Miss Sunset |26

1.7K 83 6
                                    

Bunyi deringan telefon menyedarkan Nathan dari lena

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bunyi deringan telefon menyedarkan Nathan dari lena. Nathan perlahan-lahan membuka mata, bibir senyum melebar bila lihat Sofea lena dalam dakapannya. Bahu Sofea yang terdedah dicium sekilas sebelum ditutup dengan selimut.

Nathan perlahan-lahan bangun, takut Sofea tersedar pula. Telefon kembali diam.

Baju dilantai dicapai lalu disarungkan ke badan, tangan mengutip baju yang berselerak lalu dicampak kedalam bakul. Deringan telefon kembali berbunyi, ingat tak nak call dah. Dia terus menjawab panggilan.

"Ha Mike ! Kau nak apa ganggu malam pertama aku ni !" Suara Nathan separa berbisik, dia masih diruang bilik.

Kakinya melangkah kearah sliding door, keluar dari ruang bilik. Angin sejuk di Berlin menerpa ke kulit, dia pula pakai baju nipis dan seluar pendek je.

"Dah pukul 4 pagi, tuan. Morning already, aku saja call tuan time ni," balas Mike dalam talian.

"Eh kau pula nak bebel aku ! Ni asal cari aku pagi-pagi buta ni ?" Mujur tutup sliding door, mahu terjaga Sofea dengar suara petir Nathan.

"Tuan ni garang lah, cuba chill sikit. Dah kahwin pun perangai sama je," kutuk Mike.

Nathan mendengus kuat, pelipisnya diurut. Mahu tak baran, orang tengah syok tidur kau ganggu.

"Aku nak cakap, aku dah jumpa a few clues pasal telefon yang tuan suruh cari tu tapi tuan tak perlu fikir lagi. Enjoy your honeymoon with your beloved wife. Balik Malaysia nanti baru aku cakap." Perkataan beloved wife ditekan.

"Kau tak payah ajar aku !" Mata Nathan naik keatas, Mike dah lupa agaknya siapa boss.

Mike ketawa di corong telefon.

"Kau call aku semata nak cakap itu je ? Buang masa lah kau ni, Mike. Benda boleh chat," ujar Nathan. Ingat call banyak kali ada emergency.

"Saja nak ganggu tuan. Dah tak bagi aku ikut sangat," ujar Mike dicorong telefon. Bunyi seakan merajuk.

Mike tak lari seperti adiknya, kadang geram ada dengan perangai tak semegah si Mike. Mike ibarat gabungan Safy dan Qash, pening nak melayan.

Nathan ketawa halus. "Kau kena jaga Blacky kat rumah. Nanti balik, aku bagi la bonus kat kau."

Dengar sahaja perkataan bonus, Mike menjerit kuat di corong telefon. Jaga kucing pun dapat bonus, kaya kaya.

Nathan menjauhkan telefon dari telinga, bingit betul suara.

Bua vanilla menusuk ke hidung. Kemudian, ada tangan halus memeluk Nathan dari belakang. Senyuman Nathan melebar.

"Wife, awalnya bangun."  Suara tadi yang kasar terus bertukar lembut. Panggilan ditamatkan ditamatkan tanpa salam, Mike je pun.

Tangan halus itu diusap halus sebelum Nathan pegang tangan Sofea dan dibawa ke depan, menghadap dia. Sofea elok pakai night dress labuh hingga ke buku lali.

C | Miss SunsetWhere stories live. Discover now