Raja Dylan hanya diam sambil memasang telinga mendengar bicara dua orang sahabatnya ini. Takda niat nak menyampuk.

"Kau.."

"Kau kalau tipu aku.. aku sumpah bontot kau nanti asyik kelap-kelip." Pantas Fahrin memotong kata-kata Emir.

Merengus kasar Emir. Dijeling tajam wajah Fahrin yang sudah menayangkan riak berpuas hati.

"Cakap pasal Sarah tadi. Kau serius dengan dia ke Mir?" Soal Raja Dylan ingin tahu.

Emir tidak segera menjawab. Dia melepaskan nafas perlahan lalu memandang Raja Dylan.

"Aku serius. Soal lamaran aku pada Sarah.. aku tak main-main. Umur aku dah semakin meningkat, mesti lah aku nak ada keluarga sendiri. Nak ada keturunan sendiri. Nak ada pasangan yang boleh teman aku sepanjang hayat aku. Aku nak sebuah keluarga yang bahagia. Dan.. aku rasa Sarah adalah gadis yang tepat untuk aku pilih menjadi isteri aku." Jelas Emir panjang lebar.

Dia meluahkan apa yang dia rasa dan pendam selama ini untuk Sarah. Sudah lama dia memendam perasaan pada gadis cantik itu.

Mengangguk faham Raja Dylan selepas me dengar penjelasan dari Emir. Kali ini, Raja Dylan memandang Fahrin.

"Kau? Serius dengan Tiara?" Tanya Raja Dylan pada Fahrin.

"Insya-Allah. Aku dah bincang dengan Tiara tentang perkara ni. Aku ingat nak masuk meminang dia secepat mungkin. Lagipun aku dah jumpa dengan keluarga dia. Dia pun sama dah jumpa keluarga aku. Dan kedua-dua keluarga pun dah berjumpa. Jadi.. aku rasa dah takda apa halangan untuk kitaorang." Laju betul budak seorang ni. Dalam diam doh.

Terangkat kedua kening Raja Dylan. Ini berita baru. Gosip baru. Dia perlu share dengan isterinya tentang perkara ini. Emir yang mendengar turut sama memalingkan wajahnya memandang Fahrin. Agak terkejut juga.

Tapi Fahrin ni memang tak boleh nak dijangka dengan dia punya tindakan. Terlalu pantas. Orang lain baru nak mula melangkah ke depan. Tapi dia dah sepuluh langkah jauh ke depan.

"Tak cakap dengan kitaorang pun pasal ni." Tutur Emir.

"Aku cakap lah sekarang ni. Alah.. baru jumpa-jumpa keluarga. Belum bertunang lagi. Aku ingat lepas balik dari Sabah ni baru nak berbincang pasal tunang dengan Tiara." Beritahu Fahrin tanpa ada terselit satu pun penipuan.

"Laju kau kan? Mengalahkan line 5G." Bangga Raja Dylan dengan Fahrin.

"Of course. Ini Fahrin Adli lah. Bukan Tuan Al-Emir." Dalam dia membalas pujian Raja Dylan buat diri dia. Sempat dia selitkan perlian buat Emir.

Terletus perlahan tawa Raja Dylan selepas mendengar ayat Fahrin barusan. Tak mengacau Emir sehari, tak boleh kot bagi Fahrin ni.

Emir pula dah menayangkan riak pasrah. Dia dah lali dengan perangai Fahrin. Tapi itu lah, kadang-kadang Fahrin ni annoying juga. Macam minta kena tenyeh dengan cili mulut dia itu. Geram.

~~~~~~~~~~

Tergolek-golek Dahlia di atas katil. Sekejap ke kanan, sekejap ke kiri. Tak senang duduk dibuatnya.

Setelah puas bergolek. Akhirnya, Dahlia baring menelentang sambil memandang siling bilik. Dia melepaskan keluhan nafas. Bosan. Kedua tangannya naik meraup muka.

"Bosan lah. Nak call Dylan. Tapi dah malam. Takut dia dah tidur. Hm.." Mencebik bibir Dahlia. Rambutnya di kusutkan.

Sedang elok Dahlia dalam dilema dan menyerabutkan rambut dia sendiri. Tiba-tiba, handphone nya mendapat panggilan. Lantas Dahlia bangun dari baringan lalu mencapai gajet nipis itu dari meja lampu.

I Love You, Miss Cupcake [C]Where stories live. Discover now