H U D A N I A L L | 17

17 5 3
                                    

"Tokma sempat tak ni nak ikut kami?" soal Tengku Daniall kepada tokmanya. Mereka hendak pergi ke pasar malam. Dengar cerita, banyak makanan sodap-sodap kat situ. Dahlah jarang balik Kedah, jadi takkan nak lepaskan peluang kan?

"Tak dan aih. Takpalah, hampa pi ja berdua. Tokma nak pi surau, sat gi lambat pulak" balas tokma sambil menyarungkan telekung putihnya. Tengku Daniall baru sahaja dapat turun daripada almari tu, itu pun lepas dia turun, sekali lagi tokma dengan dia buat pusingan balapan 3 kali. Lepas sahaja tokma dapat tangkap Tengku Daniall..apa lagi?

Kena bantailah budak tu. Haha.

"Betul ni taknak ikut? Yakin ni? Are you sure tokma? Really tokma? Tak menyesal eh? Kalau menyesal jangan nangis. Niall taknak bertanggungjawab kalau tokma nangis." bertalu-talu soalan dilancarkan oleh Tengku Daniall. Naik hangin Tengku Emma dibuatnya.

"Tengku Daniall Arrayan. Kamu kalau nak kena bantai lagi cakap lah." hilang terus segala loghat tokma apabila berdepan dengan perangai cucunya yang satu ini. Ni kalau boleh makan budak ni, dah lama dia kunyah sampai hancur, lepastu telan. Settle!

Tengku Daniall hanya sengih tak bersalah. Belakang tengkuknya diusap perlahan. Alamak! Memang spesies keluarganya kalau marah sebut nama penuh eh?

"Ha tokma nak pi surau kan? Meh Niall hantar meh," ajak Tengku Daniall kerana ingin menutup rasa takutnya. Pintu keretanya dibuka untuk tokma. Tokma menghadiahkan satu jelingan maut kepada cucunya sebelum dia meneroboskan diri masuk ke dalam kereta itu.

"Princess come here." gamit Tengku Daniall lalu memimpin tangan isterinya hingga ke dalam kereta.

Semasa didalam kereta, hanya kedengaran suara Tengku Daniall menyanyi dan sekali-sekala Tengku Emma mengutuk suaranya.

Huda pula sakan menggelakkan suaminya apabila dikutuk oleh tokma.

"Saya rasa hubby jangan nyanyilah, nanti hujan." Huda menambah lagi api kemarahan Tengku Daniall. Semakin monyok mukanya mendengar 'pujian' si isteri.

DUM

"Ha hang tengok tu. Guruh dah" ujar Tengku Emma lalu jari telunjuknya menunjuk tepat ke arah bunyi guruh sebentar tadi. Tengku Daniall ternganga. Aik? Betul-betul dah nak hujan ke?

Alamak.

"HHAHAHA tulah saya dah cakap, hubby yang degil taknak dengar. Kejap lagi hujan habislah." sakan Huda menggelakkan suaminya. Kata-kata itu sebuah doa. Tidak lama kemudian, hujan turun membasahi bumi dengan lebatnya. Tengku Daniall melopong. Dia terus menekup mulutnya.

Alamak. Mulut aku ni kenapa? Apasal aku nyanyi terus hujan? Suara aku sedaplah.

"Ala, dah tak boleh pergi pasar malam. Hubbylah ni siapa suruh nyanyi?" Huda mencemberutkan wajahnya. Muka dipalingkan ke sisi. Tokma juga turut membuat perkara yang sama.

"Hang nilah. Degil. Tak mau dengaq kata. Hang tengok tu, bini hang dah merajuk," kata Tengku Emma lalu mencubit lengan cucunya.

Auch. Sakitnya tuh disini. Semua nak salahkan aku ke? Apa salah aku?

***

Sesampainya disurau, Tengku Emma keluar daripada perut kereta lalu berlari-lari anak masuk ke dalam surau. Nasib baik berbumbung. Sebelum Tengku Emma keluar, Tengku Daniall sempat memberi pesanan.

"Nanti kalau tokma dah nak balik, call Niall tau!" itulah pesanan yang ditinggalkan oleh seorang cucu kepada neneknya. Tengku Emma akur.

Semasa didalam kereta, Huda banyak mendiamkan diri. Kalau tadi dia bergelak sakan, sekarang seperti patung cendana. Diam tidak berkutik. Tengku Daniall buntu mahu memujuk isterinya bagaimana.

DANIALL'S PRINCESS  ||  OGWhere stories live. Discover now