatkan Manis?" Bunga pantas menyoal setelah tentera Alginia tersebut sudah melewati mereka dan pergi tanpa menyedari kehadiran mereka bertiga.

"Aku dan wan akan keluar dari Marvis malam nanti. Kami akan ke Rinvendel. Kami boleh bawak Manis sekali keluar dari sini."

Bunga terdiam seketika. Matanya jatuh merenung wajah polos Manis yang hanya diam tidak mengeluarkan sebarang suara itu. Hanya terkebil-kebil membalas kembali tatapan mata Bunga.

"Saya... Titipkan Manis kepada awak. Awak dan wan saja yang saya boleh harapkan. Ahmad dan Sekar memang tak akan berganjak dari Marvis. Mereka cuma mahukan Manis selamat dari persengketaan ini."

"Ahmad dan Sekar rakyat Marvis yang paling setia Bunga. Biar jasad mereka disiksa, asalkan mereka tak mudah jatuh terkulai terhadap tipu daya pihak musuh."

Bunga hanya mendengar sahaja ujaran Delima itu. Tiada sebarang bantahan mahu disuarakan kerana apa yang diperkatakan gadis itu benar belaka. Kini, rumah wan sudah mulai kelihatan. Nafasnya terhela lega. Sekurang-kurangnya, dia dapat menyelamatkan Manis.

Bunga, A Lady In WaitingWhere stories live. Discover now