Miss Sunset | 09

1.7K 79 4
                                    

Wajah Anita ditenung dengan penuh debaran di dada

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Wajah Anita ditenung dengan penuh debaran di dada. Sofea bermain jarinya dibawah meja. Gusar, gelisah dan takut, semua perasaan bercampur membuatkan dia tidak senang duduk.

Anita sedang fokus membaca laporan kesihatan Sofea berdasarkan berkembangan penyakitnya. Anita melorekkan senyuman.

"Sofea tahniah awak dah bebas. Awak dah bebas dari kanser" ujar Anita sambil mengalirkan air mata. Dia cukup bahagia dengan keputusan ini. Dia tak lagi melihat penderitaan kawannya.

Sofea terkesima, tidak percaya. Dia menekup mulutnya dengan telapak tangan bagi mengawal suara tangisannya. "Alhamdulillah ya Allah... terima kasih ya Allah..." ujar Sofea berkali-kali.

Anita bangun dan lantas memeluk Sofea erat. "Awak berjaya Sofea. Hampir 2 tahun awak lawan penyakit awak. Usaha awak tak sia-sia Sofea." Ujar Anita lagi. Tangannya naik mengusap belakang Sofea.

Dia adalah saksi bagaimana payah kawannya melawan penyakit ini. Dia juga saksi penderitaan kawannya. Dia sentiasa titipkan doa untuk kawannya ini.

Sofea menangis kerana dia bahagia. "Allah dengar rintihan saya, Anita. Dia dengar doa saya..." ujarnya dalam tangisan.

"Sofea as a friend I'm proud of you." Ujar Anita sambil memeluk Sofea erat. Sofea mengangguk laju. Dia pun turut bangga dengan diri sendiri.

"Jangan pernah mengalah walaupun sudah dalam keadaan pasrah." Ujar Sofea lagi.

Anita mengiyakan. Betul, apa yang kawannya ujarkan. "Dah jangan cry, tak comel dah kawan saya" ujar Anita saja mahu mengubah suasana jadi lebih ceria.

Sofea kembali ketawa. "Awak pun sama tak comel" ujar Sofea sambil mengelap air mata. Anita pun turut ketawa.

"Disebabkan hari ni hari kebahagiaan awak. Saya belanja awak makan." Ujar Anita. Membulat mata Sofea teruja. Anita tersenyum melihat reaksi Sofea, pantang sebut pasal makanan terus membulat mata.

"Saya suka, saya suka."

Ketawa mereka bersatu.

"Kita makan dekat restoran saya pergi haritu nak ?" Tanya Anita.

"Dekat mana ?" Tanya Sofea.

Anita menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Saya dah lupa nama restoran tapi tempat tu dekat dengan hotel" ujar Anita.

"Boleh je kat mana pun. Saya tak kesah" ujar Sofea.  Dia memang tidak kesah asalkan makanan tu sedap sudah memadai.

"Kalau macam tu jom" ajak Anita.

"Jom tapi saya drive as usual" ujar Sofea.

"Baiklah cik Layla Sofea. Takkan nak membonceng pakai superbike saya pula kan." Seloroh Anita sambil ketawa.

Mereka menuju kearah kereta Audi TT putih milik Sofea, kereta kesukaan Sofea. Restoran itu dituju mengikut lokasi yang Anita bagi.

Restoran yang kelihatan begitu mewah. Dekorasi yang cukup classy dengan lampu chandelier yang tergantung ditengah-tengah restoran. Teruja Sofea melihatnya. Cantik.

C | Miss SunsetWhere stories live. Discover now