Miss Sunset | 40

1.6K 71 6
                                    

Mata Sofea perlahan-lahan dicelik, syiling putih dipandang kosong sebelum fikirannya diambas semula kejadian semalam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mata Sofea perlahan-lahan dicelik, syiling putih dipandang kosong sebelum fikirannya diambas semula kejadian semalam.

"Aisya..."

Sofea bingkas bangun dari baringan, mencabut jarum di tangannya. Langkah yang lemah longlai dia keluar dari bilik rawatan.

"Aisya..."

Bibir Sofea tak lepas memanggil Aisya. Dia memandang sekeliling mencari budak kecil yang dia rindukan.

Langkah demi langkah tanpa Sofea sedar dia berada di taman hospital. Dan kakinya melangkah kearah tasik yang sunyi tak berpenghuni.

Tiba-tiba dia nampak kelibat budak kecil di tebing tasik. Sofea seakan dipukau, laju kakinya melangkah kearah budak kecil itu,

Hanya tinggal tiga langkah saja sebelum Sofea jatuh ke dalam tasik. Tasik itu dalam, sekali jatuh mungkin terus hilang ke dasar.

Satu.

Dua.

Tiga.

Kaki Sofea sudah menyentuh permukaan air. Tiba-tiba tubuh Sofea ditarik dari belakang lalu masuk dalam dakapan seseorang. Dakapan yang terasa hangat.

"Layla Sofea ! Are lost your mind ?! You almost die !" Nathan pegang dua belah bahu Sofea, merah wajah Nathan menahan amarah.

Suara Nathan naik senoktah. Buat kali pertama Nathan meninggikan suaranya kepada Sofea.

Sofea seakan baru tersedar. Dia memandang sekeliling sebelum dia memandang wajah tegang Nathan.

"Abang ?" Sofea terus memeluk Nathan.

Nathan mengeluh perlahan.

"Sayang, tolong jangan buat takut..."

Tubuh Sofea dipeluk erat, jantung tak berhenti degup laju. Dia keluar pergi tandas tak sampai beberapa minit tahu-tahu isterinya hilang. Mujur dia sempat kejar.

"Abang, Aisya mana ?"

Nathan terdiam sejenak. Dia dapat khabar berita dari Kak Mel, Aisya dibedah siasat dan disahkan bunuh diri akibat berhalusinasi. Nathan tak sanggup mahu menceritakan kepada isterinya.

"Aisya dah tiada. Dia dah meninggal, sayang."

Mata Sofea kembali berkaca, dada Nathan dipukul kuat.

"Abang pun sama ! Kenapa semua orang cakap Aisya dah tiada ! Aisya ada ! Dia tak tinggalkan Sofea !"

Nathan genggam tangan Sofea dari memukul dada dia, tak terkesan pun dengan pukulan Sofea tapi hatinya pedih lihat keadaan isterinya.

"Okey okey abang minta maaf. Aisya ada cuma kita tak nampak," ujar Nathan lembut. Dahi Sofea dicium lama.

Sofea rehatkan kepalanya di dada Nathan. Air matanya tak berhenti menitis.

"Sofea tak larat... Sofea penat... Sofea tak mampu hadap semua ni... Bila agaknya Sofea boleh betul-betul bahagia..." rintih Sofea.

C | Miss SunsetWhere stories live. Discover now