Special Chapter 2

Start from the beginning
                                    

Nathan merengus. "Kau tiada bini, tahu apa. Kau tunggu kau ada bini nanti, kau akan tahu betapa besar makna berkorban tu."

"Ish, dia ni. Orang bergurau sikit je terus ambil serius." Mike menjeling Nathan.

"Barang Blacky kau dah kemas semua dah ke?" tanya Nathan. Mata tak lepas perhentikan Blacky makan.

"Dah. Mainan je aku tinggal."

"Asal kau tinggal?"

"Mana tahu kau nak bagi anak kau main."

Nathan terjeda. Mike ingat isteri dia mengandung anak kucing ke? Apa yang benak sangat otak si Mike ni, makan otak udang banyak sangat macam ni jadi.

"Kau ingat anak aku tu kucing ke, hawau. Aku ni tak pernah carut tiba rasa nak carut dengan kau."

"Mana tahu kau nak jimat."

Mengucap panjang Nathan, pelipis diurut. Ada yang arwah malam ni.

"Eh, gaji kau, aku boleh bagi 50k sebulan. Setakat nak beli mainan anak aku celah gigi je." Nathan ketap gigi, geram pula dengan si Mike ni.

"Riak riak. Allah tarik nikmat tu baru tahu langit tu tinggi ke rendah."

Nathan bangun menghampiri Mike. Lantas, lengan Nathan memuat pada tengkuk Mike. Kakinya membelit pada pinggan Mike.

"Nathan s-sakit b-bodoh." Lengan Nathan dipukul berkali-kali, Merah padam muka Mike.

Blacky naik ke atas sofa. Dah kenyang apalagi, tidur ajelah. Dua manusia yang bergaduh tidak ganggu ketenteraman dia sebagai kucing.

"Rasakan, kau samakan anak aku dengan kucing." Lengan Nathan tak lepas dari leher Mike, dia belum puas.

Mike dengan mencapai kaki Nathan dipinggannya lalu digeletak. Terus terlepas tangan Nathan pada leher Mike.

"This is what we call, trick to survive."

"Eh kau jangan-"

Terletus tawa Nathan bila kaki digetelek. Mike tersenyum puas. Ingat Nathan saja boleh kenakan dia, dia pun boleh juga.

Nathan mencapai bantal sofa lalu menghempuk ke muka Mike sebelum dia lari jauh dari Mike.

"Baru sikit, meh sini aku geletek lagi."

"Mike!" Bergema suara Nathan. Rasanya satu rumah boleh dengar suara dia menjerit.

Mike dekat dirinya dengan Nathan.

"Kau!"

"Astarfirullah, apa kau orang berdua buat bising ni malam-malam buta ni. Pukul 2 lagi, mengilai macam langsuir."

Terpancul bonda dengan kain telekung di muka pintu, kebetulan pintu memang tak tertutup dari awal jadi tak pelik suara mereka boleh sampai ke bawah.

"Bonda..." sahut Nathan dan Mike serentak. Mereka tersengih persis kerang busuk.

Bonda menghampiri mereka. Lantas, sebelah telinga Nathan dan sebelah lagi Mike ditarik.

"Arghhh! Bonda sakit!"

Nathan dan Mike jerit serentak, terangkat badan masing-masing.

"Padan muka. Mujur bonda yang sedar kalau Sofea yang sedar, memang bonda halau tidur luar."

"Saya memang tidur luar," jawab Mike dengan selamba.

Pap! Bonda tampar bahu Mike.

"Loya buruk dengan bonda."

Mike tersengih macam kambing. Bahu yang pedih digosok, berbisa juga tapak tangan Bonda.

Nathan ketawa mengekek, suka dia dapat tengok Mike kena marah.

"Nathan, masuk tidur! Dah jadi ayah pun perangai tak semegah lagi."

Terus mati tawa Nathan.

"Okay okay, jangan lah marah." Nathan mencebik. Dia mengambil Blacky yang lena atas Sofa.

"Kau dah kenyang bukan main syok kau lena." Badan Blacky digoncang, dia mahu kejutkan Blakcy namun kucing itu langsung tak terganggu.

"Mati kucing tu nanti," tegur bonda.

Nathan sengih tak bersalah.

Bonda mengeleng kepala. Apa nak jadi dengan anak dia ni, merisaukan betul.

"Bye Blacky." Kepala Blacky dicium sekilas sebelum letak semula ditempat tadi.

Nathan beralih kearah Mike. Jari telunjuk betul sama baris dengan hidung Mike sampai juling mata Mike lihat jari telunjuk Nathan.

"Kau jaga elok-elok kucing aku. Kalau tak aku rem-"

"Tengku Nathan Lufian," seru Bonda. Mata Bonda tajam menikam Nathan.

Nathan tersengih. Berani cakap tu depan Bonda, ada yang dapat kaki.

Mike senyum kemenangan. Bonda sebelahkan dia, siapa tak bangga.

Kuk! Kepala Mike diluku. Dia memandang tajam Nathan yang berlari kearah pintu. Dasar, sudah luku tangan ada cincin. Sakit oi!

Nathan ketawa mengejek di muka pintu.

"Dasar bapak kucing," bisik Mike perlahan. Kepala yang pedih diusap berkali-kali.

C | Miss SunsetWhere stories live. Discover now