MIMPI 22

94 27 4
                                    

              "Saya tak nak terlalu banyak bunga dekat meja

Oops! Această imagine nu respectă Ghidul de Conținut. Pentru a continua publicarea, te rugăm să înlături imaginea sau să încarci o altă imagine.

              "Saya tak nak terlalu banyak bunga dekat meja. Nanti guests tak selesa nak makan." Kata Permaisuri Ranisya setelah melihat meja-meja makan khas buat tetamu yang bakal datang dihias kuntuman bunga berwarna merah dengan kuantiti yang agak banyak.

"Baik, Tuanku Permaisuri."

Bunga tersenyum kepada events planner yang bertanggungjawab menghias seluruh ruangan rumah kaca di istana Emmeria itu. Bertabahlah. Itu memang kerja awak. Apa saja yang tak kena di mata permaisuri, mesti lah dibetulkan kembali.

Sama juga seperti Bunga, dari tadi tidak henti-henti membontoti langkah Permaisuri Ranisya ke sana sini. Teruja sungguh wanita itu dalam menjayakan majlis pengunguman penyatuan Putera Han dan Puteri Mirdal.

"Bunga okay lagi ke? Ke dah penat?" Soal Permaisuri Ranisya yang berhenti berjalan secara tiba-tiba. Dipusingkan tubuhnya untuk memandang Bunga.

"Saya okay, permaisuri. Jangan risau pasal saya. Permaisuri patut jaga kesihatan permaisuri. Dari tadi lagi buat kerja sampai tak nak makan. Nanti kalau tak sihat waktu majlis macam mana?"

Permaisuri Ranisya tergelak perlahan. Pipi Bunga disentuh sekejap.

"So sweet of you, Bunga. Raysha pun tak pernah bebelkan saya macam ni."

"Maaf, permaisuri." Bunga tertunduk kekok. Dia dah melebihi batas ke? 

"Tak apa. Saya lagi suka ada orang bebelkan saya macam ni. Jom lah kita pergi makan sekali. Awak pun tak makan lagi kan Bunga?"

"Eh, tak apa lah permaisuri. Saya boleh makan dekat dapur nanti."

"Tak payah lah. Hari ni makan dengan saya. Lain kali je awak makan dekat dapur tu. Come."

Mahu tidak mahu, diikuti juga langkah Permaisuri Ranisya sehingga wanita itu melabuhkan duduk di salah sebuah meja di luar rumah kaca istana.

"Permaisuri tak nak masuk makan dekat dalam?"

"Harini saya nak ambil angin luar sikit. Penat arah orang itu ini dari tadi." Ujar Permaisuri Ranisya lalu ketawa.

"Duduklah, Bunga. Minta dayang istana di bahagian dapur bawakan dua set makanan ke sini."

"Baik, permaisuri." Akur Bunga dan dengan penuh tertib, dia labuhkan duduk berhadapan dengan Permaisuri Ranisya. Ipad yang sentiasa menjadi penemannya, dibuka lalu ditekan-tekan skrin dan siap. Pesanan makanan telah selesai dibuat kepada bahagian dapur.

Bunga, A Lady In WaitingUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum