"Assalamualaikum, sayang abang." Sapa Raja Dylan setelah menjawab panggilan dari sang isteri tercinta.

"Waalaikumussalam, abang. Abang tengah buat apa?" Sahut Dahlia selari bertanya.

"Tengah buat kerja ni. Kenapa sayang abang?" Raja Dylan menyandarkan belakang badannya ke kerusi.

Rasa penat yang melanda dirinya tadi, serta-merta hilang selepas mendengar suara lembut sang isteri. Terasa bersemangat semula.

Betul orang kata. Isteri adalah sumber kekuatan bagi suami dan sumber rezeki untuk suami. Jika seorang suami selalu mengutamakan isterinya, maka rezeki yang suami dapat akan berlipat ganda.

"Rindu abang." Luah Dahlia dengan bernada sedih.

Terukir senyuman Raja Dylan tatkala mendengar luahan rindu dari isteri tercintanya ini. Dia pun rindu juga. Rindu sangat-sangat.

"Alolo.. kalau abang ada sayap, abang dah terbang pergi dekat sayang. Sekarang juga abang terbang. Takdanya abang nak tunggu petang. And I miss you too, cupcake." Ujar Raja Dylan dan menggamit ketawa Dahlia.

Raja Dylan turut sama membalas luahan rindu isterinya. Raja Dylan memusingkan kerusinya menghadap cermin besar dan menatap langit yang redup.

"Apa lah abang ni. Sayang cakap je. Sayang tak suruh abang balik sekarang pun. Rindu sayang ni boleh tahan lagi untuk sampai petang ni. Sayang tak nak lah kacau kerja abang semata-mata sebab sayang rindu abang. Haish." Gelojoh betul suami dia ini.

Apa ingat dia tak boleh nak tahan rindu pada suaminya ke? Mesti lah boleh. Tak macam suami dia tu.

Tergelak Raja Dylan mendengar bicara sang isteri. Lagi pula, dia gurau saja tadi.

"Sayang.. nanti abang ada perkara nak cakap dengan sayang. Tunggu abang balik, okay?" Kata Raja Dylan dengan perasaan yang gusar.

Dia tak tahu lah kenapa. Tapi seminggu untuk dia tinggalkan isterinya pergi ke Sabah. Rasa lain. Tiba-tiba, hati dia dihurung rasa risau dan takut.

"Okay abang. Sayang tunggu abang. Nanti malam abang nak makan apa? Sayang masakkan." Tanya Dahlia.

"Sayang masak je apa-apa. Abang makan semua makanan yang sayang masak. Sebab sayang masak sedap." Tersenyum Dahlia mendengar pujian dari suaminya.

"Dah lah. Sayang call abang sebab nak tanya abang nak makan apa je. Tapi terlama pula. Sorry kacau abang." Balas Dahlia sambil menguis-nguis lututnya.

"Nak tutup dah? Alah.." Merengek pula si 'baby tua' Dahlia ni. Geram saja Dahlia mendengar suara rengekan suaminya. Kalau ada depan mata ni, memang Dahlia cubit dan tarik-tarik pipi suaminya itu.

"Nak tutup lah. Sayang nak sambung buat kerja rumah ni. Nak kemas. Nanti petang abang balik, sayang peluk dan cium abang. Jadi.. selamat berkerja abang. Semangat selalu." Dahlia sengaja menyebut kata peluk dan cium. Umpan.

"Betul ni? Abang balik je petang nanti dapat peluk dan cium dari sayang?" Semangat sangat tu.

Badan dia yang tadi terasa lesu, langsung bertenaga selepas mendegar kata-kata isterinya. Kalau dapat 'upah' macam ni hari-hari. Memang Raja Dylan akan kerja macam robot nanti.

Tergelak Dahlia mendengar suara teruja suaminya. Tadi kemain tak bermaya suara garau lagi nan seksi itu. Tapi sekarang? Kemain semangat.

"Tengok lah.. awal abang balik. Dapat lah. Lambat abang balik.. melepas lah. Assalamualaikum, cinta. Bye." Usai itu, panggilan tersebut langsung ditamatkan oleh Dahlia tanpa menunggu Raja Dylan menjawab salamnya.

I Love You, Miss Cupcake [C]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant