MIMPI 24

100 22 4
                                    

             Putera Han duduk tersandar di kepala katil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


             Putera Han duduk tersandar di kepala katil. Rambutnya diraup perlahan ke belakang sebelum bibirnya melepaskan satu keluhan berat. Malam esok, malam di mana perkahwinan di antara dia dan Puteri Mirdal akan di war-war ke seluruh negara. Perkahwinan yang tidak pernah disetujui olehnya.

Kedua belah mata dipejam lemah. Sakit di kepala semakin menjadi-jadi apabila mengingati perbualan bersama Wakeel sebelum dia bertemu Bunga tadi. Perbualan yang cukup merentap jantungnya. Wakeel... Tidak main-main dengan apa yang dikatakan.

Flashback...

"Cantik gaun tu. Untuk Mirdal?"

Putera Han menoleh tatkala ditegur. Gown yang sedang dipegang disangkut kembali ke dalam almari baju.

"Ada apa kau datang bilik aku?" Tanya Putera Han malas. Tubuh dihempas ke atas sofa. Wakeel yang sedang berdiri menyandar di meja kerjanya itu dipandang.

"Saja. Aku nak jumpa bakal pengantin." Kata Wakeel mengusik.

"Aku bukan nak kahwin, Wakeel. It's just an announcement." Ahh, benci betul dia jika dipanggil sebagai bakal pengantin. Dia tidak sukakan gelaran itu sekiranya bakal pengantin perempuan adalah perempuan yang tidak dia cintai.

"Kau macam tak suka dengan perancangan ni. Ke aku yang salah tafsir?"

"Jangan masuk campur urusan aku, Wakeel." Keras Putera Han memberi amaran. Dia tidak suka sikap Wakeel begini. Dia lebih suka akan Wakeel yang pendiam dan tidak banyak bicara seperti biasa.

"Kau sebenarnya suka Bunga kan?"

Kepala Putera Han tertoleh laju. Matanya merenung tajam Wakeel yang berwajah selamba setelah cuba untuk memprovoknya. Dipandang lama wajah sepupunya itu sebelum menjawab tenang.

"Kalau betul, kenapa?"

"So, betullah. Kau suka Bunga. Tapi kau lupa ke kau siapa, Han? Kau tu Putera Mahkota." Wakeel berdiri tegak. Wajah kosong milik Putera Han itu sedikit sebanyak membuatkan dia berasa tidak senang. Lelaki itu... Bukan boleh dijangka tindakannya.

"Jadi?"

"Kau tak akan dapat bersama dengan Bunga. Just let her go. Let me love her. Let her be in my arm. Let me love her. Aku, suka, Bunga." Ditekankan ayat terakhir itu satu persatu agar jelas di pendengaran Putera Han.

Putera Han tergelak sinis.

"Dalam mimpi pun kau tak akan dapat Bunga, Wakeel. Bunga milik aku seorang. Kau kena ingat benda tu."

Bunga, A Lady In WaitingWhere stories live. Discover now