Miss Sunset | 05

1.9K 90 3
                                    

Sebulan berlalu, sebulan juga lah dia mula latihan sebagai psikiatri di hospital di bahagian jabatan psikiatri dan kesihatan mental

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sebulan berlalu, sebulan juga lah dia mula latihan sebagai psikiatri di hospital di bahagian jabatan psikiatri dan kesihatan mental.

Pesakit yang comel dihadapannya dilihat seketika. Pesakit yang masih muda namun sudah diuji sebegini rupa.

"Aisya, hari ni Aisya okay or Aisya ada nak cerita something ?" tanya Sofea sambil tersenyum. Itulah kerjanya memerhati, mentafsir dan mencatat tingkah laku pesakit.

Aisnya menangguk laju.  " Ada ada. Tadi Aisya ada nampak ayah dengan ibu gaduh. Lepas tu Aisya lari masuk almari" luah Aisya.

Aisya, pesakit yang baru berumur 12 tahun. Dia terpaksa ditahan kerana terjadi kejadian percubaan untuk bunuh diri di rumahnya.Dia mengalami kemurungan yang teruk menyebabkan dia membuat delusi tentang kisah silamnya.

"Apa perasaan Aisya masa tu ?" tanya Sofea. Tangannya tidak henti menulis segala maklumat.

"Aisya sedih, takut tapi sekejab aje sebab Aisya ingat pesan Dr Sofea yang Aisya kena kuat" ujar Aisya sambil tersenyum riang.

"Betul, setiap orang ada kekuatan tersendiri tapi perlu dicari. Kekuatan itu wujud bila Aisya mula percaya pada diri sendiri" terang Sofea sambil tersenyum.

"Aisya kuat sebab Aisya percaya pada diri Aisya" ujar Aisya bersungguh-sungguh.

Sofea tersenyum. "Bagus lah Aisya ni. Dr Sofea bagi Aisya candy sebab Aisya goodgirl" ujar Sofea sambil menghulur gula-gula kepada Aisya.

"Lepas tu Aisya lena, bangun aje Aisya dah kat sini" sambung Aisya sambil tersengih. Tangan laju membuka pembalut gula-gula lalu dibawa masuk gula-gula ke dalam mulut.

Sofea ketawa. Beginilah Aisya setiap kali dia minta bercerita tentang keadaannya. Cerita yang sama berulang kali namun kali ini ada sikit sinar untuk budak kecil ini pulih kerana dia tidak ketakutan seperti sebelum ini.

Inilah yang akan terjadi kepada anak bila ibubapa penting kan diri sendiri. Anak yang menjadi saksi persengketaan mereka. Anak lah yang akan menjadi mangsa keadaan.

Si ibu mahu menyalahkan si bapa, anak pula yang diabaikan. Si bapa mahu memarahi si ibu, anak pula yang menjadi tempat dia lepaskan amarah.

Wajah polos Aisya yang menikmati gula-gula dipandang dengan perasaan yang kagum. Kagum kerana budak kecil ini berjaya tempuhi kehidupan yang amat kejam untuk dia lalui.

"Dr Sofea teman Aisya pergi ke katil nak ?" Pinta Sofea. Lagipun waktu rehat sudah dekat jadi alang-alang boleh lah dia melayan telatah Aisya.

"Boleh ! Aisya suka" sahut Aisya lantas menarik tangan Sofea.

Sofea dan Aisya berjalan berpimpin tangan menuju ke bilik Aisya.

"Hai Aisya suka betul ya awak dengan Dr Sofea" tegur Azeeq doktor pangkat atas darinya. Sofea menunduk hormat.

C | Miss SunsetWhere stories live. Discover now