H U D A N I A L L | 12

39 6 2
                                    

"Assalamualaikum, Huda, Jiji." Tengku Danish memberi salam kepada kedua-dua insan dihadapannya ini. Serentak kepala Jiji dan Huda berpaling ke arah sumber suara.

"Waalaikumusalam, Tengku." jawab Jiji sambil tersenyum. Baginya, Tengku Danish ini umpama ayahnya kerana selama mereka menjalinkan hubungan kekeluargaan, Tengku Danish sering membantu keluarganya. Namun, setelah eksiden yang menimpa kakaknya dan abang iparnya, dia tidak lagi bersua muka dengan Tengku Danish.

"Jiji, jangan panggil Tengku. Panggil papa je" ujar Tengku Danish lalu punggung dilabuhkan di sebelah anak keduanya. Jiji tersenyum lalu mengangguk. Tengku Darwisy yang melihat senyuman Jiji langsung melopongkan mulut.

"Lah, kau ke Jiji? Hazirafah?" sel-sel otak Tengku Darwisy baru berhubung. Baru dia ingat gadis kecil ini. Dia sering mengusik gadis ini dengan panggilan 'hazirafah'.

"Baru berhubung ke otak kau?" gumam Jiji namun kedengaran jelas ditelinga Tengku Darwisy. Membulat mata Tengku Darwisy apabila mendengar Jiji mengutuknya.

"Kau kutuk aku ke, zirafah?" soal Tengku Darwisy. Dia memandang Jiji atas bawah. Memanglah nama panggillannya 'zirafah', tapi tinggi gadis itu bukanlah seperti zirafah. Kalau duduk sebelah budak darjah 5, taktau nak bezakan mana satu umur 23 dengan umur 11.

"Dah dengar tanya lagi," jawab jiji selamba. Selain Nuqman, dia juga sering bergaduh dengan Tengku Darwisy ni. Namun, dia dengan Tengku Darwisy ni memang sekepala.

'Sekarang ni siapa yang amnesia? Kakak aku ke, Tengku Darwisy? Boleh pulak dia lupa aku?' omel Jiji didalam hati.

"Dah, tak perlu nak bertengkar. Korang ni, masing-masing umur dah 23 tahun, tapi perangai macam budak tadika." Jiji dan Tengku Darwisy menundukkan kepala mendengar bebelan Tengku Danish.

"Ni airnya, Tengku." sampuk satu suara. Bibik Lana.

"Terima kasih. Oh ya, Lana kamu panggilkan Lysa turun." arah Tengku Danish. Bibik Lana menganggukkan kepalanya lalu dia berlalu ke bilik Tengku Ellysa.

"Ha ni minumlah air ni. Lepasni kita lunch sama-sama ye?" ucap Tengku Danish. Masing-masing hanya menganggukkan kepala.

Setelah beberapa minit, akhirnya Tengku Ellysa turun dengan wajah yang monyok.

'Orang nak main game, papa sibuk je panggil turun!' getusnya didalam hati. Kaki dihentak-hentakkan tanda protes. Namun tindakannya tergendala apabila melihat kakak iparnya sedang duduk berborak dengan papanya dan yang lain di ruang tamu.

Kejap..siapa tu? Ji-Jiji ke?

Aduhai, perempuan ni, nak datang rumah orang pergi bawa satu keluarga tu apasal?

"Ha Ellysa, salam abang dengan kakak kamu," arah Tengku Danish tegas. Tengku Ellysa menyalam tangan abangnya lalu tangannya dihulur takut-takut kepada kakak iparnya.

Takut virus kampung melekat!

Tengku Danish yang melihat perangai anak bongsunya lantas menegur.

"Tengku Ellysa Rania." tegas suara Tengku Danish tika ini. Tengku Ellysa dengan 'ikhlas' bersalaman dengan kakak iparnya.

"Ini Hazirah. Remember....Jiji?" Tengku Danish memperkenalkan diri Jiji. Tengku Ellysa hanya mengangguk acuh tak acuh. Matanya sekejap-sekejap menjeling kakak iparnya.

Bukan perempuan ni dah mati ke?

Tengku Darwisy menyiku lengan adiknya yang berada disebelah kirinya.

"Kau dah kenapa main jeling-jeling bini orang? Kalau abang nampak, matilah kau" ujar Tengku Darwisy sambil berbisik. Tengku Ellysa hanya mengendahkan kata-kata abang keduanya itu dan terus mengangkat punggung daripada situ.

DANIALL'S PRINCESS  ||  OGKde žijí příběhy. Začni objevovat