H U D A N I A L L | 21

17 5 0
                                    

"Wah besarnya rumah Nuq! Alhamdulillah, mesti Nuq selesakan duduk kat sini?" soal Puan Fayka lalu perlahan-lahan melabuhkan punggungnya diatas sofa empuk. Senyuman lebar tidak lekang daripada bibir Puan Fayka. Matanya melilau-lilau melihat ke segenap ruang dirumah besar ini. Nuqman dilanda rasa sebak apabila ibunya berkata begitu.

"Alhamdulillah selesa, bu. Ibu dengan ayah duduklah dengan Nuq lepasni." cadang Nuqman bagi menutup rasa sebak bercampur dengan rasa sebersalahnya. Encik Nuzul turut mengambil tempat diatas sofa.

"Takpalah, Nuq. Kalau kami duduk sini, rumah kat kampung macam mana?" kata Encik Nuzul pula. Puan Fayka mengangguk mengeyakan kata-kata suaminya. Jiji pula sudah lena diulit mimpi disofa berangkai 2 itu. Badannya kecil sahaja jadi muatlah baring disitu.

"Rumah kat kampung tu biar je lah, sekali sekala kita datanglah bersih-bersihkan rumah sana," jawab Nuqman dengan harapan ibu dan ayahnya ingin duduk bersama dengannya. Lagipun rumah ni besar, takkan nak duduk seorang-seorang kan?

Kalau ada bini seronoklah juga. Eh?

Puan Fayka dan Encik Nuzul berpandangan antara satu sama lain. Masing-masing ligat memikirkan jawapan yang bernas bagi ajakan anaknya itu. Bukan mereka tidak mahu duduk disini, nak je tetapi rumah dikampung macam mana?

"Jomlah, ibu ayah." pujuk Nuqman dengan muka yang sengaja dicomelkan. Matanya dikerdipkan berkali-kali. Encik Nuzul bertindak menampar muka anak lelakinya. Tapi tak adalah kuat sangat. Tampar-tampar manjah!

"Auch. Ayah tak kesian kat Nuq ke?" soal Nuqman meminta simpati. Encik Nuzul menjeling anaknya. Pikir comel ke?

"Hmm nantilah ibu fikirkan," ujar Puan Fayka. Nuqman mengangguk faham.

***

"Kami balik dulu ya? Assalamualaikum!" ujar Tengku Daniall lalu kereta mewahnya meluncur keluar daripada perkarangan banglo papanya. Tokma tidak mahu ikut serta bersama mereka, tokma kata nak duduk dengan anaknya. Buat lepas rindu. Kalua duduk dengan Tengku Daniall bukannya lepas rindu, itu lepas penampar sebiji.

"Princess ada nak pergi mana-mana tak?" soal Tengku Daniall lalu mengerling sekilas isterinya disebelah. Huda terkebil-kebil memandang suaminya. Tetapi kebil-kebil bukan sekadar kebil, dia sedang berfikir nak pergi mana.

"Pergi 7E kejaplah, nak beli magnum matcha crunchy tu." ujar Huda. Dia terbayang-bayang akan aiskrim magnum itu. Haish, tak sabar nak beli!

Asyik lalu fyp je aiskrim tu jadi, hari ini dia mahu beli aiskrim itu.

Tengku Daniall akur.

Masing-masing diam. Hanya bunyi radio menemani mereka sepanjang perjalanan. Huda memutuskan untuk memecahkan kesunyian antara mereka berdua.

"Hubby okey?" soal Huda seraya kepalanya disengetkan. Dia mengintai wajah suaminya. Hensemnya Ya Allah!

"Okey, sayang." jawab Tengku Daniall. Tangan Huda digenggamnya lalu dikucup kekura tangan isterinya berkali-kali.

Huda tersenyum malu dengan tindakan drastik suaminya. Namun, riak wajahnya dikawal sebaik mungkin.

"Betul?" soal Huda ingin meminta kepastian. Tengku Daniall memberhentikan keretanya ditepi jalan.

Dia membuka tali pinggang keledarnya lalu badannya dirapatkan ke Huda. Huda semakin kebelakang dan akhirnya belakang badannya bertembung dengan pintu kereta. Tengku Daniall tidak duduk diam. Badannya semakin dirapatkan ke isterinya.

DANIALL'S PRINCESS  ||  OGWhere stories live. Discover now