H U D A N I A L L | 2

45 13 0
                                    

"Awak taknak tidur lagi ke?" soal Huda apabila melihat suaminya masih tekun menghadap laptop. Hari ini sudah masuk 2 minggu perkahwinan mereka dan ini kali pertama suaminya lambat masuk tidur.

Banyak sangat ke kerjanya? Selalunya pukul 10 dah tidur. Sekarang dah pukul 12 tengah malam.

Tengku Daniall memalingkan wajahnya menghadap isterinya yang elok bersila dia atas katil.

"Princess tidurlah dulu. Hubby ada kerja sikit" ujar Tengku Daniall lembut. Huda memuncungkan bibirnya.

"Alaa..awak taknak tidur ke? Takpelah awak siapkanlah dulu kerja awak. Ermm nak apa-apa tak sebelum saya masuk tidur ni?" Ya. Huda tidak membahasakan Tengku Daniall sebagai 'hubby' kerana baginya, itu agak janggal. Tapi nasib baik Tengku Daniall boleh memberinya masa.

Tengku Daniall mengetuk-ngetuk dagunya perlahan. Terkebil-kebil Huda menanti jawapan suaminya.

"Hubby nak kiss je lah" kata Tengku Daniall ceria. Huda mengangguk lalu perlahan-lahan melangkah menuju ke arah suaminya.

CUP

Satu kucupan ringkas dihadiahkan pada pipi si suami. Tengku Daniall membuat muka tidak puas hati. Hish!

"Nak kiss kat sini, bukan kat pipi" rengek Tengku Daniall sambil jari telunjuk menunjuk-nunjuk ke arah bibirnya. Dengan pantas Huda menggelengkan kepalanya.

"Taknak!"

"Nak"

"Taknak!"

"Alaa..please princess.." cebik Tengku Daniall sambil membuat muka comel. Huda bertindak untuk melarikan diri. Belum sempat dia membuka langkah, pinggangnya dirangkul oleh Tengku Daniall sehingga menyebabkan Huda terduduk diatas riba suaminya.

Tengku Daniall mengukirkan senyuman nakal sebelum..

CUP

Satu ciuman ringkas dibibir isterinya. Merah padam muka Huda tika ini. Dengan kelajuan maksimum dia bangun dan berlari naik ke atas katil semula.

Mata dipejam serapat mungkin. Selimut tebal ditarik menyelubungi seluruh tubuh kecilnya. Sehingga lama kelamaan matanya terasa berat dan dia lena dibuai mimpi.

***

"Princess, wake up.." kejut Tengku Daniall lembut sambil menggoncang perlahan badan isterinya. Huda yang terasa seakan tidurnya diganggu lantas membuka matanya.

"Morning, princess Niall" figura suaminya yang enak baring mengiring sambil siku ditongkatkan diatas permukaan katil dan sisi kepala ditekup oleh tapak tangan memenuhi kornea matanya.

'Morning, princess Niall' itulah ayat Tengku Daniall setiap kali isterinya bangun dari lena.

Lantas Huda bertindak menyelubungi dirinya dengan selimut tebal.

"Hey, jom solat subuh, sayang" ajak Tengku Daniall sambil tersengih melihat karenah comel isterinya.

"Sa-saya cuti" ucap Huda ringkas. Suara seakan tenggelam kerana berada dibawah selimut tebal itu.

"Awak, saya er..berdengkur ke tadi?" soal Huda takut-takut. Tengku Daniall spontan tergelak kecil.

"Tak" jawabnya sepatah. Mendengar jawapan suami , Huda berasa sedikit lega. Perlahan-lahan kepala dikeluarkan dari selimut. Kelibat suaminya sudah tiada. Yang tinggal hanya bunyi pintu tandas ditutup.

Mungkin berwuduk?

***

Seusai selesai solat subuh dan berdoa kepadaNya, Tengku Daniall menoleh kebelakang. Berkerut keningnya melihat isterinya yang sedang bersila diatas katil sambil mata bundarnya terkebil-kebil melihat Tengku Daniall. Tengku Daniall tersengih seraya bangun daripada sejadah.

Dilipatnya sejadah dan diletakkan diatas penyangkut. Songkok diletakkan diatas meja solek sebelum dia turut bersila berhadapan dengan isterinya.

Huda mengangkat kedua-dua belah keningnya seperti bertanya; 'Nak apa?'

Namun, si suami hanya membalas dengan mengangkat kedua belah keningnya berkali-kali. Berkerut dahi licin Huda melihat respons suaminya begitu. Tengku Daniall tergelak kecil melihat raut wajah isterinya.

"Harini kita balik rumah mama tau." bukan soalan tetapi lebih kepada arahan. Mata hitam Tengku Daniall merenung tepat kedalam anak mata dark chocolate milik isterinya.

Gulp- alamak balik rumah mama?! jerit Huda didalam hati.

Lantas Huda mengangguk sambil tersenyum manis. Walhal, didalam hatinya memberontak tidak mahu. Bukan apa, tetapi disana dia asyik dibuli oleh mak mertuanya dan adik iparnya sahaja. Tengku Daniall ikut tersenyum apabila melihat isterinya tersenyum. Tangannya naik menggosok atas kepala Huda sebelum jarinya telunjuknya mencuit pucuk hidung mancung isterinya.

Huda tersenyum nipis melihat figura suaminya menuju ke bawah. Pantas dia melangkah menuju ke arah bilik air untuk membersihkan diri.

***

"Hmm..sedapnya bauu" ucap Huda sebelum dipeluknya tubuh suaminya dari belakang.

"Tengoklah siapa yang masak" ujar Tengku Daniall bangga. Kembang kempis hidungnya menuturkan ayat itu. Api ditutup sebelum di berpaling manghadap isterinya.

"Eee buruknya suami Huda buat hidung macam tu" usik Huda sambil tergelak. Tengku Daniall memuncung.

"Awak pergi mandi dulu, biar saya hidangkan.." ujar Huda sambil menolak lembut tubuh tegap suaminya. Tengku Daniall memuncung sambil menggelengkan kepalanya laju.

"Kalau princess panggil hubby 'hubby' baru hubby mandi.." ujar Tengku Daniall seraya keningnya dijongket beberapa kali. Huda mendengus perlahan.

"Yelah hubby pergi mandi sana" ujar Huda pasrah. Merah telinga Tengku Daniall apabila mendengar panggilan 'hubby' itu keluar dari mulut isterinya. Kitonyo malu!

to be continue
tekan bintang tu sekarang!

DANIALL'S PRINCESS  ||  OGNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ