MIMPI 16

126 12 2
                                    

"My beautiful flower is being naughty that night

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"My beautiful flower is being naughty that night."

"Beautiful flower..."

"My beautiful flower..."

Pagi itu, Bunga dikejutkan dengan sebaris ayat berulang-ulang di telinganya. Ayat itu seolah-olah jampi yang kian melalaikan Bunga. Mungkin disebabkan sebaris ayat itu jugalah dia tidak bermimpi malam semalam. Bunga bangun bersandar di kepala katil. Rambut diraup ke belakang sebelum satu keluhan lesu terbit dari bibirnya.

Bunga... Bukankah Raja al-Nurman sudah memperingati dirimu? Kau tidak akan pernah bersama dengan Putera al-Nurhan. Kau mengaku di depan Tuanku Raja bahawa engkau sudah memahami itu semua tapi kenapa hari ini hati kau kembali berbolak balik?!!

Arhhh!!! Ini semua salah Putera al-Nurhan. Siapa suruh dia cakap macam tu siang kelmarin?! Masalah yang sebenar sekarang ini adalah, dia yang telah digoda Putera Mahkota! Bukannya dia yang menggoda Putera Mahkota! Sudah lah lepas kena ayat semalam, Putera Han blah macam tu saja!

"Berat betul masalah kau tu, Bunga. Dah masuk lima kali aku dengar kau merengus. Marahkan siapa tu?" Tegur Iris yang baru keluar dari bilik air. Birai katilnya yang berhadapan dengan katil Bunga diduduki.

"Tengah marahkan diri sendiri."

"Marahkan diri sendiri? Kenapa?" Kening Iris bertaut rapat.

"Sebab mudah sangat cair dengan ayat manis Pute—" Ayat Bunga terhenti di tengah jalan. Terkebil-kebil matanya merenung Iris di hadapan.

Iris memandang Bunga dengan tanda tanya. Geram betul bila cakap tak habis ni. Suka sangat buat orang tertanya-tanya.

"Abaikan apa yang aku cakap tadi, Iris. Aku ni dah tak betul agaknya. Mungkin tak lama lagi aku akan masuk ke dalam hospital mental." Ujar Bunga lalu menggeleng kecil.

Iris tergelak perlahan. Masih terlalu awal untuk dia gelak terbahak-bahak seperti selalu.

"Kau kena bertugas di bahagian mana hari ini?" Soal Bunga pula. Mahu menukar topik utama perbualan mereka tadi.

"Harini aku ditugaskan untuk teman Puteri Mirdal jumpa tailor diraja. Nak tempah baju." Meskipun hatinya meronta-ronta tidak setuju ditugaskan untuk menemani puteri yang satu itu, tiada apa-apa yang boleh dilakukan olehnya. Nak mampus kalau berani untuk tolak tugasan itu? Mahu kena membebel dengan Puan Marshal nanti.

"Tempah baju? Ada majlis rasmi ke nanti?"

"Ada. Aku dengar-dengar, seminggu dari sekarang akan diadakan majlis penghebahan berkenaan penyatuan Putera Mahkota dan Puteri Mirdal. Banyak kerabat negara lain yang akan turun ke istana nanti." Cerita Iris lagi.

"Kenapa tiba-tiba ada penghebahan?"

Iris yang sedang menyikat rambut itu terhenti. Dipandang raut wajah Bunga yang berubah kelat itu. Dia mengeluh dan bangun duduk di tepi Bunga. Bahu sahabatnya itu disentuh lembut.

Bunga, A Lady In WaitingWhere stories live. Discover now