Miss Sunset | 15

1.6K 78 1
                                    

Satu-persatu barang ditilik didalam troli sambil mata Sofea melihat senarai bahan yang dipesan oleh tokma

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Satu-persatu barang ditilik didalam troli sambil mata Sofea melihat senarai bahan yang dipesan oleh tokma.

Bunga lawang, ada.

Santan, ada.

Serbuk kari, ada

"Ikan, ada" ujar Safy bersama plastik yang diisi beberapa ekor ikan ditangan lalu diletak ke dalam troli.

"Mana abang Nathan dengan abang Qash ?" Tanya Sofea, matanya melilau mencari kelihat dua orang lagi.

Abangnya minta tokma untuk masakkan kari kelapa ikan jadi sekarang mereka sedang mencari bahan untuk dimasak untuk makan malam nanti namun dari tadi dia tidak lihat kelibat dua orang lagi, hilang entah kemana.

"Brother tak tahu, tadi ada je masa tengah pilih ikan" ujar Safy, troli ditolak.

Sofea hanya membalas dengan anggukkan, mereka sudah besar jadi tidak perlu runsing kalau hilang. Pandai-pandailah mereka cari jalan pulang.

"Lama ke princess cuti ?" Tanya Safy sambil tangan mencapai segala benda yang menarik lalu diletakkan ke dalam troli.

"Seminggu je sebab Sofea minta cuti rehat" jawab Sofea.

"Princess marahkan daddy lagi ?" Tanya Safy, berat hatinya mahu bertanya soal ini.

Wajah Sofea yang ceria berubah muram. "Brother jangan spoil mood Sofea, brother dah tahu kan jawapannya apa" ujar Sofea.

Safy mengeluh. "Okay l'm sorry"

Sofea membalas dengan senyuman nipis. Perihal ayahnya, dia sukar untuk terima kenyataan itu. Seberapa lama dia ambil masa untuk cuba terima kenyataan tentang dirinya itu amat sukar, pahit untuk dia menelan segala cerita.

"Safy ! Sofea !" 

Qash berlari kearah mereka manakala Nathan dibelakang Qash tenang sahaja berjalan. Qash berlari bersama anak patung.

"Sofea nah, hadiah" ujar Qash, anak patung tadi dihulurkan kelada Sofea.

Sofea memandang pelik kearah Qash dan anak patung itu silih berganti, rasanya hari ulang tahunnya lambat lagi.

"Hadiah ?" Tanya Sofea hairan.

"Ambil je, Nathan belikan tadi dekat kedai amoi sana" ujar Qash sambil menunjuk kedai serbaneka berhampiran pasaraya.

Qash dan Nathan saja mahu melihat apa yang ada dalam kedai serbaneka itu, dia tertarik dengan anak patung lalu diambil dan bawa ke kaunter.

Nathan mengetuk kepala Qash. "Aku pula tolong bayar kau, acah lupa bawa dompet padahal kedekut." Nathan menjeling Qash.

Qash sengih macam kerang busuk kearah Sofea, kantoi pula.

"It's okay Sofea ambil, thank you abang Qash" ujar Sofea, terukir semula senyumannya.

C | Miss SunsetWhere stories live. Discover now