MIMPI 6

116 18 1
                                    

                Tilam yang empuk, menjadi tempat baringannya

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.

                Tilam yang empuk, menjadi tempat baringannya. Bunga merenung kosong syiling bilik yang mempunyai ukiran bermotifkan alam semula jadi itu. Bosan merenung, kepalanya terteleng memandang Iris di katil sebelah. Nyenyak dah tidur perempuan tu.

Tolong jangan fikir buruk. Walaupun hampir kesemua dayang istana telah memulaukan Bunga, tapi masih ada Iris yang teguh bersahabat dengannya. Cuma mereka tidak mempunyai peluang untuk berbual dengan lebih lama kerana mempunyai komitmen tugas masing-masing.

Dalam tidak sedar, bibir Bunga menarik senyuman nipis. Tak perlu fikir tentang orang yang bencikan kau, Bunga. Lebih baik tumpukan perhatian pada orang yang tahu menghargai kau. Hatinya berbisik perlahan. Bagai meniup-niup telinga sehingga membuatkan hatinya menjadi kian tenang. Dengan perlahan, kelopak matanya merapat sehingga kegelapan menghiasi pemikiran.

Buai laju-laju...

Buai hingga lena...

Jika tidak lena...

Emak geletek Manis!

Bunyi kekekan tawa seorang bayi serta merta membuatkan Bunga tersedar dari lenanya. Dengan pandangan yang masih mamai, Bunga cuba memfokuskan matanya. Semakin lama semakin jelas. Kabur yang tadinya hadir kian menghilang. Bunga cemas. Kiri dan kanannya dipandang dengan gelabah.

Dia dekat mana ni?!! Kenapa dia bukan dalam bilik tidur di istana? Dia baru tidur tak sampai lima minit dan sekarang dia sudah berada di tempat... yang aneh. Bunga berpusing, memandang ke sekeliling tempat yang asing itu.

"Manis tak tidur lagi ke, Sekar?"

Suara garau seseorang menarik perhatian Bunga. Dia kini sedang berdiri di hadapan sebuah rumah. Dari pintu yang sengaja tidak ditutup itu, dia dapat mendengar dengan jelas perbualan suara-suara yang hadir dari dalam rumah itu.

"Belum, bang. Sekar siap nyanyi-nyanyi lagi. Tapi tak nak juga dia tidur. Asyik nak suruh Sekar geletek aje." Balas suara perempuan pula, sebelum kekekan tawa seorang bayi kedengaran menghiasi rumah tersebut.

Bunga menapak perlahan, mendekati tangga kayu rumah tersebut. Telinganya semakin diluaskan, mahu mendengar perbualan isi rumah itu.

"Tak apa lah. Biar abang bawa dia keluar jalan-jalan kalau dia tak nak tidur."

"Yelah."

Bunga tergelak kecil. Sah. Memang sah dia tengah mimpi sekarang ni. Haih lah, Bunga. Penat sangat ke kerja tu sampai boleh mimpi macam ni? Sedang dia mengelamun, teguran dari suara yang sama mematikan kesemuanya.

"Maaf, awak ni siapa ya?"

Lidah Bunga terkelu tidak tahu menjawab. Seorang lelaki bersama dengan bayi di dalam dukungan dan perempuan di sisinya itu dia pandang dengan gelisah. Apa dia nak jawab ni? Tolong...

"Ohh, awak yang datang nak belajar pasal tumbuhan herba tu kan?" Sampuk si perempuan pula. Bersinar-sinar mata itu memandang Bunga.

Mahu tidak mahu, Bunga terpaksa mengiakan juga. Salam yang dihulur, dia sambut dengan sopan lalu satu senyuman diberikan kepala lelaki di sebelah. Mungkin mereka adalah suami isteri.

Bunga, A Lady In WaitingOù les histoires vivent. Découvrez maintenant