Miss Sunset | Epilogue

Start from the beginning
                                    

Sofea melutut, sisa air mata Harith dilap.
"Kenapa sad ni? Mama pergi tiga hari je."

"Harith miss mama..."

"Alolo, kesian anak mama. Mama pergi work je, ni mama dah balik. No no sad," ujar Sofea sambil tersenyum.

Tangan Harith dipimpin, Sofea melangkah kearah Nathan. Dia duduk disebelah Nathan. Tengku Harith diangkat naik ke ribanya.

"Eh, Abang pun sama naik dengan anak?" Sofea pandang wajah muram Nathan.

Nathan tak membalas, kepala dilentokkan dibahu Sofea. "You know wife, how scared I am when Anita said 'I only can save one if them'. That time my heart stop beating and can't think straight-"

"Abang, we made a promise not to talk about this." Sofea potong bicara Nathan.

Nathan mengeluh perlahan.

"But we lost one of our twins. Kalau lah abang peka dengan kandungan sayang. Kalau lah abang ambil serius apa bonda cakap. Maybe we can save our daughter," ujar Nathan lemah. Penyesalan yang dia akan bawa hingga ke akhir hayatnya.

Mata Sofea terpejam. Masa berputar ke masa malu, di saat dia dapat berita yang tak dapat diluahkan dengan kata.

Tubuh Sofea kaku tak bergerak, kesan bawah perut masih basah dengan jahitan.

"Sofea..."

Muncul Anita dengan wajah sunggul. Tika itu Sofea rasa ada sesuatu tak kena. Sofea baru perasan perutnya sudah kempis.

"M-mana a-anak saya..."

Sofea mula sebak. Dia terasa seakan tak berguna tika ini, dia tak boleh bergerak hanya suara saja mampu bersuara. Dia mahu berlari dapatkan anaknya.

"Kau bersalin pramatang secara ceasea," terang Anita. Bibinya dipaksa senyum.

"Sayang..."

Muncul Nathan memakai baju pesakit sama sepertinya tapi apa yang menarik perhatian Sofea adalah bayi dalam dukungan Nathan. Satu berbalut dengan kain biru dan satu lagi berbalut dengan kain putih.

Sofea merenung Anita semula. Dia tak faham dengan situasi yang berlaku. Semakin dekat Nathan melangkah kearahnya, semakin dia berdebar.

"Sofea kau kena terima dengan hati terbuka," ujar Anita sebelum dia mengambil bayi yang berbalut dengan kain biru.

Nathan menghampiri Sofea.

"Sayang, we got twins. Boy and girl, one pair. And look our beautiful daughter, Tengku Iris. She looks like me. " Nathan tersenyum pahit.

Sofea merenung bayi yang dalam dukungan Nathan. "S-Sofea nak pegang."

Lantas, Nathan meletakkan bayi itu di atas dada Sofea.

Sofea terdiam. Mata Sofea mula berkaca. Bayi diusik namun tetap kaku.

"A-Abang, why did she not cry? Why is she cold?" Bergetar bibir Sofea. Air mata mula mengalir jatuh ke sisi.

Dengar saja soalan Sofea, air mata Nathan jatuh perlahan-lahan. Dia cuba untuk kuat tapi dia kalah dalam pertaruhan ini.

Lihat anaknya yang tak bernyawa dalam pangkuan isterinya hatinya bagai kaca terhempap ke lantai, berkecai.

C | Miss SunsetWhere stories live. Discover now